27 January 2012

Internet, Broadband, Wifi...dan RM

Dek kerana geram dengan kelembapan portable wifi kat rumah aku ni ..arini aku nak try lagi satu perkara baru.

Arini lebur RM100 untuk registration P1 4G Desktop modem. Huhu..tak la geram sangat sebenarnya..tapi cuba perubahan baru.Kalau sebelum ni, aku akan online kat dalam bilik jer ( coz kat situ jerlah coverage molek sikit), tapi dengan gumbiranya tempat online terkini : depan TV aku.

Dulu..tak ingat tahun biler, aku dah mula melanggan celcom broadband..volume 3GB/month RM68...mase tu terasa agak mahal  registration fee + stick tu kene bayar gak (tak silap aku la). Rasenye dekat-dekat 300hengget la terbang. Tapi  kerana dah tension, asal nak buat keje sekolah jer gi CC, mase tu dalam workplace aku takder Wifi lagi..kesian kan.
 Aku pun dengan rela hati register jugak, untuk memudahkan aku buat kerje sekolah kat umah...

Birthday present tahun lepas, en husband aku bagi hadiah yang paling aku suka , Samsung Gal SII . Wah..wah..ketaq kepala lutut woo..tak pernah dapat yang sebegitu mahal..Alhamdulillah. Included plan postpaid dan registered mobile internet..I suke sangat..Sayang en abang aku..heheh. Aku gunakan sebaiknyer..mase tu volume 3GB jer..tapi disebabkan aku mula dah terjebak ngan dunia blog ni, bandwith aku mesti exceed limit tak sampai sebulan...huhu..Akupun naikkan lagi plan data . amik 5GB plak..hambikkk..mahal gak kan..tapi coverage tetap dalam bilik aku jugak..:(


Bila aku pikir-pikir semula, penggunaan handphone aku as a portable wifi sepenuh masa amat tak sesuai. Risau kalu handphone tu akan meragam atau kata lain rosak. Kalau dah hari-hari online, lepastu charge and charge jer everyday, tentulah barang tu akan panas . Risau if overheated nanti. Jadi untuk pembahagian volume antara di rumah dan di handphone perlu aku timbang semula.Akhirnya,pagi tadi kitorang (aku dan husband) survey area rawang..kiosk P1 depan Mc D yang selalu ade jer kat situ, belum bukak-bukak lagi..Akhirnya kitorang ambil keputusan pergi HQ P1 Wimax di Petaling Jaya.Puas hati dengan layanan dari pihak customer servis, kitorang sebulat suara mengambil pakej 5GB+3GB (1 modem + 1 broadband)..Syukur Alhamdulillah bila dah install kat rumah, coverage 'Excellent"..4 stars to P1:)
Bayaran bulanan, bulan pertama RM20.31, bulan kedua dan ketiga RM69 dan bulan ke 4 dan seterusnya dijangka turun RM59 (kalau kitorang pulangkan balik broadband tu sebelum bulan ke 4, memang aku dah plan untuk pulangkan).Amat berbaloi.Kenapa aku pilih pelan yang ini? Sebab aku akan dapat balik registration fee RM100 aku tu.Lepas tu, aku pun pegi ke Celcom Centre, reduce kan semula volume mobile internet aku kepada 1GB (RM38) sahaja.  Supaya mudah aku nak berinternet 'di hujung jari'..hihi

 Desktop modem

 2 Modem

Full bar..(signal warna biru)..kelasss u..walaupun modem diletakkan dicelah-celah pokok bunga plastik aku :)

Bila calculate semula RM38 + RM59 = RM97. Jimat kan? Aku suka sangat! Jadi pembelajaran harini mengenai kira-kira budget bulanan internet aku.Objektif tercapai! Kedua-dua servis perkhidmatan yakni Celcom dan P1 memang bagus..aku tak nafikan.Cuma pandai-pandai kiter sebagai pengguna menggunakan atau memilih pelan yang sesuai..

Wallahualam..

2 comments

Kawasan saya tidak ada liputan P1 jadi guna Streamyx untuk online.

January 29, 2012

@akubiomed

O yerker..Rase berbaloi sngat bila dah guna P1,sbb line telepon tetap..

January 30, 2012

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy