Suka tak minum air putih atau air kosong@ lebih glamour lagi sky juice ?
Selalunya kalau dah ralit sangat buat kerja, memang tak ingat nak minum..tau-tau tekak dak kering sangat. sama jugak dengan masa bangun dari tidur. Mulut dah rasa pahit-pahit dan kering tapi tetap bertahan ..sampailah ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Sebenarnya minum air putih sebaik bagun dari tidur memang banyak manfaatnya.
Terdapat peraturan untuk minum lepas bangun dari tidur. bukan main belasah ajer..maklumlah mungkin tidur banyak kali dalam satu hari kan.Persoalannya, siang ke malam ker? atau pagi? Ni aturannya :
- Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
- Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
- Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
- Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
- Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kalau korang ikut aturan ni, InsyaAllah dipercayai ia adalah salah satu kaedah rawatan yang dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
- Tekanan darah tinggi – 30 hari
- Gastrik – 10 hari
- Diabetes – 30 hari
- Sembelit – 10 hari
- Kanser – 180 hari
- Tibi – 90 hari
Sumber : http://www.kpwkm.gov.my/
Fakta di atas tu, mengikut darikajian saintis, selain itu saya senaraikan jugak khasiat minum air kosong yang lain. semoga dengan info saya ini, korang rajin-rajin minum air kosong bukan sekadar untuk menghilangkan dahaga saja, tapi secara tak langsung kebaikkan darinya , korang akan dapat sekali. InsyaAllah.
- Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung befungsi secara berkesan.
- Air berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang ada dalam tubuh manusia.
- Air baik untuk sendi.
- Manusia memerlukan paling kurang 3 liter air setiap hari.
- Jangan lah risau, minum air dalam kuantiti yang banyak tidak membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
- Amalan meminum air akan membawa keluar segala kekotoran dalam tubuh manusia.
- Air kosong amat menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori,gula,atau lemak.
- Minum banyak air dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang.
Promosi Nurlizz 2 SlimmingJika sedang berdiet? lagi elok minum air kosong banyak-banyak tau!
- Bagi anda yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran
- Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut,sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.
- Minumlah 8 gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
- Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk.
- Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi tidak mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.
- Jus buah-buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan anda sehebat air kosong.
Sumber : Majalah info sihat
2 comments
Anak saya Adam Nawfal susah nk minum air kosong ni. Time betul2 haus baru dia minum.. Hehe..
Jemput follow http://resepiadlynn.blogspot.com..
Komen2 la slalu n slmat berblogging.
-Lynnda-
@Lynnda
Thanks lyndaa..masih baru dlm dunia blogging,belum lincah mcm rifqi tu..Bagi adam minum air kosong banyak..bagus utk sistem badan die. minum air manis anak jadik aktif lain mcm la..hehe
Saya dah add linda..:)
Post a Comment
Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...