29 June 2012

Its all about FOOD

Assalamualaikum

Cam tak kena tema je kan..dah beberapa hari tak jenguk blog sebabnya malam-malam tido awal akibat kenyang..:) Alhamdulillah .Rezeki Allah.Kata jual ubat kurus...lagi ada sauna di rumah sekarang ni.Maka temanya minggu ini makan, makan, dan makan lahi...hikhik :) Makan untuk hidup or hidup untuk makan? Mana-mana quote yang korang suka nak aplikasikan silalah jadikan pedoman.Bagi aku...semestinya makan untuk hidup. Jangan sampai terlebih makan kerna ia pastinya akan memudaratkan kesihatan korang-korang semua. So minggu ni nak kena bersauna di rumah la..untuk keluarkan toksin badan dan pecahkan lemak-lemak tepu aku ni.Dah banyak sangat makan...iskhhh risau plak.

Dimulakan dengan roti nan cheese pada hujung minggu lepas...lama tak pekena menu ni..memang terangkat la.Lokasi @restoran al-madinah.Kat rawang jer...Mulanya en suami ajak kuar minum-minum petang ari minggu tu.Akhirnya terpengaruh jugak dengan bau cheese..huhuhu...

Bersambung lagi acara makan pada hari isnin. Adik aku yg bongsu tu cuti semester. Malam tu gi amik die kat stesen komuter...disebabkan lom dinner lagi...apalagi nyinggah la kat drive tru...Nahhh..Mc D Foldover lagik...best price sebab masa tu dinner hour RM9.95 per set.Mak aii..yang ni memag kenyang habis.Dan memang aku tak larat nak habiskan. Hidangan ni memag sesuai untuk satu set kongsi 2 orang...Apa pun Alhamdulillah..rezeki Allah ni. :)

Malam tadi..outing lagi coz tak masak arini.heheh...en husband dah order Lamb Oblong...Nampak cam menarik jea.Selalau makan beef or chicken oblong.Kali ni rasa lamb lebih menyengat..Sedap..Selera en husband ni memang aku suka.Sebab makanan yang die order sumenye sedap-sedap belaka..Tumpang sekaki...:)

Yang ini pulak....menu aku lerrr.Chicken chop.Sedap...aku suka ayamnya rangup.gravy nya pon sedap...cuma portionnya kecik sket.Tapi tak perlah kan,makan banyak sangat nanti kekenyangan pulak.Thumbs up to @hub halal sebab sediakan menu yang sedap cenggini..

Air buat penghilang dahaga..tekiu laling sebab belanja kitorang malam tadi...lepas ni leh ler selalu2x ekk...;D
Alhamdulillah :)

25 June 2012

Hutang wajib dibayar

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah pun masuk bulan Syaaban. Bermakna lagi sebulan lagi Ramadan yang mulia bakal menjelma.
Kite sebagai orang perempuan ni kadang-kadang buat-buat lupa or terlupe atau saja buat-buat lupa tentang hutang puasa tahun lepas yang masih belum dibayar@ganti. Sebenarnya ini peringatan untuk diri aku sendiri dan juga untuk semua insan bergelar perempuan di luar sana.

Sebagai makhluk Allah di muka bumi ini, patutnya kita bersyukur sebab kiter lah satu-satunya kumpulan makhluk tuhan yang dijadikan sangat istimewa. Jadi jangan jadikan keistimewaan yang diberi itu untuk kita culas dalam menunaikan kewajiban yang patut dilaksanakan. Hutang tetap hutang. Wajib dibayar. Kadang-kadang dengan sengaja kita melambat-lambatkan ganti puasa. Ada juga yang berkemampuan dan sihat tubuh badan untuk menggantikan puasa tapi sengaja tidak mahu.Alasan 1: boleh bayar fidyah apa...huhu.Alasan 2 : Alahh..lama lagi lilek laaa...Alasan 3 : Alemak tak leh le nak pot luck.. Aku pun tak paham yang jenis macam ini. Patutnya kene tanya ustaz dan ustazah bab hukum-hakam ini. Jangan buat hukum sendiri.Nauzubillah.

Sama gak dengan hutang-hutang yang lain. Hutang main kutu,hutang beli pinggan-mangkuk,hutang beli kain baju, hutang beli kereta, hutang beli rumah, hutang pinjaman peribadi,hutang kad kredit, hutang pinjaman pelajaran mahupun sekecil-kecil hutang memang wajib di bayar.wahh...betapa banyak hutang aku dah sebut dah tu. Maknanya dalam kehidupan kita ini memang seakan tak lari dari hutang.Tetapi wajib diingat..Mesti bayar wooo.... Melainkan pihak pemberi hutang dah declare nak bagi for free! Haiskhhh...best betul kalau sume dalam dunia ni free-free belaka kan?

Hutang oh hutang. jangan main-main dengan hutang ni.Bila hutang dah dilangsaikan maka senang la hati kan. Semua kerja yang dibuat smooth n steady je.Tak delah tersengguk-sengguk dan penuh berliku. Semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT.InsyaAllah. Aku membebel ni bukan nak ditujukan kepada sesiapa. Tujuan aku menulis di blog ini pun sekadar luahan rasa hati aku sendiri dan menyuarakan pendapat diri sendiri.Lagi pun aku mengingatkan diri aku sendiri. Sebelum satu kita menuding jari pada orang lain, ingatlah sepuluh jari orang akan menuding kembali kepada kita. Lihat diri anda dulu, baru menyibuk hal orang lain.Wallahualam...

It's me..Alway be me....:)


Korang..ada berita baik ni. Page Adeqrifqi ada mengadakan contest "LIKE" and "SHARE"
Sesapa yang ada akaun facebook tu..moh ler join..Hadiah very d special..
ATAU
TEKIU SEMUA :)

24 June 2012

Nak pos hadiah GA Thank You! Cikgu

Assalamualaikum...

Mintak maaf banyak-banyak kepada winners GA yang mungkin ternanti-nanti hadiah sampai ke pintu rumah. Maaf atas kelewatan mengepos hadiah.Sebenau-benaunye diri ini menunggu tempahan pencil case eksklusif seperti yang dijanjikan dari tote boutique. And at last jumaat lepas sampai parcel tu.Alhamdulillah.2 minggu ni suasana kerja agak busy sangat dengan pelbagai aktiviti di sekolah dan menyiapkan tugasan itu dan ini...huhu.

Disebabkan keletihan, asyik nak tido awal jea...balik sekolah dah maghrib.Lepas settle sume-sume n Rifqi pon dah tido..apalagi mama die pun tarik bantal dan...Zzzzzz.Selalunya sempat lah nak online sekejap.Tapi minggu ni tak dapek nak berbuat demikian...nasib la ye.heheh


Jadi kepada owner blog yang menang..thank you sebab bagi detail awal-awal lagi. Cuma sya masih tak dapat detail cik puan muda umi...Tolong bagi detail kat email sya ye malanasohah@gmail.com.
Tak sanggup dah nak peram hadiah ni lama-lama dan kalau boleh nak jugak bagi kat pemenang ni juga tanpa buat cabutan kedua..huhu.Please yea...contact saya segera..Thanks

Pemenang Tudung Pearl Haya Selection Gallery

Pemenang Mini Parfum Ralph Lauren Romance

Pemenang Pencil Case Exclusive
http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/2012/05/thank-you-cikgu-giveaway-by-mala.html


Korang..ada berita baik ni. Page Adeqrifqi ada mengadakan contest "LIKE" and "SHARE"
Sesapa yang ada akaun facebook tu..moh ler join..Hadiah very d special..
ATAU
TEKIU SEMUA :)

21 June 2012

Review Steam Sauna dan kelebihannya

Assalamualaikum

Since join as a registered dealer Nazcon awal bulan ni, dah 2 set steam sauna terjual.Alhamdulillah rezeki.
Jadi pagi ni, nak ceritakan kelebihan set sauna dari Nazconsauna ini.

Kajian biologi mendapati wap sauna atau gelombang infrared antara 5.6um-15um boleh memberikan faedah terapi yang terbaik kepada badan manusia. Wap atau inframerah menghasilkan panas yang menyebabkan pembuluh darah membesar, meningkatkan suhu kulit, memperbaiki peredaran darah dan mengurangi tekanan jantung. Tubuh manusia terdiri dari 70% air dan 80% dari darah adalah air. Sina inframerah memiliki getaran yang sama dengan molekul air.Molekul akan pecah menjadi molekul tunggal yang meningkatkan arus cairan tubuh, sehingga meningkatkan oksigen dalam darah.

Antara kelebihan set sauna adalah :
  • Mengurangkan kesakitan sendi,urat saraf.
  • mencantikkan kulit.
  • Mengurangkan selulit
  • Mengurangkan masalah sinus,resdung dan migrane.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Memulihkan selesema dan demam
  • meningkatkan metabolisme badan ( 600 kalori dibakar dalam 30 minit)
  • Menyeimbangkan PH dalam tubuh anda.
  • Bertindak sebagai antioksida.
  • Menyingkirkan toksid melalui peluh.
  • Anti penuaan.


NAMA ITEM : DIVA STEAM SAUNA
HARGA         : RM480
KOS PENGHANTARAN : Semenanjung FREE, Sabah-Sarawak RM60, Brunei RM80, Singapura  RM60
*FREE GIFT DAN AKSESORI PALING BANYAK
*KAIN PALING TEBAL DAN BARU
*TAHAN LAMA
*JAMINAN 3 TAHUN
*SPARE PART DAN SERVIS SELEPAS JAMINAN DISEDIAKAN

NAMA ITEM : MYRA STEAM SAUNA
HARGA         : RM420
KOS PENGHANTARAN : Semenanjung FREE, Sabah-Sarawak RM60, Brunei RM80, Singapura  RM60
*FREE GIFT DAN AKSESORI PALING BANYAK
*KAIN PALING TEBAL DAN BARU
*TAHAN LAMA
*JAMINAN 3 TAHUN
*SPARE PART DAN SERVIS SELEPAS JAMINAN DISEDIAKAN

NAMA ITEM : EZY FIR SAUNA
HARGA         : RM680
KOS PENGHANTARAN : Semenanjung FREE, Sabah-Sarawak RM60, Brunei RM80, Singapura  RM60
*FREE GIFT DAN AKSESORI PALING BANYAK
*KAIN PALING TEBAL DAN BARU
*TAHAN LAMA
*JAMINAN 3 TAHUN
*SPARE PART DAN SERVIS SELEPAS JAMINAN DISEDIAKAN


Banyak lagi kelebihan produk-produk sauna ini. Yang pastinya...
  • Paling mudah dipasang dan disimpan
  • Menggunakan kualiti kain yang bermutu tinggi, kalis air dan tahan lama.
  • Harga yang sangat berpatutan.
  • Mendapat kelulusan CE Approval yang diperakui di seluruh dunia.
  • Sangat berkesan untuk menurunkan berat badan dan kesihatan.
  • Anda bebas bersauna dengan privasi hanya di rumah anda.
  • Kualiti sauna sentiasa diperbaharui.
  • Servis jangkamasa yang lama kepada pelanggan-pelanggan.
Untuk tempahan boleh sms/call sya 019-6265756 ataupun emel: malanasohah@gmail.com

Korang..ada berita baik ni. Page Adeqrifqi ada mengadakan contest "LIKE" and "SHARE"
Sesapa yang ada akaun facebook tu..moh ler join..Hadiah very d special..
ATAU
TEKIU SEMUA :)

20 June 2012

Piknik di Ulu Yam

Assalamualaikum

Dah lama tak berpiknik. Dengan ayam BBQ plak.Perghhhh...sedap tak hengatt uuu..heheh.
Tarikh : 17 Jun 2012
Destinasi : Ulu Yam, Selangor
Ketibaan : Jam 9.00 pagi
Penyertaan : 2 family ( famili aku + famili kakak aku)
Jumlah peserta : 6 orang jea...;P

Heheh..cam surat jemputan plak. Ada detail bagai kan..
Tapi yang bestnye kali ni, family aku sampai dlu berbanding kakak aku yang terkenal dengan panctual dan awal..;D
Yang part kelakarnye,baru cop tempat dan nak mula pasang khemah...tiba-tiba...
Aduhhh..hujan lebat la pulakk...aku pon berlari termengah-mengah sambil dukung rifqi yg 17kg++ tu carik tempat yang ada bumbung...huhu

 Dalam 20 minit gitu..barulah hujan makin reda.Alhamdulillah...lega lah. Bukan apa kalau hujan terus-menerus macamana nak bakar ayam dekk onnn...alamat bungkus dan balik ajea lah..So Amir and Aiman ( anak kakakku) ditugaskan memasang khemah.

 Nampaknya budak Rifqi ni cuba nak menyebok kat abang-abang sedaranya..padahal khemah die dah siap kat belakang tu..Lagi mau kacau...huhu

 At last siap gak khemah..Alahh khemah zaman la ni tak sampai 20 minit dah siap pasang.Lain zaman dulu masa takde khemah yang pasang siap ni kan. Nak kena carik kayu, korek lubang nak pacak pancang lagi...carik tali nak ikat khemah lagi..huhu memang advanture abiss.

 En husband dan abag jep (abag ipar i..) menugaskan diri untuk membakar ayam yang telah siap diperap..
Nampak macam best..Rasa belum tau lagi masa ni..jeng-jeng..

 Yaaa...mari adik adik..abang..cik adis maness...mari beli ayam bakar kami..very special...heheh
Kipas..jangan tak kipas...:)

 Rifqi kerjamya menangguk ultraman dalam baldi...lantak ler..asalkan die happy sudah..
Piknik kali ni temanya bebas.Lantak kome ler nak main apa pon..

 Hahah..okey..first batch ayam BBQ dah masak...JOM makan..;D

 Menu lain : Nasi lemak, nasi goreng, kuih-muih, air dan cekedisss


 Abang ipar ku yg penuh sabar melayan karenah Rifqi yang macam-macam tu..

 En husband sempat posing nyambil mengipas-ngipas..Happy Father's Day!

 Menu tambahan : Aiskrim (Rifqi 2x round mkn aiskrim).Sebabnya bro jual aiskrim tu parking lama giler kat tepi tu..macam tak mau balik..member sorang ni memang takbleh nampak..Nasib la.terpaksa belikan jugak la.Mende depan mata kan.

Ada satu fear factor Rifqi : Takut air..air kolam tak takut.Tapi cam gabra kalau air menderu macam air laut or air terjun.Sib baek ada abag jep.Macam-macam cara die nak menarik Rifqi masuk dalam air yang sejuk tu.Dan akhirrnyaaa...berjaya..Alhamdulillah.Nampak tu kakinya dah cecah air..kalau tak jangan harapler..asik nak berpeluk ajer le :)


Airnya agak keruh sikit coz baru jer lepas hujan.Sejuknya jangan ceritalah..memang sejuk amat.Tapi best!

 Rifqi main air

 Mama Rifqi dan Kakzu berendam dalam air..perghhh..segar giler..heheh

Korang..ada berita baik ni. Page Adeqrifqi ada mengadakan contest "LIKE" and "SHARE"
Sesapa yang ada akaun facebook tu..moh ler join..Hadiah very d special..
ATAU
TEKIU SEMUA :)



Resepi ayam BBQ

Assalamualaikum

Lamanya tak update..huwaaa..agak busy sikit dengan aktiviti sekolah start naik cuti minggu lepas. Rasa cam tak cukup masa jer dalam satu hari. This week acara sukan sekolah..so pagi-pagi dah kene ada untuk beberapa acara saringan dan sukantara..huhu.Memang agak keletihan..

Bulan ni adalah Bulan Rejab...tak berapa lama lagi kite semua nak menyambut bulan Ramadan. So sesapa lagi yang tak cukup puasa taun lepas  paham-paham jea la yer..ganti cepat-cepat.Untuk yang nak grab pahala puasa di bulan rejab, jom sama-sama puasa.Untuk mempraktiskan diri untuk menyambut Ramadan tak lama lagi ni.

Rasanya dah terlambat untuk aku wish HAPPY FATHER'S DAY untuk semua bapa-bapa di seluruh Malaysia (orang Malaysia yang di luar negara pon termasul ;P).Terutamanya kepada en husband tersayang...Terima Kasih kerana menjadi bapa yang penyanyang dan pelindung kepada kami sekeluarga :D
So sempena sambutan itu, kami sefamily buat BBQ kecil-kecilan kat Air Terjun Ulu Yam pada Ahad lepas.
Menu Ayam BBQ kali ni, mama Rifqi yang sediakan...heheh.Mencuba resepi dari en suami yang katanya zaman bujang-bujang dulu memang selalu berBBQ dengan resepi nih...


Alemak! Cam terhangit plak kan..heheh.Hangit 20% jea..Rasa..memang kompom mantop lah..Aku marinate ayam tu satu malam suntuk. Bahan-bahn yang digunakan untuk bahan perapan ayam ni, aku list kay...no problemo if rasa nak try resepi ni or share kat kengkawan lain :

Bahan-bahannya :
  1. Ayam ( bahagian peha dan kepak)
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Halia
  5. Serai
  6. Lada hitam
  7. Jintan Manis
  8. Ketumbar
  9. Susu cair/santan
  10. Perencah Nasi Goreng Adabi
  11. Asam jawa
  12. Gula merah
  13. Gula - serbuk perasa secukupnya

* Kuantiti nya aku main campak je..hihi. So pandai-pandai korang la if ayam banyak..so bahan perencah pon kene banyak jugakla yer...

Cara-caranya :
Blend semua bahan di atas kemudian masak atas api sehingga mendidih dan sedikit pekat..
Macam rupee ini lerr


Jangan lupa tutup api.Lepas dah sejuk tu, boleh ler di gaul sama rata pada ayam yang telah dibasuh bersih.
Paling cepat perap dalam 2 jam. Paling lama dalam satu malam. Perap dan masuk dalam peti ais..
Perap lama lagi sedap tau :)

Dah siap sedia untuk dipanggang...yeeha!

Korang..ada berita baik ni. Page Adeqrifqi ada mengadakan contest "LIKE" and "SHARE"
Sesapa yang ada akaun facebook tu..moh ler join..Hadiah very d special..
KLIK  link http://www.facebook.com/photo.php?fbid=371865776201980&set=a.371865696201988.89338.247338385321387&type=1&theater
ATAU
http://adeqrifqi.blogspot.com/2012/06/like-and-share-contest.html
TEKIU SEMUA :)

16 June 2012

Cam boring jer...

Assalamualaikum...

Kenapa ek...nape ek...aku rase macam dah boring jer. Nak baca pon macam takder minat. Nak klik pun macam malas-malas je. Ke ramai yang dah takder idea menulis? Or tajuk yang tak berapa nak kebabooom...So i'm not so interested to read it!

Nak join GA pun rasa macam dah rasa suam-suam kuku...adoyaiii knape ni..why..why? Ada beberapa blog yang aku suka baca pon dah tak berapa menyegat dah..adapon ade yang senyap sunyi jer.Tak buat entry pon. Sob sob...Dimana dikau..;(

Memang tak dinafikan nak menulis ni bukan senang.Kena ada idea yang tersendiri.Lapi pon kena ada identiti tersendiri. Aku pon sekarang masih tercari-cari identiti yang sesuai untuk blog ni. Kadang-kadang tulis entry pon cam syok sendiri jerk..hihi.Takder sapa comment maknanya syok sendiri la yea..;P. Tapi aku rileks jer..Ada masa blogwalking...ada masa sibuk, kena la dahulukan kerja yang wajib didahulukan.

Aah..aku lupa now is demam EURO 2012. So maybe ramai yang ngantuk tengok bola dan sebal sebab team feberet diorang kalah, till then takde masa nak update...huhu.Apa pon alasan, jom ler kiter meriahkan kembali dunia kiter ni...tulisler entry yang menarik jiwa ku untuk membacanya...entry yang sengal giler ker...kelakar romantis ker..ehehehe(padahal entry aku pon cam nak ke laut ;D).Skema bleh gak.. untuk sekali-sekala :)

Jiwa blur aku masih menyelubungi diri...tak tau sebab apa ni.So nak menulis karangan panjang yang meletoooppp pon malas jer. Nak kata kurang makan, kebih dari ckup.Nak kata kurang rehat, baru jer lepas cuti panjang 2minggu. Mungkin sebab baru start enjin,terus masuk gear 2 kot! Now terus gear 3..so sebab tu aku cam blur bagai....tepuk-tepuk pipi sikit, biar aku cepat sedar..uhukkk.

Ok korang..aku chioww dulu sebelum boring ...heheh ;P

15 June 2012

"LIKE" and "SHARE" CONTEST

Assalamulaikum


Admin page Adeqrifqi Dot Blogspot menganjurkan satu contest. Apa syaratnyer? Mudah je.
Yang penting kene ada akaun facebook je.

  1. Buka link ini http://www.facebook.com/photo.php?fbid=371865776201980&set=a.371865696201988.89338.247338385321387&type=1&theater
  2. "LIKE" pic tersebut
  3. "SHARE" pic tersebut


HADIAH : Hamper slimming set bernilai RM150
Tarikh contest berlangsung : 14 Jun ~ 14 Julai 2012

13 June 2012

Customer'S Feedback Nurlizz Slimming

Assalamualaikum

~Antara feedback dari customers untuk tahun 2012 yang dah menggunakan produk Nurlizz Slimming.Harap membantu bagi yg belum lg mencuba.Alami Sendiri!~

 From : Muadzam Shah,Pahang

From : Kuala Terengganu

 From : Banting,Selangor

From : Perlis Indera Kayangan

From : Kampar,Perak

From : Penang

Jika anda berminat, apa yang perlu anda lakukan? Check it out!
  1. Bagi yang masih tak tahu apakah produk perlansingan Nurlizz 2 Slimming, sila----> KLIK INFO
  2. Bagi yang ingin membuat tempahan dan sebarang pertanyaan ---->KLIK ORDER
  3. Bagi yang inginkan hadiah percuma---->KLIK HADIAH PERCUMA
  4. Bagi yang berminat menjadi pengedar--->KLIK DEALER
  5. Bagi yang nak join Giveaway dari blog ini---->KLIK GIVEAWAY


 

Mashed Potato Ala KFC : my first try

Assalamualaikum

Resepi ringkas malam ini. Dah buntu tak tau nak makan ape.Kebetulan member skul bagi serbuk kentang knorr. Just bancuh dengan air panas atau susu segar dan letak garam sikit untuk rasa lemak sikit. So for d first time try memasak kuah untuk mashed potato ni. Dengan harapan dapat la macam whipped potato ala-ala KFC tu...heheh

KENTANG PUTAR
-serbuk kentang brand Knorr
-air panas/susu segar
-garam sedikit
* senang giler nak buat. Tak payah nak kupas-kupas kentang, rebus dan lecek. Tapi jika rajin dan nak yang original boleh la buat sendiri yea :)

KUAH Mashed Potato
-bawang besar (potong dadu)
-batang seleri ( biasa buat masak sup...potong kecik-kecik)
-kiub ayam Knorr
-Air dalam 500ml
- Sos tiram
-Sos cili
-Kicap pekat
-garam
-tepung gandum
-serbuk lada hitam
-mentega

*Cairkan sedikit mentega dalam periuk, then masukkan bawang besar, seleri, kiub ayam knorr dan air.
* Didihkan sehingga seleri tu nampak macam da layu sikit.
* Tapiskan  bahan didih tadi, ambil air rebusannya aje tau.Yang lain letak tepi.
* Masukkan tepung gandum (berapa banyak nak letak ikut suka, kalau nak pekat bubuh la lebih sikit).
* Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap pekat (kicap tu bberapa titik jer untuk nampak warna gelap sikit..banyak sangat nanti rasa kicap pulak..heh)
* Kacau rata dengan api perlahan.Pastikan tepung tu tak bergentel. Nanti tak cun plak kuah korang tu...
*Masukkan serbuk lada hitam untuk rasa cam pedas-pedas cikit.
*Rasa dulu baru letak garam. If tak perlu dan dah masin takperlu letak lagi.
* Tutup api
* Lastly, leh la hidang...scoppkan mashed potato tu tadi dalam bekas, then tuangkan kuah...Nahhh...yummy..
Mari makan :)

11 June 2012

Short vacation :Pangkor

Assalamulaikum

Akhirnya, buat pertama kali menjejakkan kaki di pulau yang disebut-sebut orang selalu nih.Perjalanan pergi rase cam jauh jer sebab ikut highway menuju ke utara dan exit di Bidor. Kemudian lalu la jalan yang agak membosankan dengan cuaca yang agak panas hari tu. Mujur anak kesayangan tak meragam dalam kereta hari tu.  Trip kali ni bukan famili aku jer tapi berkongsi satu kereta dengan family member en husband(Shahrul +Nana + Humaira). Lebih menjimatkan..heheh. Bukan apa sekali-sekala berjalan dengan kawan-kawan seronok aper. Tak ler anak tu boring main sorang-sorang. Anak member tu pon sebaya umur dengan Rifqi. Memang sesuai sangat la tu. Kira kamceng gakla buleh memain same-same.Tapi part merebut menan yang aku tak tahan tu..hihi.

 Mama dan Qi...baiknyer anak mama mase dalam kete ni..senang nak control.Good boy :)

 Suasana kat jeti Lumut yang agak lengang.Mungkin sebab kitorang pergi pada hari jumaat. So takder sesak sangat. kira ok la tu kan. Cuaca jer yang agak panas sikit

 Cantikkan air nyer tenang jer.Ni gambar dari atas feri

 my husband n bff
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Semalam penceritaan aku terhenti jap...hehe.boleh lagi ker nak sambung cerita lagik.Mau tak mau, aku tetap nak citer gak,,korang bacelah iyea..ahaks

Oklah tu kan..even percutian yang singkat,inilah yang dikatakan percutian budget..hehe.Feri ni naik kejap jea.Tak la lama maner macam naik feri gi langkawi tu.Dalam 20 minit cam tu la. Tambang pun murah je. RM10 pergi dan balik.memang berbaloi.

Disebabkan kat dalam feri tu da penuh, kitorang lepak kat luar jer.Even cuaca agak panas dan buat muka aku cam sememeh and oily..lantak jer lah,Sapa yang nak belek muka orang time ni kan. Sume muka tengah cam excited menikmati keindahan alam semulajadi Pangkor.Subhanallah..

Dah tak larat berdiri...duduk kat lantai jer lah. Budak-budak ni pon muka dah letih.Tapi tetap layan.Sekali sekala merengek gak tapi berjaya ditenangkan.

Kitorang memilih untuk bermalam kat challet di area pantai Teluk Nipah. Harganya amat-amat berpatutan. Actually, tadi masa sampai kat jeti Lumut , ade sorang brader yang suggest kitorang tempat ni.Harga semalam RM120 (bagi aku murah la coz cuti sekolah mase ni), Condition bilik bersih sangat. Ada satu katil queen size dan double bed kat tepi. Kalau ade anak lagi dua orang memang muat la dalm satu bilik ni. Accomodation lain, ada TV (siap ada satro channel) dan air-cond. 

 Untuk memudahkan pergerakan sambil dapat menikmati keindahan alam dengan jelas, en husband dah booking sebuah motosikal. Sewanya RM30 ringgit sehari. Sbenarnya kalau bukan musim cuti sekolah, sewanya cuma RM15 tapi standard la kan...Yang penting dapat merempit keliling pangkor..huhu.Best!
Rifqi? Campak jer dalam bakul.Diam ler dier..heheh

 Suasana disekitar pantai Teluk Nipah.Dah banyak gerai-gerai dibina. Menjual pelbagai barang kraftangan dan souveniers, baju-baju dan alatan keperluan harian serta yang paling penting ada tempat makan. Memang dekat sngat dengan chalet kitorang.Jalan kai jer.So memang strategik sangat kawasan nih.

Disebabkan kat sini hasil lautnya amat la fresh, apalgi dinner malm tu kitorang order bagai nak rak.Macam ada 10 orang makan jer.Padahal 4 orang jea ;P.Ikan bakar,ikan stim, udang sambal, sotong celup tepung, sup sayur, kerang bakar,nasi pans-panas.Perghhhhhh.....best betul ;)


rifqi and humaira 
Percutian pendek tapi amat bermakna. Apalagi kome..moh ler ke Pangkor.Next cuti sekolah hopefully dapat ler skali lagi macam ni...hehe.kan kan..en husband :)
TQ en azreen kerana sudi bawak mama and Qi jalan-jalan...hehe.lain kali leh jalan lagi ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy