Assalamualaikum
Baru dua hari kita semua menunaikan ibadah puasa. Cabaran juga disebabkan cuaca yang panas dan bilangan manusia yang luar biasa di pasar ikan mahupun kedai runcit...huhu. ..
Agak pelik juga..selalu kalau gi kedai beli barang nak masak tak der la sampai beratur di kanter pembayaran. Ini memang lain macam. Baru jer tadi cadang nak ke NSK beli barang..mak aiii..tengok deretan kereta kat parkir lot pon dah tak sanggup lah. Dapat dibayangkan masa nak bayar nanti. Hajat nak beli ayam sekor dan beras sebeg ajer..hehe..Tak jadi.Terus kan perjalanan ke Rawang masuk terus kat Giant. Situ pun banyak lauk ape..:)
Kenapa agaknya agak luar biasa orang awam kat tempat awam ek..Masing-masing nak beli keperluan harian walhal di bulan-bulan biasa takde pon macam ni. Inikan pulak masih belom gaji..bakpe orang ramai ek? Aduss..pening sebab tengok orang ramai sangat. Kadang-kadang terfikir kembali, bulan-bulan biasa RM300 cukup untuk beli lauk sebulan...tapi bulan puasa setingkat ganda jadi RM600. Korang..fikir-fikirkan. Aku sangkut-pautkan perbelanjaan harian dengan jumlah orang yang bagi aku luar biasa di shopping2 mall, pasar ikan,kedai borong mahupun mini market. Adakah hari-hari kene membeli juadah di bazar ramadan even kadang-kadang makan pon tak abis? Atau sekadar cuci-cuci mata menengok pelbagai juadah pastu balik ngan tangan kosong..bleh ke gitu?
Rasanya kita perlu kawal perbelanjaan terutamanya musim nak raya. Memang nafsu akan membuak kalau tengok ayam golek,air pelbagai kaler,tapi harus bersabar.Beli apa yang perlu dan budget pebelanjaan harian. Tak patut kalau beli banyak-banyak (sebab rasa perut boleh terima semua makanan tu walhal makan nasi sepinggan dah kenyang!)..then yang bakinya terus ke tong sampah kan.Bagi yang suka masak kat rumah, silakan teruskan usaha memasak untuk juadah berbuka keluarga. bagi yang tak sempat bazar ramadan banyak menyediakan pelbagai jenis hidangan pilihan keluarga.Tepuk dada tanya selera :)
Waktu shopping pun perlu kena pada tempatnya. Belilah keperluan baju baru,kuih raya, keperluan rumah seadanya dan sederhana. Baru dua hari puasa dah pasang lagu raya...Huhuhu..tak sesuai okiesss. Laksanakan ibadah puasa anda dengan sebaiknya. Ibadah puasa yang sepatutnya kita sambut berlebih-lebihan dan grab segala pahala yang diberikan.Jangan lepaskan peluang menggandakan pahala pada bulan ramadan ini ye sahabat-sahabatku.Moga korang semua mendapat barakah.Amin
Mengambil Keberkatan Hari Jumaat, Aliff Aziz Ajak Berselawat 1000 Kali
Sehari
-
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz telah membuat satu hantaran di Instagram
Storynya untuk mengajak pengikutnya untuk berselawat ke atas junjungan
besar Na...
4 hours ago
4 comments
hana rasa shoping utk berbuka puasa xla xcited sangat. tapi time seminggu nak raya xkira dah jimat ke x janji puas hati.hehe
Dulu elie kalau pergi bazar, mesti banyak benda terasa nak beli. lepas tu tak habis, jadi membazir! sekarang nak pergi bazar, beli apa yg patut dibeli je.. jimat dan kawal nafsu. hehe.
Salam Ramadhan! :)
@Onitsuka_hana
Betol tu hana!
Last minit nak raya tu..kalau shopping best giler..kita same lah..hehe
@Elie Lily
Yup elie..mmg kene kawal nafsu..ifnot rase nak beli semua..lgi2 kalau dgr lagu raya..semangat makin menambah..
Post a Comment
Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...