24 July 2012

Syukur Alhamdulillah!

Assalamualaikum

Syukur! Alhamdulillah kita semua berada dalam keadaan aman damai semasa melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulai ini. Lihat sahaja pergolakan dan pemberontakan di negara seperti Syria...Sedih dan tak tau apa nak kata.Kalau dah keadaan bergolak macam tu bukan sedikit dugaan dan cabaran bagi orang yang sedang berpuasa di sana. Dengan cuaca, makanan yang mahal serta faktor keselamatan membuatkan rasa tak senang hati. Apa pun kita doakan semoga rakan-rakan seislam kita di sana tabah menghadapi dugaan dan semoga negara mereka segera aman damai.Amin

Buat kedua kalinya,aku mengunjungi Bazar Ramadan untuk hari ini. Dek kerana tak sempat nak masak...aku gagahkan hati mencari parkir even ramainya umat kat situ.Wahh..hajat di hati teringinnya nak makan rendang..okeh..pencarian pon bermula.Dekat satu gerai tu..aku tengok lauk bleh tahan kecur air lur aku.heh."Kak..bungkus ek RM3"..Seketul RM3 dikk..uiksss..akupon taksure sekilo daging berapa..maybe sekarang memang daging mahal.Takkan seketul kecik je..iskhh segan plak."OKla kak bagi 2 ketul ek"..bungkusan kecik dan RM6 bertukar tangan.Tak abis takat tu jer..karipap dan kuih lopes pon aku rembat gak.hihik.Harga kuih rasanya still maintain cam ari-ari biasa..5 ketul RM2 (tempat lain aku tak tau..tp biasanya kat sini mcmtu lah regenyer).

On d way jalan balik ke kereta, sempat aku menoleh kat juadah-juadah lain serta lauk pauk lain kat situ..Nasi tomato RM3.50..Nasi Beriani Ayam RM5..aku jeling kat plastik kecik yang aku pegang..aisehhh..awat daging kecik 2 ketul RM6???..Huhuhu...Baru la aku terasa macam mahal.Biar betul logik ke harganyer ni...apepon aku bersyukur dengan nikmat rezeki kurniaan Allah S.W.T.Bukan niat dihati aku untuk berkira-kira pasal hal makan ni ..even sebenarnya aku memang tak pernah komplen hal melibatkan rezki makanan. If makan kat kedai@restoran lauk terrrrmasin pon aku telan jer...malas nak panggil2 budak tukang masak tu dan nak taji itu ini.Tapiii..iyerlah kan di bulan yang mulia macam ni aku rasa tak baiklah mencekik darah sampai macam tu sekali. Ermm.ntahlah...*Sigh*

Apepon, aku bersyukur dengan nikmat rezeki Allah SWT.Alhamdulillah

 Belum pon waktu berbuka, Rifqi dah tertidor kepenatan..kalah org yang puasa nih..hihi.Penat la tu main kat taska..:)

 Rasa lega sangat sebab hadiah LIKE n SHARE Contest dah pun diposkan. Maknanya dah lepas beban dalam menunaikan janji.Janji wajib ditepati...Kepada pemenang yang bertuah.Tahniah ye..Tunggu hadiah anda sampai di depan pintu rumah anda :)Semua dah setel.Syukur..Alhamdulillah

3 comments

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy