30 January 2012

Nurlizz Slimming Laboratory Report

Assalamualaikum..

Kongsi sedikit info tetang kandungan produk Nurlizz Slimming.

Alhamdulillah..Apa yang boleh saya kongsikan di sini adalah :-
-Kandungan bakteria baik
- Kandungan untuk meninggikan metabolik badan
-Bebas kandungan leads,mercury, arsenic dan cadmium yang biasanya terdapat dalam pembuatan kebanyakan kosmetik. Bahan ini dipercayai penyebab kanser. Penyakit paling digeruni masa kini.
-Bebas alkohol dan pork




Ujian makmal ini membuktikan bahawa, Nurlizz Slimming dijamin selamat dan Halal.
Diharap semua pengguna berpuas hati dengan Nurlizz Slimming :D

29 January 2012

Jemputan Walimatul Urus Pertama Tahun 2012

Assalamualaikum

Tengahari tadi kenyang makan kat kenduri kawin rakan en husband di Jeram. Selangor. Cuaca panas dan terang hari ini memang sangat sesuai dengan tema majlis kawin diorang ni. MERAH!..Suka sangat.

Semoga berbahagia Saiful dan Eika hingga ke akhir hayat. Sememangnya lauk-pauk yang dihidang cukup meriah. Macam-macam ada. Orang Jawa lah katakan..memang pemurah dengan makanan dan terkenal dengan masakan yang sedap-sedap.

Untuk buku baru Tahun 2012 ini, inilah jemputan Walimatul urus pertama yang kami hadir . Minggu depan akan bertandang pulak ke rumah pihak lelaki di Pahang.

Congratulations to both of u!

Diapit oleh pasangan pengantin lama..;P

Bersama rombongan kawan-kawan yang sama merai pengantin




Sup Ayam Laku!

Menu makan tengahari semalam : Sup Ayam

Bahan-bahan :-
Beberapa ketul bahagian ayam yang aku dan keluarga suka (kepak dan dada)
Sayur -->Kentang dan Lobak 
Sup bunjut Adabi
Serbuk sup perencah Adabi (aku bubuh jugak untuk kasi kawww)
Halia
Bawang merah + Bawang putih
Lada putih
Kayu manis  + Bunga lawang
Daun sup + daun bawang
Bawang goreng
Garam , Gula (sedikit sahaja)

Ini bahan-bahan yang biasa aku guna untuk buat sup ayam. Lagi kick kalau makan dengan sambal kicap..Makan dengan nasik panas-panas..huhuhu..best!



Inilah rupa Sup Ayam versi Aku..rupa macam tak sedap, tapi ce rase ..huh..memang best.
Selamat mencuba :)

Kesahihan Ceritera Testimoni Nurlizz 2 Slimming

Assalamualaikum

Kesahihan tentang keberkesanan produk Nurlizz 2 Slimming bukan satu dongeng lagi.

Banyak komen dan feedback dari pelanggan mengatakan produk ini sangat berkesan untuk membantu menurunkan berat badan.

Ramai dari pelanggan yang dah pun menggunakan dan 'repeat order' hingga botol yang ke 4 . Bermakna produk ini bukan satu penipuan! malahan pembantu kepada segala masalah berat badan dengan izin Allah S.W.T. Insyaallah.

Seorang pelanggan saya, mengaku antara perubahan yang dialami selepas pengambilan hanya sebotol produk Nurlizz 2 Slimming adalah :
- Berat badan berkurang
-Sakit lutut hilang
-Badan rasa ringan
-Sakit kepala semakin berkurang

Walaupun hanya mengamalkan sebiji sehari selama 30 hari. Berat beliu turun dari 75kg kepada 70kg. Menakjubkan bukan?
Alhamdulillah











Esok akan ada seorang lagi pelanggan dengan imej terbarunya. Tunggu tau :)

28 January 2012

Aku Jadi Testimoni Chitosan Plus Herbs Nurlizz 2 Slimming

Assalamualaikum dan salam pagi sabtu.

Khas buat pelawat blog saya dan pencinta dunia kecantikan..

Cuma aku nak berkongsi pengalaman aku setelah bergelar pengguna Nurlizz 2 Slimming. Ceritera bermula pada hujung tahun 2011. Aku telah diperkenalkan oleh rakan aku tentang kehebatan produk ini. Masa itu, memang aku tengah bersungguh-sungguh nak kuruskan badan. Bukan apa, seluar jeans kesayangan aku masa bujang dulu dah dua tahun tersadai..tak ada sapa yang muat nak pakai dalam rumah ni.

Itu aje sebenarnya sebab aku bersungguh-sungguh nak kurus. Produk ni bagi aku memang ada sentuhan magik. Bagi pendapat aku sendiri. Anda berpeluang untuk kurus dengan cara yang amat sihat. Boleh menikmati makanan mengikut piramid makanan..tapi kekal langsing.

Mula-mula, aku tak nak expose diri sebagai testimoni, tapi setelah berfikir kebaikan aku menolong orang yang perlukan nya, aku hantar gambar. Sabtu lepas dan hari ini, gambar aku sebagai testimoni baru Nurlizz 2 Slimming, terpapar di dalam akhbar Harian Metro. Sebelah gambar Bob Kuman lagi.Wah!..Gitu.


Jom klik di sini My Nurlizz Slimming

27 January 2012

Cheritera Hati 1st Giveaway

Assalamualaikum..

Kecintaan terhadap dunia kecantikan..terlalu mendalam. Seiring dengan kecintaan ku terhadap my little hero 'RIFQI'
Hati sering berkata, alangkah manis kehidupan ini dengan kehadiran insan-insan tersayang dalam hidup aku.
Sesungguhnyer kenangan terindah buatku.

Dengan itu ku mencuba untuk menjadi peserta Giveaway oleh blog Haney :)
Harap-harap berjayalah mendapat hadiah yang memang menarik ni.Amin..

Jadi sesiapa yang nak join, ada masa beberapa hari lagi ni. Untuk join klik pada banner di bawah.Thanks semua :)
MACAM MANA NAK JOIN??

  1. Buat satu entri mengenai Cheritera Hati First Giveaway.
  2. Tag dua blogger lain. (kalau terlebih rajin,nak tak 18orang pon boleh.hehe)
  3. Tinggalkan link entri korang di ruang komen di bawah ni.
  4. Follow blog cheriterahatyhaney.blogspot.com 
* Contest ini untuk mereka yang beralamat di Malaysia sahaja. haney x mampu nak post sampai jejauh ni.hehe



Ku dengan tersenyum nak tag :-

JOM TAMBAH FOLLOWER!

Teruja sungguh bila terjumpa segmen ni, Nak tambah follower cam aku? Meh klik link kat bawah ni

Cara-caranya :-
1.Mesti Follow blog Haris Kaito.Tipu dosa
2.Buat satu entri dengan tajuk JOM TAMBAH FOLLOWER!
3.Copy banner kat atas dan paste kan dalam entri JOM TAMBAH FOLLOWER!
4.Pastikan korang letak link ini dalam entri JOM TAMBAH FOLLOWER!
 http://hariskaito.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-tambah-follower.html
5.Tak perlu tag sapa2.Tapi kalau korang nak tag jugak Haris tak kisah.
6.Letak link entri korang kat bahagian komen bawah ini!


Mudah jer kan?Jadi join lah cepat-cepat!Tarikh tutup belum ditentukan.
Senarai peserta ----http://hariskaito.blogspot.com/2012/01/senarai-perserta-segmen-jom-tambah.html

*******************************************
Rasa macam nak tag jer orang ..tapi kata penganjur tak perlu :)
Jadi sesapa yang rasa nak memeriahkan lagi blog dengan follower yang beratur nak masuk line..silakan klik kat link di atas yer!
Tarikh tutup belum diputuskan lagi..Cepat-cepat :)

Internet, Broadband, Wifi...dan RM

Dek kerana geram dengan kelembapan portable wifi kat rumah aku ni ..arini aku nak try lagi satu perkara baru.

Arini lebur RM100 untuk registration P1 4G Desktop modem. Huhu..tak la geram sangat sebenarnya..tapi cuba perubahan baru.Kalau sebelum ni, aku akan online kat dalam bilik jer ( coz kat situ jerlah coverage molek sikit), tapi dengan gumbiranya tempat online terkini : depan TV aku.

Dulu..tak ingat tahun biler, aku dah mula melanggan celcom broadband..volume 3GB/month RM68...mase tu terasa agak mahal  registration fee + stick tu kene bayar gak (tak silap aku la). Rasenye dekat-dekat 300hengget la terbang. Tapi  kerana dah tension, asal nak buat keje sekolah jer gi CC, mase tu dalam workplace aku takder Wifi lagi..kesian kan.
 Aku pun dengan rela hati register jugak, untuk memudahkan aku buat kerje sekolah kat umah...

Birthday present tahun lepas, en husband aku bagi hadiah yang paling aku suka , Samsung Gal SII . Wah..wah..ketaq kepala lutut woo..tak pernah dapat yang sebegitu mahal..Alhamdulillah. Included plan postpaid dan registered mobile internet..I suke sangat..Sayang en abang aku..heheh. Aku gunakan sebaiknyer..mase tu volume 3GB jer..tapi disebabkan aku mula dah terjebak ngan dunia blog ni, bandwith aku mesti exceed limit tak sampai sebulan...huhu..Akupun naikkan lagi plan data . amik 5GB plak..hambikkk..mahal gak kan..tapi coverage tetap dalam bilik aku jugak..:(


Bila aku pikir-pikir semula, penggunaan handphone aku as a portable wifi sepenuh masa amat tak sesuai. Risau kalu handphone tu akan meragam atau kata lain rosak. Kalau dah hari-hari online, lepastu charge and charge jer everyday, tentulah barang tu akan panas . Risau if overheated nanti. Jadi untuk pembahagian volume antara di rumah dan di handphone perlu aku timbang semula.Akhirnya,pagi tadi kitorang (aku dan husband) survey area rawang..kiosk P1 depan Mc D yang selalu ade jer kat situ, belum bukak-bukak lagi..Akhirnya kitorang ambil keputusan pergi HQ P1 Wimax di Petaling Jaya.Puas hati dengan layanan dari pihak customer servis, kitorang sebulat suara mengambil pakej 5GB+3GB (1 modem + 1 broadband)..Syukur Alhamdulillah bila dah install kat rumah, coverage 'Excellent"..4 stars to P1:)
Bayaran bulanan, bulan pertama RM20.31, bulan kedua dan ketiga RM69 dan bulan ke 4 dan seterusnya dijangka turun RM59 (kalau kitorang pulangkan balik broadband tu sebelum bulan ke 4, memang aku dah plan untuk pulangkan).Amat berbaloi.Kenapa aku pilih pelan yang ini? Sebab aku akan dapat balik registration fee RM100 aku tu.Lepas tu, aku pun pegi ke Celcom Centre, reduce kan semula volume mobile internet aku kepada 1GB (RM38) sahaja.  Supaya mudah aku nak berinternet 'di hujung jari'..hihi

 Desktop modem

 2 Modem

Full bar..(signal warna biru)..kelasss u..walaupun modem diletakkan dicelah-celah pokok bunga plastik aku :)

Bila calculate semula RM38 + RM59 = RM97. Jimat kan? Aku suka sangat! Jadi pembelajaran harini mengenai kira-kira budget bulanan internet aku.Objektif tercapai! Kedua-dua servis perkhidmatan yakni Celcom dan P1 memang bagus..aku tak nafikan.Cuma pandai-pandai kiter sebagai pengguna menggunakan atau memilih pelan yang sesuai..

Wallahualam..

Si Kecil ku leka dengan cerita aksi

Dua entry dalam satu malam..tapi hari lain-lain.. Fuhh..idea tengah meluap-luap ni.Tolong jangan pause . Nanti bila dah MC seminggu..bersawang balik blog aku yang tak berapa meriah ni.. Lupa nak ceritakan pasal wajah baru blog ku ini..Walaupun aku masih berkederat untuk mendesign sendiri templete aku dengan hasil self-learning,tapi aku memang tak mampu untuk hasilkan design yang kemas dan cute macam sekarang ini.. Ini semua hasil rekaan rakanku, ibu yang gigih, kreatif dan rajin = Sha @ Whiteymommy. Memang superb hasil kerja inteleknya ini..memang berbeza amat dengan rekaan rerama terbang aku dulu ( Hehe..malu ah nak citer pasal templete ala kebudak-budakan yang aku buat dulu tu..ihik). Thanks sha..:)


Okeh..meh aku ceritakan aksi si kecil, hero aku yang satu ni..Rifqi. 
Tempat berlaku : (Rumah aku), 
Masa : (6.00 petang- sampai maghrib), lepas aku balik shopping kat Jusco.  
Aksi ditiru : (Ultraman)


Peniruan aksi cerita Ultraman di tv, Rifqi adaptasikan ngan toys ultraman .

Bermula lepas balik dari Taska Anakku Intan, lepas mandi dan tukar baju tidur

Masih asyik lagi..

Ultraman di TV, risau juga aku..kadang2 banyak cerita tv sekarang ni, senang mempengaruhi peribadi anak-anak kita..kalau cerita aksi berlawan, bergaduh..iskkhhh lagi aku risau..Tapi kalu aku tutp tv time ni, for sure die kacau aku nak mandi & solat maghrib..Camno nak buat tu? Korang ader idea tak nak solve problem ni..aku dah seminggu tak dapat tengok buletin utama tv3 tau...entah aper jadi kat luar sana..aku tak updated lansungg..





Geramnya kat pipi tu...:)

Best! Kepala dah ringan :)

Assalamualaikum W.B.T

Gembira, Happy, Ceria, Seronok..semua bercampur-baur dua dalam satu . Apa sebabnye kepala aku dah ringan dan tak berat gilerr macam semalam tu? Meh aku cerita sikit.sikit jer lah..Harini dapat berwindow shopping dengan member tanpa di follow oleh en suami dan rifqi..heheh..manyak syok woo..Berapa jam aku beronggeng tadi ek? ader la dekat 4 jam..
:D
:D
:D
senyum lebar-selebar -lebarnyer..3x kali dah cukup lah tu..hih

Bukan senang dapat chance macam ni..Secara langsung..eh eh kepala aku dah ringan balik lah..huhu..best-best.

Thank u to Kak Zai sebab sudi ajak aku naik Rush dier untuk menyegarkan mata tadi..Sesapa nak melabur dalam Unit Trust leh la klik kat link k.zai tu eh..Best tak kak..sya tolong promote nih..kihkih..

Actually dah bebrapa kali pasang niat nak pegi seorang diri jer (macam bawak diri pulak) kat tempat tu..but banyak godaan duniawi kalau aku membenarkan rifqi follow nnt..Alamatnyer nanti tak terbelek lah semua baju2 kat ctu nanti..hihi

Hekele..Gi JUSCO pun nak kecoh ker..(suara hati aku jer ni...bukan tuju kat korang pon yer)

Hasil dari pemerhatian aku ngan kak zai kat citu..aku telah berjaya memiliki 2 gaun baby yang comel..yeehaa. best sangat ni..Bukan untuk Rifqi la, Takkan anak aku nak menari ngan gaun nih..sebenarnya hadiah untuk member yang baru melahirkan baby yang ke-2. Syoknyer..dan tumpang happy untuk member aku tu..Turn aku?InsyAllah akan menyusul nanti. Doa-doakan..amat mengidam baby girl yang comel , nanti dapat pakai gaun-gaun comel cenggini..kan kan..tolonglah angguk korang..:)

Kaler purple and pink...

Baby Kiko lagi you...my feberet brand mase rifqi kecik2 dlu..Off 50%.memang berbaloi-baloi. Kalau boleh macam nak tambah-tambah lagi. tapi nanti sape pulak yang nak pakai dalam rumah aku ni karang...Material jenis t-shirt..lembut..sejuk...amat sesuai ngan baby girl...owwhh..(ayat mengidam baby girl dah mula dah!)

Sekian :)

26 January 2012

Anakku Rifqi dah makin lincah

Tajuk kat atas tu macam tajuk filem Anakku Sazali..hihik.Bila ingat-ingat balik plot cerita P.Ramlee tu, aku risau gak..anak dah la sorang ni je..baru.. Tak dinafikan memang aku manjakan die. Abahnyer pon memang manjakan sangat.Toys ..jangan tanya lah..dah sebakul penuh aku kumpul.Tu baru umur 2 tahun setengah..kalu 3 tahun..menjangkau 4..5..6..dan seterusnya? Agak2 berapa bakul baru mesti aku beli untuk isi sume toys pasar malam yang abahnyer beli tu? Haisshh..tak sangggup mike memikio kannyer. Even cuma toys pasar malam aje ( harga sume RM20 dan ke bawah jer).Seingat aku cuma ade 2 set keretapi THOMAS & FRIENDS yang abahnyer beli mase kursus di China taun lepas..itujerlah yang ade harga ckit yang lain tu..macam tu je lah.tapi aku takut budak ni terlebih manja nanti..risaulah..esok2 kalu g mane2 tak dapat mainan..melalak2..haa..kan malu macam tu..Actually memang dah berlaku pon..tapi bukan sebab toys, tapi sebab playground kat AEON Rawang..taknak cerita kisah yang satu ini..biaukan teman simpan dalam memory teman..


Aduyaii anakku..mama ni risau kalau tersalah didikan.Maklumlah ni la pertama kali.Yang terbaru sekali..Rifqi dah semakin incah sekarang.Pantang keluar rumah, terus berlari sakan..macam baru lepas kandang.Tak daya mama dik ooii nak ngejar dikau sana cni. Macam la abah & mama tak pernah bawak mu berjalan@berjalan-jalan..Agaknyer budak sebaya umur macam tu memang macam tu kut..Entahla..Tadi petang, gi piknik without planning kat tasik S.A..turun jer kete..mak oooiii lari sakan..macam nak terjun tasik jer gaya nyer..ngeri betul. Dah sume visitor kat situ tergelak + tergeleng2 kepala tengok gelagat anak aku yang satu ni..aduhhh..Abahnyer, Pak Ngah nyer dah tak leh control dah..:P

Gelagat Rifqi yang langsung tak mau dipegang..nak jalan sendiri macam lagak org dewasa..huhu

Aksi menangkap kamera hanphone mama

Satu lagi tabiat anak yang paling aku risau adalah kecenderungannya makan makanan yang manis..Biasa lah budak2 memang suka makan manis..tapi yang ni lain macam sikit lah..kuih nak yang manis (seri muka), air manis dan aiskrim manis!
Makan dengan penuh nikmat..kadang2 tu tak mau makan..hanya nak makan aiskrim jer..Jenuh la aku berus gigi die ari2 even menangis-nangis die.tapi aku tetap dengan kuasa veto aku ..akan terus memberus dan memberus...:)

 Abah bagi sokongan padu untuk anak makan aiskrim..

Eii....comot!

Mama dah tensen dah...akhirnya..mama pon bersekongkol sekali bagi anak makan aiskrim lagi dan lagi...
Aduhh..apa nak jadik ni, merisaukan betul lah! Lepas ni serius nak buat rules, harus makan aiskrim sebulan sekali jer..buleh ker ni? Mesti boleh kalu mama yang follow gi kedai skali ngan abahnyer..tapi kalu diorang berdua jer..harussslahhh...:)


25 January 2012

Cuti yang kurang fokus :(

Assalamualaikum W.B.T
Syukur  akhirnyer Allah kurniakan sedikit masa untuk aku update blog ni..seminggu lepas macam tak fokus..bukan macam tak fokus..memang takder fokus langsung.Bermula dengan insiden budak aku patah gigi n kene 5 jahit akibat penangan hockey stick yang jahat..muka sunburn (yang ni part sedey).sehinggalah part blog aku yang sunyi..huhu (lagi sedey)..Atas nasihat rakan ..sya mula bangun dari kealpaan duniawi yang kurang fokus itu...Malam ni., aku cepat2 bukak netbook baru aku nih..ihihi..tulis n tulis lagi..aku try supaya jangan merepek2 yang bukan2..hopefully.Cuti tahun baru cina dah makan masa 5ari..tapi kali ni kurang happy la..husband tak leh cuti..(memang kejenye macam tu..aku dah amat2 faham).Duduk di rumah melayan rifqi..try mengajar hero kesayangan dengan perkataan baru.Alhamdulillah akhirnye a new word.'MA' dah aku dengar!!

HUHU..manyak syok wooo.!! Korang taulah nnt bila dah jadi ibu@mama nanti. Selama ni semua orang dipanggilnyer abah..akhirnyer..Yes.dan pagi tadi dapat lagi satu "AKAK'..kadang2 dengar macam "AGAK'..boleh la tu..ade ckit2 same dah..Ni sume gara2 sepupu nya Kak Nasuha & Kak Najihah bertandang ke rumah..Si kakak mengajar dengan tak jemu..sambil main pondok2 dalam umah..akhirnyer..berjaya!! Thanks kakak..nnt lain kali datang umah Acu..ajar lagi adik Rifqi yer..


Erm..sambung lagi ..kes budak patah gigi aku dah nak lupakan..claim rm75 dari poket aku sendiri untuk bayar kos jahit pon aku tak pikir lagi camner nak dapat balik..hopefully leh la di claim..If not..macamtu je lah.malas mau pikir dah.Actually banyak keje sekolah belum siap lagi..aku dah wat check list..banyak betul la..camner ni..ni yang gabra ni..Ya Allah..cepat2 la bagi aku mood fokus 100% untuk lansaikan keje sume tu..tolong..Aminn..Kabulkanlah.
Lagi..sedey ni camner nak meriahkan lagi blog aku yang xseberapa ni.no idea..nak on9 selalu2 pon mase terpaksa dicatu..ditambah lagi dengan kehilangan fokus yang melanda aku seminggu lalu..owhh..kene cari jalan penyelesaian..baru bebrapa bulan menuntut ilmu yang baru ni..maka tak boleh berpatah balik..mesti teruskan..dengan planning yang lebih baik..n mencari ilmu tanpa jemu..banyakkan bertanya.jangan malu..pelis laahh..Harap2 mood kembali pulih lepas luahkan semua ni..xtau la betul ke tidak cara saluran luahan perasaan ni..yang penting dah agak lega..:)


22 January 2012

Blog Wajah Baru :)--> Chitosan Plus Herbs Nurlizz 2 Slimming

Sesuai dengan azam baru tahun 2012..maka blog saya pon berwajah baru..suka tak? walau apa pon ..saya tetap suka dengan purple kaler..huhu

Oh ya..testimoni baru di dalam akhbar Harian Metro..Dapatkannye. Hanya setiap Sabtu :)

Produk Chitosan Plus Herbs..Nurlizz 2 Slimming.Ce tengok gambar seblah selebriti Bob Kuman..heheee.sapa tu ek..kikih.Teka sendiri..jawab sendiri :)

18 January 2012

Mari Belajar...Apa itu Metabolisme?

Sedang saya tercari-cari entry yang sesuai nak tulis malam ni...tetiba dapat satu panggilan dari rakan baik yang sedang dalam proses menurunkan berat badan dengan bantuan produk nurlizz 2 slimming..Katanye kenapa bebrapa hari selepas mengambil produk..selera makan nya makin bertambah?..Aduh..camno nak kurus kalu asik makan jerk?..Ahah...di sini suka skali saya menerangkan hal berkaitan metabolisme...maka saya pon menggoogle lah kan....Alhamdulillah saya memang tertarik dengan blog rakan ini Zaki Khan

Penerangan tentang hal berkaitan metabolisme memang amat jelas..saya memang faham..anda akan faham selepas membacanya..disini sya bongkarkan melalui cara penulisan saya (tak kopipes tau!..tapi buat rumusan) berdasarkan pemahaman saya setelah membaca entry beliau. Tapi jika masih kurang jelas saya sarankan anda klik pada link Zaki Khan kat atas tu ek!

Dalam proses penurunan berat badan, ia akan succes jika kita berusaha meningkatkan kadar metabolisme badan kita. Terlebih dahulu , kita aruslah faham apa maksud metabolisme?
Kadar metabolisme adalah kadar dimana badan kita membakar kalori. Kebanyakan mereka yang gemuk memiliki kadar metabolisme yang rendah. Walaupun sekumpulan orang buat aktiviti dan makan makanan yang sama, tak semestinya kadar pembakaran sama. . 

Antara faktor yang mempengaruhi metabolisme adalah umur.  Kadar metabolisme akan menurun 5% setiap 10 tahun selepas kita mencecah umur 40 tahun. Jantina juga mempengaruhi..dimana lelaki kebanyakannya membakar kalori lebih cepat berbanding perempuan disebabkan memiliki tisu otot yang lebih. Seterusnya faktor keturunan, di mana kita mungkin mewarisi genetik rendah metabolisme dan terakhir sekali mungkin faktor masalah tiroid.

Untuk meningkatkan metabolisme badan (menurunkan berat badan), anda boleh mengubah diet iaitu mengamalkan cara 'makan sikit tapi kerap'. Memanjangkan masa antara menu akan menyebabkan badan tukar ke mood kelaparan dan akan menurunkan kadar metabolisme disebabkan badan nak menjaga kita supaya tak kelaparan. Mengelakkan atau tak makan tidak membantu dalam penurunan lemak.

Cara tambahan yang lain, anda bolehlah minum air sejuk (kerana bila minum air sejuk, badan akan membakar kalori untuk memanaskan kembali badan.), beraktiviti senam aerobik dan juga mencuba latihan bebanan (yang  ni korang cuba g gym.angkat dumb bell beribu kali..heheh) dimana otot akan membakar lebih kalori berbanding lemak. Lebih tinggi kandungan otot, lebih tinggi kadar metabolisme.
Nah...dah fahamkah anda...suka lah tu dah faham...kalu camtu meh la like..like kat butang like bawah tu yer..Mekacihh :)

12 January 2012

Minum Air Kosong >> Banyak Manfaatnya

Suka tak minum air putih atau air kosong@ lebih glamour lagi sky juice ?
Selalunya kalau dah ralit sangat buat kerja, memang tak ingat nak minum..tau-tau tekak dak kering sangat. sama jugak dengan masa bangun dari tidur. Mulut dah rasa pahit-pahit dan kering tapi tetap bertahan ..sampailah ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Sebenarnya minum air putih sebaik bagun dari tidur memang banyak manfaatnya.
Terdapat peraturan untuk minum lepas bangun dari tidur. bukan main belasah ajer..maklumlah mungkin tidur banyak kali dalam satu hari kan.Persoalannya, siang ke malam ker? atau pagi? Ni aturannya : 
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kalau korang ikut aturan ni, InsyaAllah dipercayai ia adalah salah satu kaedah rawatan yang dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  • Tekanan darah tinggi – 30 hari
  • Gastrik – 10 hari
  • Diabetes – 30 hari
  • Sembelit – 10 hari
  • Kanser – 180 hari
  • Tibi – 90 hari

Fakta di atas tu, mengikut darikajian saintis, selain itu saya senaraikan jugak khasiat minum air kosong yang lain. semoga dengan info saya ini, korang rajin-rajin minum air kosong bukan sekadar untuk menghilangkan dahaga saja, tapi secara tak langsung kebaikkan darinya , korang akan dapat sekali. InsyaAllah.

  • Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung befungsi secara berkesan.
  • Air berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang ada dalam tubuh manusia.
  • Air baik untuk sendi.
  • Manusia memerlukan paling kurang 3 liter air setiap hari.
  • Jangan lah risau, minum air dalam kuantiti yang banyak tidak membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
  • Amalan meminum air akan membawa keluar segala kekotoran dalam tubuh manusia.
  • Air kosong amat menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori,gula,atau lemak.
  • Minum banyak air dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang.


    Promosi Nurlizz 2 Slimming
    Jika sedang berdiet? lagi elok minum air kosong banyak-banyak tau!
    • Bagi anda yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran
    • Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut,sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.
    • Minumlah 8 gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
    • Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk.
    • Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi tidak mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.
    • Jus buah-buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan anda sehebat air kosong. 

    Sumber : Majalah info sihat

    10 January 2012

    Senyum ajelah! :)

    Assalamualaikum..
    Virus M dah mula menyerang!..Aduhh..kenapa ni e...Nak update blog pon malasnyerr.Baru seminggu lebih start silibus, tapi dh sakit kepala. Tak baiknyer kalu berterusan macam ni. Senyum..senyum..jangan cepat buat ulasan. jagan cepat melatah..Rileks..ketepikan stress..senyum lagi..herot pon takper..k..maintain..teruskan ye!


    Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah : 

    1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk 
    Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati. Janganla berwuduk masa nak menunaikan solat sahaja..

    2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an 
    Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. 

    3) Banyakkan Solat Sunat 
    Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah. Ya Allah..yang ni paling menguji aku untuk nak buat..kejenyer tido jer bila dah malam tu.xpon menghabiskan masa berjam-jam depan komputer boleh pulak..iskhh..teruknyer diriku ini..harus hijrah sedikit demi sedikit ni.

    4) Selalu berdoa kepada Allah 
    Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

    5) Bersangka baik dengan Allah 
    Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu. 

    6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan 
    Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh. 

    7) Amal diet dengan disiplin yang kuat 
    Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis. Harap-harapnyer..dikekalkan kesihatan yang baik.dapat merasa pencen 60taun ni..hehe.Aminn

    8) Menangis dengan sepuas hati 
    Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja. <----aku suka menangis gak..tapi nyorok2 lah..haha

    9) Hargai kebolehan diri sendiri 
    Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

    10) Cintai diri sendiri 
    "Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

    06 January 2012

    Testimoni Produk Perlangsingan Nurlizz 2 Slimming (Video)

    Salam...Dipaparkan video testimoni Produk Nurlizz 2 Slimming . Saksikanlah...
    Bermula dengan Bob Kuman, berat sebelum : 250..after  3 months jadi 190kg..menakjubkan!

    Ini rakan Bob Kuman, bernama Rafiq...pon mengamalkan produk langsing ini

    Ini pula testimoni Sham

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy