31 December 2011

Nurlizz Slimming Special Edition


Nurlizz 2 Slimming Special Edition *(Jika anda bertuah sahaja-->>Free Nurlizz 2 White -10 kapsul bernilai lebih RM70)

Dapatkan dari Agen Produk Nurlizz yang berdaftar. Pastikan anda menerima resit rasmi untuk mengelakkan produk tiruan. Terima Kasih.


 Bermula 1 Januari 2012
Harga RM228 (1 Botol) / RM 238 (Borneo)
RM600 (Pakej 3 Botol ) / RM630 (Borneo)


"Revealing the secret of nature"




Petua Kulit Cantik!

Tercari-cari tips untuk mendapatkan kulit yang cantik? Mudah jer...nak murah ke nak yang mahal?..hehe gurau jer. Sebenarnya cara tradisional lebih mudah dilaksanakan selain menjimatkan!
Tapi jika nak buat secara 2 in 1 pon lagi afdal..Maknanya cara tradisi + moden. Iaitu dengan bantuan produk kecantikan juga kosmetik. Pastikan yang HALAL okey...

Kulit lebih licin…

Kalau anda inginkan kulit lebih licin dan halus..banyak² kan lah makan tomato ‘coz tomato dapat membantu memperbaiki struktur tisu kulit kita..Selamat mencuba!!

Kulit lebih licin…
Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.



Kulit cerah dan berseri
Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.


Kulit muka yang gebu dan licin
Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin.


Lagi sesuai jika disuai padankan dengan Nurlizz 2 Slimming, Bukan sahaja dapat tubuh yang langsing, malah kulit juga bertambah licin, tegang dan gebu...klik untuk ------>>INFO

30 December 2011

Kata Muhasabah Diri

Kasih sayang harus dibalas dengan kasih sayang
Dengan itu terjalin ukhuwah yang kukuh.

Berzikir dan berselawat
Usaha mendapat ketenteraman jiwa dan kesenangan hati

Bertaubat kepada Yang Maha Panyayang
Disertai Keikhlasan

Kejayaan yang dicapai haruslah hakiki
Insyaallah kekal abadi.

29 December 2011

Obesiti>>> Mari Baca!

Mari...mari baca...penting sumber pembacaan ni untuk anda. Saya dengan murah hati meletakkan artikelnya di sini beserta dengan sumber. Tak payah dah nak meng'google' ataupun menceduk dari mana-mana source .
Baca yer..jangan segan!

Sumber 1 : nur-lizz.blogspot.com


                   ----->>>

OBESITI DI MALAYSIA - APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?
Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).


Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan  dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).

Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :
1. Diabetis,
2. Darah tinggi,
3. Penyakit jantung,
4. Kegagalan sistem pernafasan ,
5. Kegagalan system perkumuhan
6. Kanser dan sebagainya.
Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.


Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion  penduduk di dunia akan mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesity


Obesiti di kalangan kanak –kanak & remaja


Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.


Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)

Faktor- faktor yang menyebabkan obesiti
1. Keturunan dan faktor genetik
2. Tiada senaman yang mencukupi
3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak
4. Hormon
5. Pengambilan ubat/ Rawatan
6. Virus
Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes.


Standard Pengiraan Obesiti
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak
Standard Untuk Bayi dan Kanak- Kanak


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk bayi sehingga kanak –kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 200.6. Standard ini dipanggil WHO child growth standards.


Walau bagaimanapun disebabkan oleh ketiadaan standard antarabangasa untuk definisi bagi obesity di kalangan kanak-kanak yang berumur 5-14 tahun, cara ukuran obesiti bagi kumpulan ini agar mencabar.


Oleh itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini sedang membangunkan satu panduan antarabangsa untuk pertumbuhan bagi kumpulan kanak-kanak sekolah dan remaja. WHO child growth standards  ini dibangunkan dengan menggunakan bukti- bukti teknikal dan diharap agar negara-negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia dapat mengikut standard tersebut.


Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia

Sumber 2 :  http://www.konsumerkini.net.my



Kadar obesiti di Malaysia tertinggi di kalangan negara ASEAN

KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.
"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).
Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Rosnah berkata, kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Katanya, sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.

"Manakala pada 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya.
Mengenai tindakan, beliau berkata, selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.

"Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya. - BERNAMA 

Sumber 3 :  http://www.bharian.com.my

27 December 2011

Sauna..Aktiviti yang baik untuk kesihatan


Assalamualaikum...
Nampaknyer dah der sawang ckit kat page nih..hehe.Saya dah lap ckit-ckit ngan bulu ayam tadi, dah bersih balik..Today is the very d perfectday to explain about 'SAUNA'
Dah mula la tu nak rojak-rojakkan bahasa..ehmmm..Jom baca!


Aktiviti Mandi Peluh ataupun Sauna selalunya dikaitkan dengan kecantikan kulit. Tapi
sebenarnya, kebaikan sauna bukan setakat tu saja, ia punya manfaat yang cukup besar untuk
kesihatan tubuh. Biarpun begitu, ramai yg tidak punya pengetahuan tentang perkara ini. Berikut adalah beberapa kebaikan dari sudut kesihatan daripada aktiviti mandi peluh yang mungkin anda selalu lakukan.

Keluarkan Toksin dari tubuh
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg
membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut
keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah dan bersih.

Meningkatkan metabolisme
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20
minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya
hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan
hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!
 
Kurangkan stress
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya,
setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh
dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai
 
Sembuhkan masalah kulit
Panas ruang sauna yang biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar
dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti
jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus
mempercepatkan proses penyembuhannya.
 
Membunuh bakteria & virus
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya
me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang
semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini
juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh
mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
 
KEHEBATAN Mandi Wap Panas di rumah..
Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda? Sila perhatikan manfaat bersauna
dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:
  • Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
  • Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
  • Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
  • Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
  •  Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
Sauna bilik
Tapi kalau ade modal lebih boleh lah mengunjungi spa-spa yang menawarkan pelbagai harga menarik untuk sauna. Ada yang sauna bilik..untuk suka privasi sorang-sorang. Dan ada juga sauna untuk bawak geng menyembang..maknanya bilik agak luas sikit.Terpulang dengan kesesuaian jiwa anda. 



Sauna Pants



Atau jika nak modal sekali jer keluar..silakan beli alatan sauna untuk letak je kat umah korang..anytime leh guna.





            
Sauna Beg


Sekarang macam-macam produk sauna ada di pasaran contohnya sauna pants dan sauna beg
*Actually aku dah beli dah sauna pants dari ELLY <---kawan lama aku ni..tapi lum try lagi.So bila aku dah der experience barulah kiter story-story yer..






Tips Untuk Kesihatan:
  1. Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali.
  2. Tiga (3) kali penggunaan seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali
    anda melakukan mandian.
  3. Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna. Adalah baik untuk makan buahbuahan
    selepas penggunaan.
  4. Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada
    ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.
    Tips Untuk Mengurangkan Berat Badan:
  5. Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10-15
    minit lagi .
  6. Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.
Sumber hasil pembacaanku : LIHAT SINI 

Jadi aktiviti sauna ini amat digalakkan semasa sedang menggunakan Produk Nurlizz 2 Slimming. Sauna dapat membuka liang pori-pori peluh supaya proses pengeluaran peluh menjadi lancar seterusnya proses perlangsingan menjadi semakin efektif..
Untuk tempahan Nurlizz 2 Slimming boleh KLIK-------->>





22 December 2011

iPhone 4S>> Gadget Idaman?

Bila orang cerita-ceriti pasal iPhone 4s ni..leh ternganga mulut sekejap dibueknyer.Memang salute ngan syarikat Apple yang bersusah-payah keluarkan gadget hebat macam ni. Kat Malaysia, baru rasmi  pada hari Jumaat yang lepas dan dilancarkan oleh 3 syarikat komunikasi terbesar iaitu Digi, Maxis dan Celcom.

IPhone 4s boleh dibeli secara online daripada Apple Store dan pengguna hanya perlu ke syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan pelan yang bersesuaian.Tapi kadang-kadang mereka mengenakan kontrak yang lama 12 bulan , kadang-kadang 24 bulan. Tempoh ikat kontrak yang lama tu lah membuatkan pengguna perlu membuat pilihan terbaik untuk jangka masa panjang.. Pengguna yang membeli iphone 4s ni bukan jer beli untuk buat panggilan, SMS. MMS, tapi untuk internet, e-mail, laman sosial dan sebagainya. Contoh jika kiter ni jenis individu yang suka buat panggilan banyak ke Celcom, Pelan Celcom adalah satu kelebihan besar sebab mereka menawarkan sehingga 6000 minit panggilan yang digabungkan dalam rangkaian mereka.


Aspek lain yag perlu dipertimbangkan untuk memilih pelan yang terbaik adalah harga dan kos pemilikan. Sebelom sign kontrak pembelian, kita perlu ambil kira aspek seperti kualiti liputan coverage, prestasi, customer service dan suara yang berbeza pada setiap rangkaian yang kiter pilih. Untuk rujukan, pelan yang ditawarkan mengikut data seperti 16Gb, 32Gb dan 64Gb.





Info Nurlizz 2 Slimming

 Sumber : Stokis Mizan
Assalamualaikum geng nurlizz sekalian... saja nak share... semalam saya sempat singgah di office HQ berborak2 dengan Prof.. so .. kesempatan yg ada tu saya gunakan utk menanyakan beberapa aduan dan keluhan segelintir customer utk dapatkan kepastian... so.. saya tempelkan disini sebagai panduan kita bersama

1) Pesakit jantung yang baru lepas operate masuk belon/stemp :
Tk boleh ambil nurlizz sebab pesakit yg macam ni salur darah dia mudah kempis
dan tersumbat... takut pembuluh darah pecah masa herba sedang bertindakbalas.

2) berat tak turun2 walau pun dah makan 2 botol :
customer tu ada tiroid. prof cakap.. tirod umpama seperti main switch dlam badan
kita.. kalau sesorang tu ada tiroid.. apa saja ubat takkan memberikan kesan selagi
tirodnya belum di ubati lagi...

3) demam, sakit tekak, sakit kuat..
tiroid.. ni antara simtom orang yg ada tiroid bila ambil nurlizz

4) perempuan : pendarahan berlebihan atau bukan waktu period.
proses penyembuhan.. biasanye berlaku pada wanita yg mempunyai masalah yang
teruk di bahagian ovari seperti cyst yang telah lama, keputihan yg kuat, sengugut
yg berpanjangan, period yg sangat tidak teratur.

5) berat semakin mningkat jika makan nurlizz.
majoriti manusia di bumi ni adalah dalam blood group ABO.. iaitu A, AB, B & O..
tapi ada 10% manusia mempunyai darah yang pelik iaitu blood group Bombay,
Himalaya, dan macam2 lagi.. orang yg ada darah jenis ni dia akan menunjukkan
kesan yang tebalik.. kalau makan ubat kurus.. dia jadi gemuk.. kalau benda
panas.. dia rasa sejuk.. kalau ngantuk dia tk lh tidur.. dan macam2 lagi.. so kalau
ada umpa orag macam ni.. inform saya.. nanti prof nak buat pemeriksaan lebih
lanjut.

6) Orang yag ada kencing manis & darah tinggi
Boleh.. digalakkan... tapi kena minum byk air 3 kali ganda orang biasa... kerana darah diorang pekat.. nanti akan menyukarkan buah pinggang bekerja.

Sekian.. wassalam

20 December 2011

Kenaikan Harga Nurlizz 2 Slimming Dari HQ Nurlizz Marketing

Salam...
Mohon makluman kepada semua pengguna dan pelawat blog ini.
Kenaikan Harga Nurlizz 2 Slimming
Info juga boleh dilihat dari Sumber : nur-lizz.blogspot.com
atau boleh lihat di SINI


19 December 2011

Lagi testimoni Nurlizz 2 Slimming

Alhamdulillah...testimoni terkini dari customer saya :)



Maklumat lanjut tentang produk Nurlizz 2 Slimming boleh klik SINI ataupun DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy