20 June 2012

Resepi ayam BBQ

Assalamualaikum

Lamanya tak update..huwaaa..agak busy sikit dengan aktiviti sekolah start naik cuti minggu lepas. Rasa cam tak cukup masa jer dalam satu hari. This week acara sukan sekolah..so pagi-pagi dah kene ada untuk beberapa acara saringan dan sukantara..huhu.Memang agak keletihan..

Bulan ni adalah Bulan Rejab...tak berapa lama lagi kite semua nak menyambut bulan Ramadan. So sesapa lagi yang tak cukup puasa taun lepas  paham-paham jea la yer..ganti cepat-cepat.Untuk yang nak grab pahala puasa di bulan rejab, jom sama-sama puasa.Untuk mempraktiskan diri untuk menyambut Ramadan tak lama lagi ni.

Rasanya dah terlambat untuk aku wish HAPPY FATHER'S DAY untuk semua bapa-bapa di seluruh Malaysia (orang Malaysia yang di luar negara pon termasul ;P).Terutamanya kepada en husband tersayang...Terima Kasih kerana menjadi bapa yang penyanyang dan pelindung kepada kami sekeluarga :D
So sempena sambutan itu, kami sefamily buat BBQ kecil-kecilan kat Air Terjun Ulu Yam pada Ahad lepas.
Menu Ayam BBQ kali ni, mama Rifqi yang sediakan...heheh.Mencuba resepi dari en suami yang katanya zaman bujang-bujang dulu memang selalu berBBQ dengan resepi nih...


Alemak! Cam terhangit plak kan..heheh.Hangit 20% jea..Rasa..memang kompom mantop lah..Aku marinate ayam tu satu malam suntuk. Bahan-bahn yang digunakan untuk bahan perapan ayam ni, aku list kay...no problemo if rasa nak try resepi ni or share kat kengkawan lain :

Bahan-bahannya :
  1. Ayam ( bahagian peha dan kepak)
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Halia
  5. Serai
  6. Lada hitam
  7. Jintan Manis
  8. Ketumbar
  9. Susu cair/santan
  10. Perencah Nasi Goreng Adabi
  11. Asam jawa
  12. Gula merah
  13. Gula - serbuk perasa secukupnya

* Kuantiti nya aku main campak je..hihi. So pandai-pandai korang la if ayam banyak..so bahan perencah pon kene banyak jugakla yer...

Cara-caranya :
Blend semua bahan di atas kemudian masak atas api sehingga mendidih dan sedikit pekat..
Macam rupee ini lerr


Jangan lupa tutup api.Lepas dah sejuk tu, boleh ler di gaul sama rata pada ayam yang telah dibasuh bersih.
Paling cepat perap dalam 2 jam. Paling lama dalam satu malam. Perap dan masuk dalam peti ais..
Perap lama lagi sedap tau :)

Dah siap sedia untuk dipanggang...yeeha!

Korang..ada berita baik ni. Page Adeqrifqi ada mengadakan contest "LIKE" and "SHARE"
Sesapa yang ada akaun facebook tu..moh ler join..Hadiah very d special..
KLIK  link http://www.facebook.com/photo.php?fbid=371865776201980&set=a.371865696201988.89338.247338385321387&type=1&theater
ATAU
http://adeqrifqi.blogspot.com/2012/06/like-and-share-contest.html
TEKIU SEMUA :)

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy