13 February 2012

Mini Giveaways 2012 by shagcomot.com

Salam...tengah jalan-jalan tadi terjumpa pulak banner giveaway yang comel (kaler purple pulak tu). Suke :)

Simple...sapa nak join sila KLIK SINI cepat sebelum tarikh tutup : 14 Februari 2012

12 February 2012

Corat-coret Majlis Tunang Kakak

Assalamualaikum
Rasa macam dah lama tak menaip. Tak online dan tak ber'facebook'. Dua minggu berturut-turut balik kampung untuk sama-sama meraikan majlis kawin kawan dan juga sama-sama menggunakan kederat untuk menjayakan majlis tunang kakak kesayangan aku.

Lokasi : rumah mak dan abah di kampung. Memang meriah, tak cukup tangan dan senang citer abis kederat..heheh. Tika dan saat ini pon, aku masih lagi terasa penat dan dah demam sekejap pun (sekejap ajer sebab makan ubat cepat-cepat sebelum melarat).

Kakak aku, kak yati@rose mesti la gumbira tak terkata kerana telahpun selamat menjadi tunangan orang..huhuhu..Akhirnyer..tahniah. Hujung bulan Mei ni skali lagi memerah keringat untuk majlis kawin pulak..jangan tak hengat..;P

Hamboi..interprem pulak mama Rifqi nih ;P 

Masa tengah bincang-bincang tu, sempat lagi cik Ani, dan Kak Zu pose barang sekeping dua

Muka kakak aku yang sedang dapdipdup...huhu

Barang hantaran dari pihak lelaki. Tema biru..Aku suka biru macam ni, soft sangat.cool!

Barang hantaran dari pihak perempuan, ilham kreativiti = dari banyak tangan. Yang pasti part aku : tukang tabur coklat, tukang tempah kek, tukang beli buah, tukang sibuk buat sirih junjung.

Abah Rifqi rajin mesin kelapa, tak perasan ibu jari dah kena mesin sekali..heheh.Adoii..
Rifqi tertidur masa pihak lelaki datang, elok juga tak adelah bising-bising masa orang sibuk berbincang.
Posing bertiga tu, masa dah nak abis acara. Muka berminyak, pinggang dah nak bengkok dukung Rifqi yang dah nak bosan tu..

09 February 2012

Sapa kata ikan tu tak sedap

Assalamualaikum.
Sapa suka makan ikan angkat tangan? Satu..dua tiga..malas nak kira. Sapa suka makan? satu dua tiga..sepuluh!..wah bagus korang ni. Sapa suka makan free? satu..dua..tiga..sepuluh..duapuluh..lima puluh..seratus..huh tak terkira banyak nyee, aku pun ade terselit kat tengah tu..ihik

Dah kebetulan minggu lepas balik kampung, aku dan en husband (kitorang) tak lepaskan peluang beli ikan patin , talapia dan baung kat tepi sungai Pahang (somewhere in Temerloh). Tak dinafikan, segar-bugar betul ikan-ikan kat situ, elok tergedik-gedik je berenang sana sini tunggu kitorang pilih mana satu yang paling gedik (heheh..takdelah..semua ikan sama aje fesyen renangannya, tak semua gedikss).

Difahamkan ikan kat situ semuanya diternak secara dalam sangkar. Sangkarnya dalam sungai itu jugak lah. Airnya mengalir, ikan-ikan yang diternak semua diberi makan palet, jadi tak hairanlah rasa ikan tu memang mantop setelah dimasak sesedap rasa. Kalau masakan tak berapa sedap, aku tak jaminlah ikan tu akan sedap (korang paham tak maksud aku ni?).

En husband memang dah menanam hasrat nak buat aktiviti menyeronokkan di hujung minggu ..di rumah..dan tak keluar modal. Dengan penuh semangat waja, aku pun perap la ikan talapia yang kitorang dah beli tu. sementara tunggu abah Rifqi tertiup-tiup nak marakkan bara api, sempat lagi Rifqi posing muka bosan kat  'Duccati' motorbike abah..hehe. Lokasi : belakang rumah.

 Very serious face la rifqi..

Biasa tu, muka tak puas hati seseorang yang tak gemarkan ikan memang itu macam la. Kitorang wat muka happy ever after sambil kibas-kibas kipas sate kat ikan. Biau cepat masak cepat boleh makan kan kan. En husband aku angguk-angguk tanda setuju. Kepala dah pening kut sebab tiup bara api tanpa henti seminit tadi..Cian. Sebelum tu, aku dah get ready dengan cicah air asam untuk diandingkan bersama dengan ikan bakar tadi. Air asam cecah ikan bakar versi aku adalah...
Bahan-bahan :-
*Cili api
*Cili besar
*Bawang merah
*Bawang putih
*Sedikit belacan
*Garam , Gula
Air asam jawa
*Blend semua bahan-bahan ni setelah semuanya digoreng dengan sedikit minyak.
Dah siap, masukkan bawang besar yang dihiris halus, tomato dan cili besar
Siap untuk dicicah!

Haiyaa..ade sikit hangit, 3 ekor sekali bakar, biar betul....

Rifqi dah mula tak puas hati, aktiviti ni tak best katanya..huhuhu
Cuba pujuk-pujuk..die dah mula sengih-sengih. Good boy. Jangan tiru aksi rifqi pegang hammer (dah berjaya dirampas oleh en husband setelah sesi amik gambar berakhir)
The conclusion is, tak rugi makan ikan...sedap, berprotien tinggi, sihat lagi berkhasiat.Silakan cuba ;P

Tak salah kalau berkorban

Assalamualaikum..
Sedikit saja pengorbanan waktu untuk penulisan ini.

Tak perlu rasa terpaksa, dipaksa ataupun tak rela..kalau namanya pengorbanan memanglah perlu 'rela'

Ikhlaslah wahai hati..senyumlah sokmo :D (memang aku cuba sedaya upaya)

Tak salah kan berkorban demi menggembirakan hati orang lain. Tak harapkan balasan. Cuma Allah S.W.T yang tahu.

Sedikit pengorbanan cuma..berbanding pengorbanan sedari kecil mak abah membesarkan aku.
Tak apa..berpegang kepada kata-kata 'buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali' (kadang-kadang ada la nakal sikit-sikit) dan ' tolong menolong sesama kamu, InsyaAllah di saat kamu perlukan pertolongan, ada yang sudi membantu'


Satu dua hari ni agak kesibukan masa, seakan tak cukup pula. Aku dah list kan sume perkara apa yang kakak aku perlu untuk hari bahagia die nanti. Harap-harap semua nya akan berjalan lancar. Amin

08 February 2012

Testimoni Terkini Nurlizz 2 Slimming Abang Nuar From Pahang

Assalamualaikum
Memperkenalkan testimoni terbaru, kalau ada yang dah kenal tu..Cepat-cepat ucap'Tahniah' pada Abang Nuar ye. Pada yang belum kenal, boleh tengok perubahan yang telah berlaku pada diri Abang Nuar.

Jangan terkejut kalau saya katakan ini semua disebabkan kehebatan produk perlangsingan terhangat masa kini Nurlizz 2 Slimming.
Jangan tak percaya kerana ini semua memang kisah benar..Abang Nuar ni adalah abang ipar saya. Maka beliau adalah abang kandung kepada en husband saya sendiri.
Ada sedikit penceritaan berkenaan imej baru terkini beliau ini :-

"Berat asal saya sekitar 116kg sebelum menggunakan produk Nurlizz 2 Slimming. Saya mula makan pil ini bermula awal November 2011. Itupun setelah adik saya (Mohd Noor Azreen bin Sumiri) balik ke kampung dan membawa bersama produk ini. Terlintas dalam hati nak cuba. Cara amalan makan saya, saya ambil 2 hingga 3 biji pil Nurlizz 2 Slimming  setiap hari. Alhamdulillah, setelah habis botol yang ke 3, saya dapat menurunkan berat badan sebanyak 13kg. Berat badan saya sekarang adalah 103kg. Masih lagi berusaha untuk dapatkan target 85kg hingga botol yang ke -7. Bukan sekadar penurunan berat yang saya dapat, malah pergerakan saya semakin lancar dan laju, badan rasa lebih ringan, sakit lutut berkurangan dan rasa mengah hilang disebabkan berat badan menurun. "

Inilah abang Nuar dengan berat 116kg dulu

Berat terkini 103kg..Alhamdulillah

07 February 2012

Giveaway Kznabihah Eksklusif item


Salam..jalan-punya jalan di pagi-pagi hari lepas subuh harini, terpandang satu GA yang menarik hati aku untuk try luck lagi..:D. Datngnya dari KZ Nabihah Boutique. Memang cantik-cantik la sangat item yang dijual dalam blogshop ni. Mata aku yang tadi terpisat-pisat terus membulat..plus bersinar lagi tengok macam-macam ade..:)

Rasa macam nak berakit je pegi kat Kluang nak tengok sendiri butik ni tapi jauh la. Actually aku dah beberapa kali sampai ke daerah Kluang masa tahun 2006 dulu. Masa tu masih dalam pengajian di salah satu ipt di Johor. Datang sana untuk melawat kawan baik mase zaman sekolah dulu..meleret-leret plak dah citer ni ;P

Dalam banyak-banyak item, paling suka dan berangan nak dapat adalah High waist skirt with polka dots ribbon.


Suka sangat sebab tak penah pakai skirt lagi sejak 2006..hehe. Nampak cute sebab ade reben kat belakang, nampak terserlah jiwa keperempuanan ku bila dah memakainya.Lagi-lagi kalau dapat warna 'Royal Purple'. My feberet kaler..Hopefully.Moga-moga tercapai la hasrat nan satu ini..Aminn

Inilah skirt yang dimaksudkan, cantik kan? Harga jika review di blogshop dalam lingkungan RM50-RM55. Memang berpatutan. Berbaloi-baloi :) 

Giveaway bermula
31 januari 2012 - 29 februari 2012



Apa yang perlu anda buat?

1. Pilih salah 1 item kegemaran anda daripada koleksi terbaru kami
a) Colour block pencilCut Skirt
b) High waist skirt with polka dots ribbon
c) Palazo pants

2. Sila review item tersebut beserta kenapa anda suka item tersebut.
Anda perlu letak gambar tidak melebihi 3keping sahaja.
Bagi yang ada Facebook pun boleh Join :)

3. Jangan lupa letak banner kznabihah di sidebar or mana-mana bahagian di blog anda ;)
Jom sama-sama sertai giveaway ini. Klik sini Yer :)
Jeng-jeng..nak tag 3 orang yang disukai

Updated Peserta Mala Nasohah 1st Give away Contest 2012

Assalamualaikum..
Harini tibalah masanya nak update peserta yang telah pun join Giveaway yang telah dianjurkan. Walaubagaimanapun , tarikh tutup masih berbaki banyak hari lagi..29 Februari 2012, Jadi jom rakan-rakan sertai ramai-ramai yea. List ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. Terima kasih!!!  Sayang semua :)

  1. Lelord
  2. masnayli
  3. noorulazz
  4. Cik Rose Cute
  5. ummi_norseha
  6. kano san
  7. IZZATI MUSTAFA
  8. MIRRA NADHIRA MUSTAFFA
  9. Lynnda
  10. Miss Zee
  11. nadia
  12. nur_za
  13. Fazwana Wahid
  14. Syahidah Daud
  15. Hafizah Zainal Abidin
  16. Cik eiyra 
  17. Little Yuyu 
  18. Farah'eylla Damia
  19. Solehah Shamsuddin
  20. cincin permata
  21. fatma fazira
  22. najwasafura
  23. nafaz lyn
  24. puanhartyruncing
  25. NAL
  26. lurun namzar
  27. AkmaDanira
  28. TeehaNFM
  29. FarahMajdiah
  30. nur najwa
  31. cikharty 
  32. mrs.Bullat
  33. azatiesayang
  34. imie fatiema
  35. Cik Zaiey 
  36. cik 13 februari
  37. umairah
  38. Nadratul Syazwana
  39. AkmaFaizal
  40. Nicky Nik 
  41. Atiey eykuu 
  42. Ummi Iman
  43. hasmiza
  44. lin~
  45. mokcik-ann
  46. Ummi Myra
  47. mama lynn
  48. memey janie
  49. fatini rosli
  50. fieda
  51. ety
  52. Darling Ninie @ Mama Comel
  53. gadis pekan
  54. edayahzaid
  55. yana tralala~
  56. INA_Noorlina
  57. kyra
  58. Lady L
  59. SeputihSalju
  60. Fieqa Natsumi
  61. syazwani
  62. Qienah
  63. ainulaqma
  64. Lil_me
  65. naafred
  66. Hamizah:D
  67. farihin,izzati
  68. Wan Nur
  69. Dear KHY
  70. Dolly Auliya
  71. Sheqynne Hotloverzs
  72. nur ika apple
  73. nurmujahidah
  74. Wanblur - Shazwan Azizan
  75. kakngah
  76. syakirah
  77. kakyong
  78. einz
  79. Cik Angah Humaira
  80. mate saya bulat
  81. sikelamkelibut
  82. Ayumi Comot
  83. Mrs Velentine
  84. yan
  85. Nur Honney Robbi
  86. muel phine 
  87. kaishin
  88. Farhah Najwa
  89. Nida
  90. Saya memang suka menuliz
  91. *R
  92. Kimmie

05 February 2012

Jalinan Ukhuwwah Hi Tea bersama Bob Kuman anjuran NL Healty Herbs & Nurlizz Marketing

Assalamualaikum
Tidak terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Salam Maulidur Rasul Tahun 2012/1433H yang jatuh pada 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiulawal 1433H. Iaitu pada hari ini. Tema yang dipilih pada tahun ini adalah 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'. Dalam kelekaan kita dengan hal duniawi,wajib untuk kita mengenang kembali peristiwa -peristiwa yang berlaku di bulan keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dan juga mengamalkan amalan-amalan sunat pada bulan Rabiul awal ini.

Hari ini aku dan sebahagian Gengs Nurlizz menghadiri majlis Hitea bersama Bob Kuman di Hotel Grand Blue Wave , Shah Alam. Mula-mula berniat nak bawa Rifqi sekali memandangkan ramai juga kawan-kawan yang bawa anak. Pikir-pikir balik payah juga nak kendalikan budak dalam majlis orang. Dibuat nyer main kejar-kejar nanti , tak ke haru - biru nanti. Last-last lepas bincang ngan cikgu Liza (pengasuh taska), die setuju amik OT sampai kul 6 petang ..Ok la tu kan.

Rifqi pon mood baik arini, jadi kitorang agak senang hati juga lah..bukan niat saje nak gi enjoy berdua-duaan, tapi sebab tak mau la ganggu majlis orang dengan kekecohan anak sendiri. Umurnya baru 2 tahun 6bulan..Marah pun memang tak makan saman. Belum sesuai lagi..kalau gi kenduri, shopping, jalan-jalan, gi tengok lampu...main kat playground sampai malam boleh la kan.

Tema Hi tea .'Santai'..so pakaian baju hitam 120days 30kg (yang aku dengan murah hati nak bagi GIVEAWAY untuk pemenang 1st contest by aku :D) dan jeans. Tudung kaler merah...sempat lagi singgah Pearl Haya kat Seksyen 7 untuk rembat selai tudung merahhh yang aku berkenan. Off 30% untuk member card holder. Memang berbaloi-baloi pembelian aku kali ni.

Gabung-gabung gambar la pulak..heheh
 Dengan sebahagian rakan yang duduk semeja tadi

 Hamboi..peace no waryer..ehehe

Bersama Duta Produk Nurlizz 2 Slimming Bob Kuman

Lagi bersama Bob Kuman

Masa baru sampai tadi. Tak tau la kenapa gambar jadik blur camni. tengok tu tadi aku dah kuar cahaya keimanan..huhu. Sapa yang dapat padam silau dahi aku tu.memeng terer lah

 Kak Jun& husband, Mala Nasohah& husband


 Ni lah artis yang ade tadi. Mase ni Saiful Apek belum lagi muncul. Yang ade Mamat, Joey, Acong Sweetchild, Bob Kuman dan Zain

 Suka tengok orang pakai baju sedondon masa ni

Kesimpulannya, memang berpuas hati dengan Hi tea yang macam ini. santai..rileks..aturcara pon tak rasmi. tu yang aku suka tu. Makan pon sodap..bayar pon murah aje RM25/seorang..T-Shirt dapat pulak tu..sapa nak bagi wei. Sambutan stokis, agen dan pelanggan yang hadir pun memang memberangsangkan. Walaupun aku dan husband terpaksa balik awal se awal jam 5 petang, tapi tak ralat sebab objektif kitorang untuk nak kenal-kenal tengok orang sambil bersantai-santai sekejap dah tercapai. Dalam otak ni asik teringat Rifqi aje. risau sebab hari Sabtu taska sampai pukul 3 aje. nasib baik cikgu Liza sanggup nak jaga sampai petang. Nak dijadikan cerita, after kitorang hantar stok pada customer di seksyen 7 dan Alam Mega tadi, on the way back, jalan sesak teruk..bertambah-tambah risau. sampai depan pintu pagar taska tepat pukul 7. Cian kat cikgu Liza..rasa bersalah pun ade. janji 5.30 tapi dah ter'drag' sampai kul 7. Tak sengaja...huhuhu



04 February 2012

Lebih baik diam dari banyak berkata-kata

Assalamualaikum..
Lepas maghrib tadi aku dah mulakan misi melipat kain yang agenda ni dah tertangguh seminggu...huhu.Bayangkanlah dah seminggu..aku baru mula lipat dah rase macam lenguh-lenguh jer (ceh..alasan nak landing la tu..;P).

Baru lipat dua tiga helai kain..Rifqi dah tarik-tarik aku suoh main ultraman skali dengan dia.Ni yang tak sanggup ni. Aku dah mula terpikir nak buatkan adik baru untuk die. :D. Mesti dia tak heran kalu aku tak join main skali atau makin leka sebab dah ade kawan kan.

Sebab nak suruh rifqi diam dan tak ganggu abah die tengok citer lawak kat TV (Dah dekat 2 minggu tak dapat tengok citer feberet sebab turutkan kata anak nak tengok kartun!), aku ajak..'Rifqi Jom tido!'..Hahah..Lena kejap aku tadi...Alhamdulillah terjaga dengan sendiri jam 12.15 tadi sebab belum solat Isyak.

Perasan tak? aku sejak dua menjak ni rajin pulak nak tulis-tulis entry panjang-panjang macam ni. Walaupun kadang-kadang karangan aku nak ke laut gayanya. Menulis ni umpama macam bercakap. Dah bercakap mesti la nak bercerita kan. Kalau dah bercerita tu haruslah panjang, kadang-kadang ada melencong sikit.
Dulu..aku ni pendiam juga (yeke?) .Kalu orang yang baru kenal aku mungkin diorang akan kata "Pendiam juga u ni yer?, "Eh..baik la awak ni".....Lagi? "Nampak muda laaa"..dah mula kembang hidung aku ..hehe....Lagi? Lagi? "Haiskhh..ntah pape la budak ni"..bila ada dialog macam ni, aku akan sengeh aje la..:D

Bagi aku kalu perlu kita diam, maka lebih baik diam. Jika perlu berkata-kata, bercakap atau memberi komen, barulah aku akan bercakap. Masa sekolah dulu,cikgu sejarah aku selalu suruh aku berdiri dan bercerita panjang lebar tentang fakta dalam buku teks. Masalahnya aku kurang minat.Jadi aku cakap sikit-sikit aje. Maaf cikgu, saya bukan sengaja tapi kurang minat.Tapi tetap score A kan cikgu..hihih

Minat kepada bidang kira-kira@matematik lebih mendalam. Bidang ni tak perlu buka mulut pon..:D. Diam-diam aje dah dapat jawapan soalan kan. Tapi sekarang, aku dah terlibat dengan kerjaya yang perlu bercakap hari-hari...:) Suke :)

Bila berborak dalam kumpulan rakan-rakan. aku rasa perlu juga control percakapan. Dah syok berborak tu, kadang-kadang alpa dengan suku kata perkataan yang keluar dari mulut. Takut menyinggung hati dan perasaan orang. Bukan apa, risau juga dikatakan lebih-lebih, macam pandai, ntah apa-apa dan sebagainya. Wajar juga untuk aku terkadang-kala bagi ulasan atau terkadang kala diam ajer. Kan lebih baik..wajar ..memang wajar..

Dalam family pon aku ambil pendekatan macam itu juga. Kalau en husband aku berkata-kata, aku lebih banyak angguk-angguk. Isteri solehah!..Kalau mak abah aku berkata-kata, pun aku akan angguk-angguk juga. Anak soleh!. Kalau kakak-kakak aku berkata-kata, aku akan nyampuk sikit, tambah sikit-sikit, angguk sikit-sikit. Adik yang baik! Kalu adik aku yang berkata-kata, of course la aku akan bercakap juga..kalu angguk-angguk je..nak jadi apa adik aku nanti kan. Terkadang-kala volome dan pitching suara pun aku highlight kan sekali untuk adik bongsu aku yang sorang tu..barulah..Kakak yang baik!..heheheheh
Kalu Rifqi berkata-kata? Aku peluk cium die..hahaha..sebab kata-katanya hanya aku dan die jer paham.kadang-kadang..tak paham langsung. :D.

Okeylah..cukuplah kata-kata aku untuk kali ni, panjang-panjang sangat nanti sapa la nak baca..
Kalau ada yang baca syukur Alhamdulillah..tinggalkan komen sekali yer. Tak der la bercakap sorang-sorang nanti..Tekiuuuuuuuuuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy