31 July 2012

JOM Cepat Kurus : Promosi Ramadan

Assalamualaikum


Sempena bulan Ramadan yang mulai ini, ingin dimaklumkan bahawa dengan pembelian satu botol Nurlizz Slimming (produk perlangsingan terhebat), anda layak untuk dapat:
  • FREE RECYCLE BAG
  • FREE SAMPUL DUIT RAYA
  • FREE PAMPLET
  • FREE CONSULTATION
  • FREE POSTAGE
Jadi untuk sesiapa yang nak cuba NL Slimming di bulan puasa ini memang sangat-sangat membantu. Cara amalan makannya adalah : Telan 1 hingga 2 biji NL Slimming selepas waktu berbuka puasa. Amat mudah kan!
Untuk yang nak repeat order tu cepat-cepat hubungi saya..begitu juga untuk readers of followers blog ini yang teringin sangat nak cuba.Pastinya harga istimewa untuk anda.

Hubungi 019-6265756 (Pn Normala)


Jika anda berminat, apa yang perlu anda lakukan? Check it out!
  1. Bagi yang masih tak tahu apakah produk perlansingan Nurlizz 2 Slimming, sila----> KLIK INFO
  2. Bagi yang ingin membuat tempahan dan sebarang pertanyaan ---->KLIK ORDER
  3. Bagi yang inginkan hadiah percuma---->KLIK HADIAH PERCUMA
  4. Bagi yang berminat menjadi pengedar--->KLIK DEALER
  5. Bagi yang nak join Giveaway dari blog ini---->KLIK GIVEAWAY

30 July 2012

Fotografi dan Rifqi

Assalamualaikum

Penatnya dengan weekend kali ni. Full of activities...Lagi seharian dalam kereta dari Rawang-Sabak-Ampang-Bangsar-Puchong-Rawang...perghhh. 8.00 am to 8.00 p.m...mak aaaiiiii..
Ni gara-gara memenuhi permintaan pelanggan untuk raya nanti. Ambil stok kerepek kat Sabak Bernam kemudian agih-agihkan pada kengkawan yang nak memasarkannya.Rezeki Allah kat mane-mane..InsyaAllah ada untuk yang rajin mencarinya...:)

Last destination adalah IOI Mall Puchong....Aktiviti berbuka puasa dengan family biras aku. Aku tengok masih belum ramai lagi orang yang membeli-belah baju raya kat situ.Mungkin ramai yang dah buat persediaan awal dengan shopping awal-awal before bulan puasa haritu..Aku? Just window shopping..tengok-tengok mana baju yang sesuai untuk Rifqi beraya nanti. Nak beli last minute untuk merasai suasana nak raya giteww..hehe

Al-kisah terjumpa satu tempat untuk fotografi si cilik berpakaian costume dengan harga yang paling murah la aku rasa..RM10 je! Teringinnya nak tengok Rifqi berpakaian King...sebab mase die baby dulu takde chance nak buat macam ni.Mula-mula tu ok..aku pakaikan seluar..bila part nak pakai baju..nangis taknak pla! Huh..abis gula-gula aunty tu dirembat (alasan nak pujuk...),tapi sorry..tak makan saman.At last macam ni jer yang dapat....

Apo nak dikato...pedang pon pedanglah..janji amik gambar gak..huhu!

27 July 2012

Bonus Setengah Bulan Gaji

Assalamualaikum

Syukur ke hadrat Ilahi...Berita gembira buat semua kakitangan awam yang mana bakal mendapat bonus setengah bulan gaji pada taun ini. Hope harga barang kat luar tu tak naik mendadak disebabkan berita macamni.
Apapon kita semua kene berhemah dalam berbelanja untuk musim perayaan macam ni. Jangan sampai overbudget pulak. Dan jangan sakit sebelum sampai gaji yang akan datang...heheh

Buat kakitangan swasta pasti ada juga bonus ganjaran buat anda. Kalau yang company besaq-besaq tu mesti paling cikai 2 hingga 3 bulan gaji ye tak..hehe.Apepon syukur nikmat rezeki yang diberikan. Jangan la lupe berzakat pada taun ini. Zakat wajib...salah satu dari rukun islam.Jadi ingatkan pada sang suami pada yang telah bersuami, dan buat yang masih bujang...sudah tentu bapa-bapa anda akan bertanggungjawab.

Aikk...tetiba gambar ultraman pulak iea..heheh..Tengah dok menyembang-nyembang pasal bonus tetiba terpandang kat deretan ultraman. Rifqi sekarang ni tengah suka ngan ultraman. Hari-hari nak tengok CD ultraman, nak main toy ultraman dan pantang tengok gambar ultraman...huhuhu..Layan..Mak die pon macam dah tak daye nak layan.Tapi sesekali tengok patung-patung tu..nampak cantik pulak. Oh ya..hari ni Sukan Olimpik dah bermula kan? Harap semua atlit Malaysia berjaya membawa misi negara untuk mendapat pingat di sna.Amin

24 July 2012

Syukur Alhamdulillah!

Assalamualaikum

Syukur! Alhamdulillah kita semua berada dalam keadaan aman damai semasa melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulai ini. Lihat sahaja pergolakan dan pemberontakan di negara seperti Syria...Sedih dan tak tau apa nak kata.Kalau dah keadaan bergolak macam tu bukan sedikit dugaan dan cabaran bagi orang yang sedang berpuasa di sana. Dengan cuaca, makanan yang mahal serta faktor keselamatan membuatkan rasa tak senang hati. Apa pun kita doakan semoga rakan-rakan seislam kita di sana tabah menghadapi dugaan dan semoga negara mereka segera aman damai.Amin

Buat kedua kalinya,aku mengunjungi Bazar Ramadan untuk hari ini. Dek kerana tak sempat nak masak...aku gagahkan hati mencari parkir even ramainya umat kat situ.Wahh..hajat di hati teringinnya nak makan rendang..okeh..pencarian pon bermula.Dekat satu gerai tu..aku tengok lauk bleh tahan kecur air lur aku.heh."Kak..bungkus ek RM3"..Seketul RM3 dikk..uiksss..akupon taksure sekilo daging berapa..maybe sekarang memang daging mahal.Takkan seketul kecik je..iskhh segan plak."OKla kak bagi 2 ketul ek"..bungkusan kecik dan RM6 bertukar tangan.Tak abis takat tu jer..karipap dan kuih lopes pon aku rembat gak.hihik.Harga kuih rasanya still maintain cam ari-ari biasa..5 ketul RM2 (tempat lain aku tak tau..tp biasanya kat sini mcmtu lah regenyer).

On d way jalan balik ke kereta, sempat aku menoleh kat juadah-juadah lain serta lauk pauk lain kat situ..Nasi tomato RM3.50..Nasi Beriani Ayam RM5..aku jeling kat plastik kecik yang aku pegang..aisehhh..awat daging kecik 2 ketul RM6???..Huhuhu...Baru la aku terasa macam mahal.Biar betul logik ke harganyer ni...apepon aku bersyukur dengan nikmat rezeki kurniaan Allah S.W.T.Bukan niat dihati aku untuk berkira-kira pasal hal makan ni ..even sebenarnya aku memang tak pernah komplen hal melibatkan rezki makanan. If makan kat kedai@restoran lauk terrrrmasin pon aku telan jer...malas nak panggil2 budak tukang masak tu dan nak taji itu ini.Tapiii..iyerlah kan di bulan yang mulia macam ni aku rasa tak baiklah mencekik darah sampai macam tu sekali. Ermm.ntahlah...*Sigh*

Apepon, aku bersyukur dengan nikmat rezeki Allah SWT.Alhamdulillah

 Belum pon waktu berbuka, Rifqi dah tertidor kepenatan..kalah org yang puasa nih..hihi.Penat la tu main kat taska..:)

 Rasa lega sangat sebab hadiah LIKE n SHARE Contest dah pun diposkan. Maknanya dah lepas beban dalam menunaikan janji.Janji wajib ditepati...Kepada pemenang yang bertuah.Tahniah ye..Tunggu hadiah anda sampai di depan pintu rumah anda :)Semua dah setel.Syukur..Alhamdulillah

22 July 2012

Perbelanjaan Ramadan : Silakan berhemah

Assalamualaikum

Baru dua hari kita semua menunaikan ibadah puasa. Cabaran juga disebabkan cuaca yang panas dan bilangan manusia yang luar biasa di pasar ikan mahupun kedai runcit...huhu. ..
Agak pelik juga..selalu kalau gi kedai beli barang nak masak tak der la sampai beratur di kanter pembayaran. Ini memang lain macam. Baru jer tadi cadang nak ke NSK beli barang..mak aiii..tengok deretan kereta kat parkir lot pon dah tak sanggup lah. Dapat dibayangkan masa nak bayar nanti. Hajat nak beli ayam sekor dan beras sebeg ajer..hehe..Tak jadi.Terus kan perjalanan ke Rawang masuk terus kat Giant. Situ pun banyak lauk ape..:)

Kenapa agaknya agak luar biasa orang awam kat tempat awam ek..Masing-masing nak beli keperluan harian walhal di bulan-bulan biasa takde pon macam ni. Inikan pulak masih belom gaji..bakpe orang ramai ek? Aduss..pening sebab tengok orang ramai sangat. Kadang-kadang terfikir kembali, bulan-bulan biasa RM300 cukup untuk beli lauk sebulan...tapi bulan puasa setingkat ganda jadi RM600. Korang..fikir-fikirkan. Aku sangkut-pautkan perbelanjaan harian dengan jumlah orang yang bagi aku luar biasa di shopping2 mall, pasar ikan,kedai borong mahupun mini market. Adakah hari-hari kene membeli juadah di bazar ramadan even kadang-kadang makan pon tak abis? Atau sekadar cuci-cuci mata menengok pelbagai juadah pastu balik ngan tangan kosong..bleh ke gitu?

Rasanya kita perlu kawal perbelanjaan terutamanya musim nak raya. Memang nafsu akan membuak kalau tengok ayam golek,air pelbagai kaler,tapi harus bersabar.Beli apa yang perlu dan budget pebelanjaan harian. Tak patut kalau beli banyak-banyak (sebab rasa perut boleh terima semua makanan tu walhal makan nasi sepinggan dah kenyang!)..then yang bakinya terus ke tong sampah kan.Bagi yang suka masak kat rumah, silakan teruskan usaha memasak untuk juadah berbuka keluarga. bagi yang tak sempat bazar ramadan banyak menyediakan pelbagai jenis hidangan pilihan keluarga.Tepuk dada tanya selera :)

Waktu shopping pun perlu kena pada tempatnya. Belilah keperluan baju baru,kuih raya, keperluan rumah seadanya dan sederhana. Baru dua hari puasa dah pasang lagu raya...Huhuhu..tak sesuai okiesss. Laksanakan ibadah puasa anda dengan sebaiknya. Ibadah puasa yang sepatutnya kita sambut berlebih-lebihan dan grab segala pahala yang diberikan.Jangan lepaskan peluang menggandakan pahala pada bulan ramadan ini ye sahabat-sahabatku.Moga korang semua mendapat barakah.Amin

21 July 2012

Kerepek oh kerepek

Assalamualaikum...

Hari ini hari pertama kita semua berpuasa. Best kan..tak sedar setahun dah berlalu, Ramadan Al-Mubarak yang ditunggu-tunggu telah pon tiba.Alhamdulillah.Semoga amal ibadat yang dilakukan pada bulan mulia ini mendapat ganjaran.

Sebenarnya aku risau juga tajuk entry arini akan mengganggu gugat nafsu makan orang. But seriusly, aku sekadar ingin berkongsi tentang projek kami sekeluarga untuk bulan puasa kali ini...hehehe.Jual kerepek! Actually kerepek ni kepunyaan sepupu mak aku (kira pangkat makcik la dengan kitorang..) di sabak bernam. IKS pelbagai jenis kerepek ni dah diusahakannya lebih kurang dah 20 tahun.Kalau korang pegi ke area Kg Sg Tengar @Sabak Bernam..tanya la orang area sana.."Kamariah Karsimin Kerepek House"..itula perusahaan kerepek beliau.Selama ni aku tiap-tiap taun dok makan kerepek die je...tak terpikir plak nak tolong diorang jualkan..Sepupu-sepupu yang duduk area KL dah lama dah wat bisnes ni..huhu.So taun ni, aku n husband nak try luck niaga kerepek untuk tempahan raya taun ni..Saje isi masa lapang selain tolong menjana ekonomi IKS..

Macam-macam jenis kerepek yang dibuat...antara yang menyengat adalah...
 Yang ini namanya kerepek ubi masin. Kerepek ni tak susah nak buat. Sebab semua dah pakai mesin.Cuma tenaga pekerja digunakan untuk kupas ubi. Apa yang membuatkan harga kerepek ubi ni mahal adalah sebab bekalan mentah ubi tu sendiri yang payah nak dapat...tats why la adak mahal sikit berbanding kerepek yang berasaskan tepung.

 Yang ini kerepek jejari bilis. Rasa memang sedap. rasanya budak-budak suka la kat jejari bilis ni...

 Yang ini pulak..Tiram gula..yang ini kategori kuih ke kerepek? Ntah aku pon kompius..heheh. Ramai yang kata ini kategori kuih orang lama-lama. Sebabnya budak zaman sekarang tak berapa gemar..diorang lebih suka kuih berasaskan cheese or coklat..Kalau tanya aku sendiri..aku memang sukakan cheese!

 Antara kerepek yang paling hot adalah kerepek bawang. Kerepek ni adalah kerepek yang berasaskan tepung. nampak macam senang buat. tapi bila aku tengok kilang makcik aku tu..pergghh..mmg menggunakan kederat tangan untuk angkat tepung-tepung tu.Nak gulung lagi yang lapis-lapis belang tu..bukan senang tau..masa gaul tepung dan ramuan-ramuan bawang je pakai mesin..tapi harga masih murah lagi..

 Yang ini pulak namanya buah rotan...memang sedap dan aku suka..inipun kategori kuih orang lama-lama. Payah dan renyah nak buat buah rotan ni. Tenaga manual digunakan untuk gentel sebiji-sebiji buah tiram tu..tu sebab harga agak mahal sikit berbanding ngan lain-lain agaknyer..

 Yang ini tiram pedas..Adik-beradik ngan tiram gula tu tadi.Bezanya cuma yang ini disira pedas.Rasa? perghh..Mantop wa cakap lu!



Yang ini kerepek ubi pedas kering...memang sangat-sangat hot kerepek yang ini.Banyak tempahan sampai tak cukup stok..huhu. Rahsia resepi sira pedas. Yang speselnya nye sira pedas ni kering dan tak melekat satu sama lain.Memang terbaik..

Tahun ni, makcik aku tak buat kerepek pisang disebabkan tiada bekalan pisang kat area sana. Katanya diserang penyakit hingga bekalan tersangat terhad..Harga pisang pun jadi naik..Taknak risiko jual mahal...so taun ni no kerepek pisang. InsyaAllah taun depan ada kot..Doa-doakan..aku pon dah lama tak makan kerepek pisang die..huhu.Takde rezeki...

Sekian sahajalah ceritera kerepek aku ni..heheh. Ada yang nak tempah ke? hihi..jauhla nak antar..Nakpos pon tak berbaloi..lgi mahal kos pos dari harga kerepek..hehe.If yang tggal di area Rawang..bleh la roger untuk dapatkan stok raya ye...Harga memang murah sebab bukan tru orang tengah pon, makcik aku punye sendiri dan kitorang memang balik kampung sabak bernam untuk ambil stok.

Ok korang...Maaf yer..jangan terliur tau..Teruskan ibadah puasa hingga tiba waktu berbuka nanti..:)

20 July 2012

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Assalamualaikum

Alhamdulillah lagi beberapa jam lagi umat Islam akan mula melaksanakan ibadah puasa. Bagi yang tinggal di luar negara, mereka telah mula menjalankan ibadah ini pada hari ini. Jom kita revise balik niat puasa sebagai persediaan nak berniat puasa pada malam ini.

Sumber : facebook

Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadan adalah:

  • Bulan kemapunan yang penuh keberkatan,berdoalah memohon keampunan dari yang maha Esa.
  • Diturunkan Malam istimewa: malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
  • Ditutupkan pintu neraka dan dibuka seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadan.


Marilah kita sama-sam mengingati,saling memaafi,dan jangan terlalu leka dengan membuat persiapan raya padahal amalan puasa kita buat tak sehabis baik!
MOGA KITA DAPAT MELAKSANAKAN IBADAH PUASA DENGAN TERBAIK! INSYAALLAH

16 July 2012

My Madness

Assalamualaikum

Taktau bila nak ilang madness about Pearl Haya tudung ni. Pantang ternampak kat wall FB mesti nak tengok...intai-intai dua tiga kali. Tahan nafsu beli-belah dan tahan perasaan.Biasanya kegilaan aku terhadap PH ni akan ilang sekejap buat satu jangkamasa....tapi taklama tu datang balik. Now setelah lama takbeli,aku dah mula nak beli semula.Tapi tak apakan...benda dipakai.Bukan benda yang membazir.Ini brand bukan brand kelas atasan tau...untuk semua lapisan masyarakat.Bijak membeli menang memakai.Beli masa tengah SALE.Itu jalan terbaik untuk dapatkan tudung yang diminati dengan harga murah.

So...semalam aku berjaya menjejak kaki ke Senawang.Tempat dimana Galeri PH berada...First time nak pegi 1Day Sale PH..agak gigih la ckit..hihi.Pagi-pagi dah bangun..huhu.Dasat betul kegilaan aku..huhu.
 Belum pukul 7 dah gerak dari rumah...Huhuhu...dasat...heheh.Tekiu en husband sebab sudi menhantar dan jaga Rifqi dalam masa 2 jam..Luv u bebeh!

 Even jalan basah coz hujan tapi tetap diredahi jua...Korang nampak tak ape yang aku nampak? Tuu...rintik ujan kat luar tu..Huh..xnampak? Ermmm...

 Nak lebih lancar,sila lalu lorong Smart Tag yea..But takde jam apepon pagi-pagi macam ni..Kotorang ikut LEKAS Highway..supaya lebih lekas..takut tudung abis (Heh..ayat yang tak boleh blah nnye pownnn!)
 Rifqi terlentuk di bahu mama...Cian..still ngan baju tidow lagi tu...angkat tengah die dok sedap menonggeng tido. Biasa bangun kul 8 ke atas...cian die..hehe layan ye Rifqi...


 Abah Rifqi yang sporting memberi peluang kepada mama pilih tudungs..Luv u foreverlah!

 Tuu dier...da nampak banner dah...lagi tak sabar rasanya...

 Sesampainya di sana..Ya Rabbi..penuh ngan kaum hawa yang nak beli tudungs..huhu.Gamam kejap weii..Tak penah tengok orang borong tudung penuh sekotak? Kat sini adalah perkara biasa...Ada di kalangannya adalah biznezwomen tudung ,maka for sure diorang akan borong banyak punyer..Macam aku ni, beli untukpakai sendiri jer..
 Ya...marri akak...marri adikk..murah-murah...lelong kak!

 Ayark..3 for RM100 ka? 70% less nih..huhu...best giler!!!
 Yang tak berkepentingan, sila tunggu luar je yea...

Abah & RIQI..Luv uols forever....

14 July 2012

The Horror

Assalamualaikum

Hope korang dapat merasai kegigihan aku menaip 2 entry dalam satu malam.Kalau cara yang cenggini maknanya, tuan tanah kedaung dah kemaruk nak merapu..:P. Kenapa ek..aku lately ni makin maha dasat dan pantang jumpe makanan yang sedap-sedap?Dari kek...mihun , nasik sume aku sebat. Dah tu boleh malam-malam macam ni aku lapar lagi...iskhhh..horror la.Takut gemuks balik camner wei :(

 Tak salah makan coklat kan? Pemberi tenaga ..tapi awas dong, jangan diambil berlebihan.Amik lebih maknanya korang bakal menternak lemak lebih dalam badan korang sendri..
 Fast Food : Boleh makan..tak salah apa pada fast food ni pon. Katalah korang tengah lapar giler di waktu ari raya pertama, kat tengah-tengah town.Mamak restaurant sume tutup..haaahh takkan nak tahan perot ye tak...Fast food tak kira ari mesti bukak punyer...Maka sental ajer lah. Makanan segera taksalah.Yang salahnya, manusia yang memakannya tak kira masa..tengah-tengah malam pon leh bedal lagi.yang tu kurang sihat.Kuantiti makanan yang diambil pon perlu diambil kira.Kurangkan yang berminyak,lebihkan yang berzat :)
 Nasi : Karbohidrat paling ditakuti sesetengah orang yang tengah crash diet dan nak kurus cepat. Boleh tak makan nasik setaun? Aku serius talk memang tak akan boleh. Even dah sental roti gardenia sebungkus pon masih lom lengkap rasanya piramid makanan perut aku. Jangan hindari nasik.Nasi ni pembekal tenaga.Cuma kurangkanlah kuantiti pengambilannya.Sesenduk sudeyyyyy...jangan bertimbun macam gunung everest nak meletop pulak.Jangankan pil kurus...tonik ko minum satu gelen pon belum tentu leh kuruskan badan korang..huhu
 Mihun sup : Memang cepat kenyang bila makan ni. Hirup kuah banyak-banyak.Mihun makan sikit je sebab perut dah penuh dengan air..heheh.Ini pon dikira menu sepinggan lengkap.Sebabnya ada lauk, bebola dan mihun.Lagi best kalau ada daging.Tapi korang taukan yang daging ni lambat dicerna..Hirup air rebusan pon jadikler.
Ehh...kerepek? Tetiba jer ada krup krap kan...Kerepek ni hanya sebagai kudapan nyambil nengok TV, mase update status FB or sebagainya.Lagi berseri bila dihidang time festive season.Rasa?..Perghhh plz jangan tanya yea. Aku memang kaki pilih makanan yang sedap-sedap bagi tembolok aku jea.Korang nye taste aku xtau...alami sendiri :)

*CONCLUSION : NO HORROR AT ALL, yang ada sume imej makanan yang lazat-lazat belaka..hehe,jgn mare r...

13 July 2012

Small celebration

Assalamualaikum...

Kira-kira dekat seminggu lebih tak update. Blog lum lagi usang but dah naik sawang...ermmm.Sebenarnya agak sibuk ngan hal sekolah. Otak berserabut so sume idea dah potong! ;(
Rifqi nye besday baru ari isnin lepas dapat celebrate.Tupon kami bertigaan ajer..vry small celebration tapi Rifqi nampaknya tersangat happy.Alhamdulillah.



KEK COMEL RIFQI :)

08 July 2012

Rifqi now is 3

Assalamualaikum

4 Julai 2012- Genap anakanda Rifqi berumur 3 tahun.Alhamdulillah. Semakin lincah dan bijak.Yang aku perasan die semakin banyak mulut. Cuma omelan si mulut kecil tu kurang jelas tapi masih boleh difahami butir bicaranya.Semoga menjadi anak yang soleh.Amin

04 July 2012

Promosi Nurlizz Slimming July : Recycle Bag

Assalamualaikum

Untuk promosi bulan Julai (sehingga 31 julai 2012)
Pembelian sebotol Nurlizz slimming, PERCUMA recycle beg yang eksklusif!



Banyak sebab kenapa anda perlu memilih Nurlizz Slimming
  • Tiada Sibutramine
  • Tak sakit perut
  • Selera makan kurang
  • Semakin cergas dan bertenaga
  • Berat turun dengan cepat
  • Haid tiada masalah lagi
  • Nano technology
  • Mudah dan ringkas
  • setiap malam bagai malam pertama
  • SEMUA DALAM SATU 

Jika anda berminat, apa yang perlu anda lakukan? Check it out!
  1. Bagi yang masih tak tahu apakah produk perlansingan Nurlizz 2 Slimming, sila----> KLIK INFO
  2. Bagi yang ingin membuat tempahan dan sebarang pertanyaan ---->KLIK ORDER
  3. Bagi yang inginkan hadiah percuma---->KLIK HADIAH PERCUMA
  4. Bagi yang berminat menjadi pengedar--->KLIK DEALER
  5. Bagi yang nak join Giveaway ---->KLIK GIVEAWAY




Mee Udang Kaw Punye!

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah pun masuk Nisfu Syaaban. Jadi moh ler kengkawan kiter berpuase esok yea.Besar ganjarannya...

Kalau minggu lepas adalah minggu makan food, so this week minggu makan kali lapan belas.So...sebelum korang niat pose esok,aku nih nak citer pasal penangan mee udang yang bagi aku paling mantop.Maleh nak citer esok, kang ada yang meleh ayaq lioq pulakkk..huhu


























Ahaha...silakan terliur di sini iyea...RM5.50 saje sepinggan. Ce carik kat restoran ke hotel mane-mane takkan jumpe tu senah oiii. Kuahnye ckup rasa, pekat,likat..sedapp tak hengat..Tu diaa..promo.Udang dalam pinggan ada dalam 10 ekor .Jumlah helai mee aku tak kira la pulak. But siyez la korang amat berbaloi.Dah laa aku penggemar udang. Memang menepati selera aku di tengahari yang panas-panas itu..oh walla wehhh :)


























Lagi sepinggan besar udang goreng tepung aku pesan.Huhu..jangan tua esok kene gaout sudah la.Nauzubillah. Yang ni sepinggan RM10. Huhh..macam nak nangis aku bila dengar budak tu kira bil.Murrahhhnyerr...tak setanding ngan kuantiti.Apapun nikmat rezeki tuhan.Jangan cakap banyak, bedal aje lah.

Kat mana tu ek?ehehee..

 Aku tak sure la yang tempat ni masih beroperasi lagi ke tak.But tak kuasa la kan ..yang penting itu tempat makan seblah dengan tempat ni. Bagan Nakhoda Omar @Sabak Bernam,Selangor.Sesapa yang orang peranakan sini n Jawarians from selangor i pasti dan cukup pasti mesti familiar dengan ini tempat.

 Nengok tu...tepi laut...makan plak sedap..iskhh memang sangat geografi lah. Korang kalau pegi nanti, port kat bawah pokok... jangan bawah bumbung. Bawah bumbung takdak feel siot.Kene angin panas-panas macam tu, suasananya agak berbeza..tapi kalau hujan, korang lari bawak pinggan ler ;P

 Sudah cukup sudah,jom balik :)

Eqbal Zack : Brisbane Giveaway...

Assalamualaikum...

Pengumuman untuk yang nak cenderahati from Brisbane, Jom masuk GA ini.
Eqbal Zack melancarkan satu lagi GA..jom..jom..jom


Sapa nak ni...
 atau....ini

Syaratnya :-
Buat entry bertaju Eqbal Zack : Brisbane Give away...
Entry in Malay or English
Tarikh tutup : 31 Julai 2012

Klik EQBAL ZACK untuk join.
TQ :)

01 July 2012

Mood : makan dan shopping

Assalamualaikum

Still mood makan lagi...huhu.Lagi-lagi hujung bulan ni, gaji pun dah masssyuukkk...so jalan-jalan, makan, shopping.Best tul! ;D

 Dimulakan dengan aktiviti 10 jam jalan,driving, eating n shopping activities...uhukhuk...serius best.Tapi bila malam...nahhh..hambik ko..lenguh-lenguh satu badan. Firstly, acara makan kat food court sogo..okiess..this time nak makan melayu style.so aku amik la sume campuran lauk-pauk yang nampak cam air liur meleleh.Sayangnya...bukannya abis pon. Aku yang mengalami KETAMAKAN..;(.Tak baik lah...jangan wat macam tu lagi yer sayang...:)


 Kedua...acara beli mainan untuk putera kesayangan hamba. serius tengok branded toys tu..sumpah tak mampu nak beli.Even rasa teringin sangat-sangat nak beli. Tapi bila tingat balik budak kecik mainnye kejap jer...seminggu -dua jer main betul-betul..pastu lesap ntah ke mana.So...oklah..bagi chance kat anakanda pilih sendiri .Owhh yeah...pilihannya 8 ekor pahlawan ultraman yang gilang gemilang.Tuuu...die...sampai meleleh air liur ankanda coz terlalu admire kepada sang perwiranya...weeee....layanjer lah.


 Okey..okey..kemudian acara untuk mama rifqi plaksss..Lama dah mengidam nih. Sib baik tak meleleh ayaq lioq..Sayangnya SOGO takdak outlet sembonia.Aku ngan penuh rasa kompiden cakap kat en husband..moh ler kiter ke SACC Mall. ada oulet kat sana..apalagi, dari KL berdesup ke Shah Alam plaks.Sambil berlari-lari anaks aku menggeledah ground floor sacc..But....uhuks tak ado upenye...Adusss..mujur en husband lilek-lilek jer coz sayang ngan cik lalingnya ini...Upenye bukan kat sini ler....huhuhu.KONPIDEN JER YE...

OOhohoho...hasil tangkapan aku yang gilang-gemilang lagi cemerlang...Acara tangkapan beg sembonia ini begitu sukses sekali kerana en hsuband dengan begitu licik telah membawa kami ke Alamanda putrajaya hanya dalam masa 25 minit sjer...weeee...bagus2x. Sesampainya di sana terus kitorang menyerbu ke outlet sembonia. Memang tatak lugi ini hali lo...diskaun 40% + 10% for selcted item...Huhuhu..Rambang sehhhh.Tapinya mata melekap kat satu sling bag kaler merah hok new arrival tuhh..Tengok regenya...alalala kebabommm la kan...lupakan sajer hasratku itu.terus kepada beg-beg yg telah ada diskaun sajeler nampak gayanyeh! Menurut kata amoi yang sangat amat peramah itu...ini handbag itu tahan sampai 4 tahun wooo..material genuine leather ..so tatak melekah dan mengelupas selupa kulit mati itu...Ermmm..sangat memberangsangkan ayat motivasi itu.TERUJA SUDAH...



Dan..acara terakhir sebelum menjelang isyak..masa on d way balik ke rumah..nampak la pulak kedai beskal yang bling-bling kat tepi jalan. Semangat nak bagi rifqi mengayuh basikal ala-ala jagoan bagai dah terbayang.Apalagi..terus berenti kat depan kedai tu.Gaya cam nak beli goreng pisang panas jerk kan...Nah anakandaku itu tanpa dapat dikontrol terus menggayakan basikal kaler ijau serindit macam beskal itu die yang punyer...ehem..ehem..kontrol sikit derr...RM100 for tauke beskal.Tekiu..and Chiowww..

POKET DAH KEMPIS , BADAN PENAT, WOKEY>>>MARI KITA PULANG (Muka puas hati habiss...heheh)

10 P : Tips lelaki masuk syurga

Assalamualaikum

Semalam suasana kat skul agak busy-busy.Aku pon mulanya kompius jugak apsal parkir penuh je.Padahal hari sabtu selalu parkir lengang coz tak ramai guru-guru yang ada di sekolah melainkan kalau ada even tertentu. Ohhho..upenye banyak event semalam. Padang sekolah penuh ngan budak-budak tahun 1,2 dan 3 sempena acara sukan tahunan mereka.Sekolah aku ni berjiran dengan sekolah rendah kat seblah..So kami berkongsi padang. Kat Dewan terbuka penuh dengan ibu bapa pelajar Tingkatan 1 untuk sesi taklimat perlaksanaan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).Kat Bilik mesyuarat pulak, penuh dengan cikgu-cikgi yang menghadiri LADAP(Latihan Dalam Perkhidmatan), termasuklah aku hado di situ :). Dan....kat bilik kaunseling plak, penuh dengan AJK PIBG sekolah sebab diorang dok diskus pasal Hari Keusahawanan yang nak dilaksanakan ahad depan....Perghhh..meriahhh..

Yang aku nak kongsikan adalah isi kandungan LADAP yang aku hadiri, yang pada aku sangatlah berguna.Kali ini, penceramah jemputan adalah Ustaz Hj Basri b. Abdullah dari YAPIM. Tajuknya 'Keluarga dan Kerjaya Satu Matlamat'...Memang best la ustaz ni berceramah. Lagi dengan kerjasama dari semua cikgu-cikgu menjadikan suasana tak suram. Komunikasi berbentuk dua hala ni buat aku tak mengantuk langsung..heheh.Jadi aku kongsikan sedikit ilmu yang aku dapat semalam moga readers dapat jadikan panduan.Sesungguhnya segala yang baik itu dari Allah S.W.T ...

Perkara yang disentuh adalah berkenaan 4 cara mendapat kebahagian (ketenangan ).Mudah saje ....
  1. Asas iman dan taqwa
  2. Sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki diri
  3. Menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan
  4. Bebaskan diri dari hutang
Dan....aku jugak nak berkongsi tips yang memudahkan seorang lelaki masuk syurga.Amalkan 10P.Apa itu 10P? Ini dia...
  1. Pemimpin rumahtangga
  2. Pelindung
  3. Pemberi Nafkah
  4. Pertimbangan
  5. Peluk
  6. Penghargaan
  7. Puji
  8. Pujuk
  9. Pukul
  10. Panggilan
InsyaAllah amalkanlah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy