13 June 2012

Mashed Potato Ala KFC : my first try

Assalamualaikum

Resepi ringkas malam ini. Dah buntu tak tau nak makan ape.Kebetulan member skul bagi serbuk kentang knorr. Just bancuh dengan air panas atau susu segar dan letak garam sikit untuk rasa lemak sikit. So for d first time try memasak kuah untuk mashed potato ni. Dengan harapan dapat la macam whipped potato ala-ala KFC tu...heheh

KENTANG PUTAR
-serbuk kentang brand Knorr
-air panas/susu segar
-garam sedikit
* senang giler nak buat. Tak payah nak kupas-kupas kentang, rebus dan lecek. Tapi jika rajin dan nak yang original boleh la buat sendiri yea :)

KUAH Mashed Potato
-bawang besar (potong dadu)
-batang seleri ( biasa buat masak sup...potong kecik-kecik)
-kiub ayam Knorr
-Air dalam 500ml
- Sos tiram
-Sos cili
-Kicap pekat
-garam
-tepung gandum
-serbuk lada hitam
-mentega

*Cairkan sedikit mentega dalam periuk, then masukkan bawang besar, seleri, kiub ayam knorr dan air.
* Didihkan sehingga seleri tu nampak macam da layu sikit.
* Tapiskan  bahan didih tadi, ambil air rebusannya aje tau.Yang lain letak tepi.
* Masukkan tepung gandum (berapa banyak nak letak ikut suka, kalau nak pekat bubuh la lebih sikit).
* Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap pekat (kicap tu bberapa titik jer untuk nampak warna gelap sikit..banyak sangat nanti rasa kicap pulak..heh)
* Kacau rata dengan api perlahan.Pastikan tepung tu tak bergentel. Nanti tak cun plak kuah korang tu...
*Masukkan serbuk lada hitam untuk rasa cam pedas-pedas cikit.
*Rasa dulu baru letak garam. If tak perlu dan dah masin takperlu letak lagi.
* Tutup api
* Lastly, leh la hidang...scoppkan mashed potato tu tadi dalam bekas, then tuangkan kuah...Nahhh...yummy..
Mari makan :)

11 June 2012

Short vacation :Pangkor

Assalamulaikum

Akhirnya, buat pertama kali menjejakkan kaki di pulau yang disebut-sebut orang selalu nih.Perjalanan pergi rase cam jauh jer sebab ikut highway menuju ke utara dan exit di Bidor. Kemudian lalu la jalan yang agak membosankan dengan cuaca yang agak panas hari tu. Mujur anak kesayangan tak meragam dalam kereta hari tu.  Trip kali ni bukan famili aku jer tapi berkongsi satu kereta dengan family member en husband(Shahrul +Nana + Humaira). Lebih menjimatkan..heheh. Bukan apa sekali-sekala berjalan dengan kawan-kawan seronok aper. Tak ler anak tu boring main sorang-sorang. Anak member tu pon sebaya umur dengan Rifqi. Memang sesuai sangat la tu. Kira kamceng gakla buleh memain same-same.Tapi part merebut menan yang aku tak tahan tu..hihi.

 Mama dan Qi...baiknyer anak mama mase dalam kete ni..senang nak control.Good boy :)

 Suasana kat jeti Lumut yang agak lengang.Mungkin sebab kitorang pergi pada hari jumaat. So takder sesak sangat. kira ok la tu kan. Cuaca jer yang agak panas sikit

 Cantikkan air nyer tenang jer.Ni gambar dari atas feri

 my husband n bff
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Semalam penceritaan aku terhenti jap...hehe.boleh lagi ker nak sambung cerita lagik.Mau tak mau, aku tetap nak citer gak,,korang bacelah iyea..ahaks

Oklah tu kan..even percutian yang singkat,inilah yang dikatakan percutian budget..hehe.Feri ni naik kejap jea.Tak la lama maner macam naik feri gi langkawi tu.Dalam 20 minit cam tu la. Tambang pun murah je. RM10 pergi dan balik.memang berbaloi.

Disebabkan kat dalam feri tu da penuh, kitorang lepak kat luar jer.Even cuaca agak panas dan buat muka aku cam sememeh and oily..lantak jer lah,Sapa yang nak belek muka orang time ni kan. Sume muka tengah cam excited menikmati keindahan alam semulajadi Pangkor.Subhanallah..

Dah tak larat berdiri...duduk kat lantai jer lah. Budak-budak ni pon muka dah letih.Tapi tetap layan.Sekali sekala merengek gak tapi berjaya ditenangkan.

Kitorang memilih untuk bermalam kat challet di area pantai Teluk Nipah. Harganya amat-amat berpatutan. Actually, tadi masa sampai kat jeti Lumut , ade sorang brader yang suggest kitorang tempat ni.Harga semalam RM120 (bagi aku murah la coz cuti sekolah mase ni), Condition bilik bersih sangat. Ada satu katil queen size dan double bed kat tepi. Kalau ade anak lagi dua orang memang muat la dalm satu bilik ni. Accomodation lain, ada TV (siap ada satro channel) dan air-cond. 

 Untuk memudahkan pergerakan sambil dapat menikmati keindahan alam dengan jelas, en husband dah booking sebuah motosikal. Sewanya RM30 ringgit sehari. Sbenarnya kalau bukan musim cuti sekolah, sewanya cuma RM15 tapi standard la kan...Yang penting dapat merempit keliling pangkor..huhu.Best!
Rifqi? Campak jer dalam bakul.Diam ler dier..heheh

 Suasana disekitar pantai Teluk Nipah.Dah banyak gerai-gerai dibina. Menjual pelbagai barang kraftangan dan souveniers, baju-baju dan alatan keperluan harian serta yang paling penting ada tempat makan. Memang dekat sngat dengan chalet kitorang.Jalan kai jer.So memang strategik sangat kawasan nih.

Disebabkan kat sini hasil lautnya amat la fresh, apalgi dinner malm tu kitorang order bagai nak rak.Macam ada 10 orang makan jer.Padahal 4 orang jea ;P.Ikan bakar,ikan stim, udang sambal, sotong celup tepung, sup sayur, kerang bakar,nasi pans-panas.Perghhhhhh.....best betul ;)


rifqi and humaira 
Percutian pendek tapi amat bermakna. Apalagi kome..moh ler ke Pangkor.Next cuti sekolah hopefully dapat ler skali lagi macam ni...hehe.kan kan..en husband :)
TQ en azreen kerana sudi bawak mama and Qi jalan-jalan...hehe.lain kali leh jalan lagi ;)




06 June 2012

Rifqi dengan Ultraman

Assalamualaikum

Biase lar kan...cuti-cuti macam ni, cerita pasal anak jer lah yang keluar. Sangat terhibur dengan keletah anakanda ku yang satu itu. Banyak perkataan-perkataan baru yang nak disebut. Rifqi nk agak berat mulut.Maksud aku die suka bercakap tapi tak jelas biji butirnya.  Sesetengah budak dalam usia begini nak lancar dan jelas sebutannya. Tapi Rifqi slow n steady jer.mungkin kecik-kecik dulu die cepat berjalan.orang tua-tua kata budak kalau cepat berjalan,lambat cakap@berat mulut.Yerker? Mungkin ada kebenarannya. Sebab logik sebab diorang sibuk nak main aje sampai jarang nak communicate dengan parentsnya.Yerker? boleh pakai ker alasan aku tu....hahaha..Pikir sendrilah


''Mama,OME...OME...TAYO...maa... OME..!"
Hah korang paham tak apa butirnye tu? Hahah...aku sorang jea yang paham.Die nak Ultraman.Ultraman Taro...huhu

Tuu..die bulat bjik mata tengok ultraman...layan jerlah asalkan diam tak ganggu mama nak masak ;P (Yeker)

Masa ni siang hari lagi aku dah  kasik chance tengok ultraman.Baekkk tul!


Malam ni continue lagi ultraman kat dalam bilik...Aduyaiii...


























Iskhhh...iskhh...anakku..sudah cukup sudah...lalalala

05 June 2012

Rifqi bila nak berenti berdukung?

Assalamualaikum

4 Julai ni genap anakanda ku Rifqi 3 tahun. Cepatnyer masa berlalu...rasa baru semalam die dok menagis-nagis dalam buai (Rifqi kecik-kecik suke tido dalam buai)...Nasib baik zaman sekarang ada buai elektrik. Kalau tak memang tak boleh wat keje lain melainkan asik membuai die je..;P


Patutla kalau dukung Rifqi skang ni leh sesak napas dibuatnyer...Dah 17.2kg (berat selepas makan) rupanye...alehaiiiiii.Walaubagaimanapun syukur Alhamdulillah Rifqi sihat dan membesar dengan riang-ria..Tapi tulah, peel berdukung tu belum surut-surut lagi.Bila ek die nak jemu berdukung? Bila lintas jalan tu, memang aku akan dukung die because faktor keselamatan. Ini... kat shopping mall pon mau dukung ka...Ayakkkss..baru dukung tak sampai 50 meter dah sosak napeh den..huhu. Lagi-lagi kalau masuk tempat yang die tak biasa...langsung tak mau jalan sendiri...dukung dan dukung lagi..huhu. Dah dibelikan stroller pon takmau naik...tak selesa ke hhhaaaape , tak taulah aku. Ke nak brand baeekk punyer baru mau naik? Ape..zooper,mac laren..errr quiny..ayoooo tak mampu la  koi..

Gambar kat bawah ni sempena koleksi Rifqi berdukung....heheh

Dukung kejap xpe...dukung lama-lama xdaya mama dikk oii

Kalau abah yang dukung...takper...diharuskan..;P

Ker anak aku ni manja sangat or kitorang jer yang memanja-manjakan die sangat sampai dah becor cenggini pon mau dukung lagi? Dulu mase die baby memang tak dinafikan payah nak berenggang dengan die. Masa umur 1month ++ memang kalau nak tido tu mesti nagis dulu. Nak kite berkepit je 24jam ngan die. Bila bangun kejap pegi dapor ke apa, dah die meraung macam kene pukul. Sampai nak gi toilet pon payah.. Kengkadang tunggu ayah die balik keje barulah bleh mandi ala-ala tenang (even kadang-kadang daki pon tak nak gosok weiiii..heh). Bila nak dekat 2months , baru kitorang beli buai letrik coz masalah tak dapat dibendung lagi...kira bila ada buai tu, dapatlah makan dengan tenang sikit.Mudahla bila nak buat kerje-kerrja rumah yang lain. Bila kiter dukung, bukan main suke siap senyum-senyum lagi..iskhhh..budak-budak macam-macam peel.

Sampai sekarang ni pon, nak tido kene ada suasana ala-ala tepi laut gituu...senyap...angin sepoi-sepoi baru mau tido. kalau ada gangguan such as kawan die ajak main ker..alat mainan banyak ker...sure tak mau tido siang hari..malam baru tido macam orang tak ingat dunia. Teringat masa kenduri walimah kakak minggu lepas, malam tu kitorang karaoke la.speaker tu dekat sangat ngan dinding umah.maknanya sesapa yang nak tido masa tu kim salam lerr...alamatnya takkan lena melainkan orang pekak jea bleh tidow..hehe. Disebabkan rifqi dah melalak nak tido (coz satu ari suntuk main tak hengatt), kitorang bawak ronda naik kete, pasang ekon.Nahhh..tak sampai seminit, dah Zzzzzzz...mudahnyer amatttt lahhh powwnnn. Macam-macam karenah la pulak..eh eh eh..

Nampak tu, kaki aku dah terbengkok masa aksi mendukung . maknanya memang den tak daya lerrr.Dah besor dah.

Alehai Rifqi ...bila lah nak ilang manjanya dan tak mintak dukung lagi sana sini...urmmmm

Deep inside my heart

Assalamualaikum

Maybe sebab penat aku masih belum hilang, my feeling becomes not stable. Selalu graf emosi aku statik jea...macam orang tak ada perasaan tu. But lately my graph is going down and slowly down. Macam graf saham yang tengah giler-giler merudum.Ermmmmm....

Because of that, aku asik bantai tido, tido and tido jea...;(
Untuk meredakan emo yang tak stabil tu..aku baca some of quote to motivate myself :)

Orang yang pemaaf itu selalunya mudah tidor,boleh makan apa sahaja dengan berselera dan tinggal di mana sahaja bagaikan istana justeru...
Jika sukar tidur pada waktu malam,asyik mengeluh dan kurang berselera dan suka merungut akan rumah yang kecil..mungkin sikap kita yang sukar memaafkan

Mulakan hari anda dengan ketenagan dan fikiran yang lapang!
InsyaAllah hari ini akan lebih baik dari hari yang sebelumnya..

Wallahualam..

04 June 2012

Selamat Bercuti : Part 3

Assalamualaikum

Kalau orang lain cuti sekolah dah tawaf satu Semenanjung, Sabah/Sarawak for holiday, aku masih terperap kat rumah jerk ;(
When,when? Still menunggu saat dan ketika time aku plak nak gi holiday.Korang tunggu jer lah travelog versi aku nanti..huhu (can't wait)

Actually, aku super-duper keletihan. Bukan keletihan berganda lagi tapi dah berganda-ganda yang amat.
First, tenaga aku habis digunakan masa kenduri Walimatul urus kakak aku hujung minggu lepas.Okeyla tu kan..Masa aku kawin dulu,aku dah tak peduli dah hal cuci pingan-mangkuk kenduri.Maklumler permaisuri sehari..ngeh3x.So now turn orang lain plak,,,Nahhhh..hambik ko.Tak dan lap peluh weii.Hinggakan tangan aku dah menggeletar(dah nak abis bateri dah time tu ;P),aku masih dok sental periuk.Huwaaaa!!;(

Second, balik jer dari kampung..gobok pinggan aku kene serang anai-anai. Sakit ati betul.Dah aku kene wat operasi buang gobok!Bukan tu je...lagi skali operasi basuh pinggan - mangkuk yang dah cemar kene serangga perosak itteewww berlangsung lagik..Pastu aku susun pingan-mangkuk tu, simpan pulak dalam plastic box yang aku dah beli borong dari Giant.Hopefully janganlah si bedebah anai-anai tu ganggu idup aku dalam umah ni. Gerramm sehh.Operasi berlangsung 4 hari.Mak jemah dah letih ;(

Third,Operasi lipat kain yang berlonggok macam Gunung Everest. Bayangkan start ari Selasa lepas (masa balik dari kampung-aku bawak sebeg besar baju kotor) sampai la ke ari ni, baru la aku lipat baju.Basuh baju ari-ari.Tapi tak lipat pown. korang bayangkan..dah macam satu almari.Even cuma ada 3 orang je penduduk tetap umah ni, tapi macam ada 10 orang..timbunan baju..ya Rabbi.Letihhh tul ;(

Maknanyer aper tu korang? yesss..pandaii..i need rest!Minggu pertama cuti sekolah aku temanya adalah : MENGEMAS. Huhhhhh

Lagi seminggu jer lagi cuti sekolah.Kene guna betul-betul masa emas cuti penggal kali ini. Berniat nak siapkan sume kerja-kerja yang tertunggak sebelum start bukak sekolah.Kalau tak tak cukup tanah nak kejar masa. Apapon aku rase syok gak dok goyang kaki kat umah, wat keje-keje umah as a full time house wife.Enjoy!

Haikkkkk.Santiknyer itu gambor...Biler masa aku jadik cover front page majalah ni? Hahaha...berangan sudah, Korang cariklah magazine tajuk Me Magazine tu satu Malaysia takkan jumpe nyer.;D. Itu magazine aku yang punyyyaaa bukan Ahmad Albab yang punyyyaa..Hahahaha (gelak monster).Dear all my friends : Happy holiday la yea..ingat-ingat sikit- jaga kesihatan dan jaga poket juger...(takut tak dan next gaji..poket da terboco..heheh.Oh ya, satu wishlist aku- nak pi shopping ala-ala orang ada-ada masa cuti ni lom kesampaian lagi. Budget kene cut sikit dek kitorang kene menyimpan sikit untuk masuk rumah baru nanti..huhu.Saborrr..saborrr.

Okeylah...abis dah Part 3..Next will be continue in Part 4.Nantikan!


02 June 2012

Review Sauna Pants dan Sauna Belt

Assalamualaikum

Kali ini nak bercerita dan tunjukkan produk baru yang akan dijual dalam blog ini. Mula-mula try jer kemudian terus jatuh cinta. Cinta secara kebetulan ;D.Tapi seriosly anda pasti akan merasai perkara yang sama. Bermula dengan Nurlizz 2 Slimming dan Sauna Cream, sya dah addicted dengan barang-barang slimming ni. Dah jadi macam slimming store plaks..hehe.Jadi hari ini saya akan review mengenai Sauna Pants dan Sauna Belt yang saya sukai :)

Berbalik kepada cerita asal, Sauna Pants berfungsi:

  1. Menyingkirkan selulit (sekan-akan kulit limau) di sekitar peha, punggung dan perut.
  2. Mencantikkan bentuk badan (untuk fitkan badan yang menggeleber).
  3. Fungsi lain sama seperti orang bertungku (menyingkirkan lemak-lemak lebih yang nampak tak elok di mata kita).
  4. Amat mudah dan menjimatkan.
Saya amat mencadangkan kepada anda Sauna Pants dari Nazcon Sauna ini kerana kainnya berkualiti dan tebal,Warranty 1 Tahun,Percuma Slim Cream (sample) dan packaging kotaknya yang cantik dan menarik. Sesuai if nak jadikan hadiah kepada teman-teman ataupun ibu anda.


KINI harga Sauna Pants ini dalah RM99 untuk satu set
+
Free gift Slim Cream (sample)
Free Delivery Semenanjung Malaysia
RM20 Kos Sabah Sarawak/RM30 Brunei


Oraitt..berikutnya sya akan ceritakan mengenai Sauna Belt. Antara fungsinya adalah :
melancarkan peredaran darah
  1. Mengurangkan lenguh-lenguh di badan dan muscle relaxation
  2. Mengurangkan lenguh-lenguh kat pinggang dan sakit belakang
  3. Untuk gantikan tungku untuk orang lepas bersalin (kalau malas bertungku)
  4. Fitkan perut yang muncit
  5. Buangkan angin berlebihan.


KINI harga Sauna Belt ini dalah RM88 untuk satu set
+
Free Delivery Semenanjung Malaysia
RM20 Kos Sabah Sarawak/RM30 Brunei

tapi yang bestnya if ada yang nak kedua-dua set ini (Sauna Pants + Sauna Belt) atau dipanggil set HOT MAMA harga yang ditawarkan adalah RM187   promosi hanya  RM150 sahaja.
anda jimat RM37



Intersted to order? Just email me to malanasohah@gmail.com
Jangan segan-segan yer.
TEKIU




Winners : Thank You! Cikgu Giveaway by Mala Nasohah

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirrahim. Saya dengan ini ingin mengumumkan pemenang Thank You! Cikgu Giveaway by Mala Nasohah yang saya telah anjurkan bulan lepas.

Pemenang Tudung Pearl Haya Selection Gallery
http://cikpuanmudaumi21.blogspot.com/2012/05/thank-you-cikgu-giveaway-by-mala.html

Pemenang Mini Parfum Ralph Lauren Romance
http://syiedalikes.blogspot.com/2012/05/thank-you-cikgu-giveaway-by-mala.html

Pemenang Pencil Case Exclusive
http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/2012/05/thank-you-cikgu-giveaway-by-mala.html


TAHNIAH!

Mohon pemenang menghantar detail masing-masing ke alamat email : malanasohah@gmail.com
Nama penuh :
Alamat :
No telefon :

Harap cepat-cepat hantar detail ye..tak sabar nak pos nih ;D
Last date hingga 7 Jun 2012 (Khamis).Thanks

01 June 2012

Free Botol Air Nurlizz Slimming

Assalamualaikum

Hebahan,tolong sebar luaskan ;D
Bermula 1 Jun 2012 hingga 30 Jun 2012, setiap pembelian 3 botol produk Nurlizz Slimming anda akan dapat PERCUMA botol air 1 liter yang eksklusif. 

Promosi ini berlangsung sepanjang bulan Jun ini. 
Cepat dapatkan Nurlizz Slimming anda sekarang.

Banyak sebab kenapa anda perlu memilih Nurlizz Slimming
  • Tiada Sibutramine
  • Tak sakit perut
  • Selera makan kurang
  • Semakin cergas dan bertenaga
  • Berat turun dengan cepat
  • Haid tiada masalah lagi
  • Nano technology
  • Mudah dan ringkas
  • setiap malam bagai malam pertama
  • SEMUA DALAM SATU 

Jika anda berminat, apa yang perlu anda lakukan? Check it out!
  1. Bagi yang masih tak tahu apakah produk perlansingan Nurlizz 2 Slimming, sila----> KLIK INFO
  2. Bagi yang ingin membuat tempahan dan sebarang pertanyaan ---->KLIK ORDER
  3. Bagi yang inginkan hadiah percuma---->KLIK HADIAH PERCUMA
  4. Bagi yang berminat menjadi pengedar--->KLIK DEALER
  5. Bagi yang nak join Giveaway dari blog ini---->KLIK GIVEAWAY




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy