29 February 2012

Kesibukan melanda lagi

Assalamualaikum

Rasa macam dah lama tak menaip. Hari-hari cuba curi masa nak blogwalk dan update peserta GA yang kurang sejam akan berakhir malam ini. Kadang-kadang tewas jugak. Balik skul...letih dan terus tido.

Kalau perasan, widget Yahoo Mesenger aku tu kadang-kadang on , kadang-kadang off maknanya sekejap je lah aku menjenguk. Masa telalu singkat sekarang ni!

Bila nak masuk bulan 3, maknanya masa kesibukan untuk diri aku mula melanda lagi..Every year memang macam tu.Selagi tugas aku yang satu itu digalas, selagi itu lah ia tetap dan berpencen..huhu.Tapi aku suka :)
Bagi aku baik buat keje yang kita lebih tahu dari melaksanakan tugas yang tak sepenuhnya kita tahu.

Baru kejap tadi, dah selesai satu keje. Aku tengok bakul kain tu macam nak melimpah nampaknya. Aku tekan-tekan sikit isi perutnya. Bagi nampak tak serabut. Bila lah ada jual mesin lipat kain. Tolong sesapa cipta untuk aku..huhu

Esok ada tugas lagi. Select 3 pemenang untuk first GA aku. Tugas kat skul ada lagi tu. Sabar. Selesaikan satu-persatu. Biar complete, biar update. Tunggu esok yea :D

Mala Nasohah 1st Giveaway Contest 2012

 ** Ini adalah Sticky Post!, Scroll Down untuk baca entry terkini.TQ**
Assalamualaikum semua..

Dengan berbesar hati dan bersungguh-sungguh,saya buat pertama kalinya, nak buat  
Mala Nasohah 1st Giveaway Contest.

Tujuannya tidak lain tak bukan, hanyalah berkenal-kenalan dengan rakan blogger di luar sana. Lagi banyak kenalan, lagi panjang tali silaturrahim kita ini bukan?

Sebenarnya, risau dan berdebar juga untuk menganjurkan contest ni. Tapi berkat sokongan padu dari rakan blogger jugaklah maka terbitnya contest ini. Jom ramai-ramai join okey !



Syarat-syarat mudah sangat tau :)
  1. Buat satu entry bertajuk ' Mala Nasohah 1st Giveaway Contest 2012' di dalam blog anda masing-masing.
  2. Jangan lupa letakkan banner di atas dalam entry. Pastikan letak link 'http://adeqrifqi.blogspot.com/2012/01/mala-nasohah-1st-giveaway-contest-2012.html' dalam entry anda tu .Tuliskan kata-kata semangat @ mutiara kata bertemakan semangat yang positif dalam entry. Ringkas-ringkas pon boleh..Mudah, tepat dan difahami.
  3. Tinggalkan link entry yang anda dah buat,  pada ruangan komen entry saya ini. 
  4. Jadi FOLLOWER blog Mala Nasohah 
  5. LIKE pada page AdeqRifqi Dot Blogspt
TEMPOH CONTEST = 29 JANUARI sehingga 29 FEBRUARI 2012 

Saya akan pilih 3 orang pemenang berdasarkan kepatuhan syarat (ikhlas yer kawan2...) terutama kepada entry yang menulis kata-kata yang paling menaikkan semangat  saya..:)
InsyaAllah..hadiah yang saya nak berikan, tidaklah seberapa tapi rasanyer mampu menggembirakan hati sesiapa yang memilikinya :D

Hadiah yang disediakan adalah :-
Hadiah Pertama
Sehelai T-shirt Exclusive Nurlizz Slimming bernilai RM25
Satu set Tupperware bernilai RM15

Hadiah Kedua
Sehelai T-shirt Exclusive Nurlizz Slimming bernilai RM25
Satu set Tupperware bernilai RM15

Hadiah Ketiga
Sehelai T-shirt Exclusive Nurlizz Slimming bernilai RM25
Satu set Tupperware bernilai RM15

Colour : Merah/Hitam (bergantung kepada stok sedia ada)
T-shirt yang dipakai oleh Bob Kuman semasa Mega Maharaja Lawak 2011

6biji tupperware yang cute!

Bestkan..hadiah saya bagi sama adil dan sama rata untuk ketiga-tiga pemenang.:)

 Terima Kasih kepada NURLIZZ SLIMMING ---(click sini untuk lihat)

Jadi jom...meriahkan contest ini sama-sama ye. Moga kiter sama-sama mendapat manfaat yang barakah dari-Nya ..Amin

SENARAI NAMA PESERTA TERKINI!!!!!!(click sini untuk lihat)

New SMS Feedback Nurlizz Slimming

Assalamualaikum

Esok nak uploadkan feedback dalam bentuk SMS dari customer yang gembira dengan perubahan diri mereka setelah mencuba Nurlizz 2 Slimming. Semuanya yang terbaru..

Tunggu yea :)

>> Dah sambung balik, semalam tak larat dah ngantuk sangatss.
Terbukti produk Nurlizz Slimming adalah yang paling hotss. Ramai yang bertanya, ramai yang gembira dengan hasilnya. Berbaloi-baloi. Silakan baca :)












 Sekian saja sedikit sebanyak paparan pada bulan ini. Esok-esok nak paparkan pulak feedback from email. Tengah korek2 lagi..heheh ;P




27 February 2012

Happy birthday to abah Rifqi :))

Assalamualaikum

Semalam kan, macam2 cobaan untuk plan kejutan owesome sempena birthday en husband tersayang..hehehe.
Tapi sume tak jadi..huhu..Macam2 alasan, pening la...hujan la..takdak idea la..Tu la dier.Akhirnya, last minute dail nombor Kak Cah (pembuat kek terkenal kat skul) dan terus order. Senangkan ;D

Konon-konon macam nak suprisekan abah Rifqi...Plan nak bawak balik kek tu petang tadi from skul then masuk peti sejuk. Malam kang baru nak celebrate..Kihkih..Tak jadi jugak. Sebabnya, technical problemo...di mana Kak Cah tak sempat nak siapkan petang but kul 8malam tadi kene gi amik bersama-sama en husband laaa...

Tak perlah kan..tulah dinamakan takdir. Plan and plan macam mana sekalipun, kalau tak jadi kene redha je. Percayalah, ada hikmah disebaliknya. Tak caya? Silakan percaya..tak sangka order sekotak..dapat dua kotak! Memang rejeki...Suke :D..Thanks Kak Cah for your lovely and very d owesome cup cakes.Sedap...Terbaek...Home made lagi.


Beli satu....

Tadaaaa...dapat dua..Besh sangat ;)

Memang cantik sangat deco from Kak Cah...

Gambar close up..Cun kan. Red Velvet Cheese Cake

Abah Rifqi...Dah terharu dah tu..;P

Rifqi merenung..pikir nak makan yang mana ek?..



26 February 2012

Tercari-cari kejutan...

Assalamualaikum

Angkara makan lambat, dan tak mengamalkan makan mengikut masa...Akibatnya sakit perut semalaman dan pagi ni pening kepala tak hilang-hilang. Dugaan dari Allah sikit je baru ni...dah tak tahan. Gagahkan juga bangun solat zohor..lepas tu ngadap lappy .heheh. Pengajarannya, jangan lambat-lambatkan waktu makan nanti perut masuk angin sendiri yang susah.huhu..


Rasa-rasanya nak buat kejutan wat en husband coz birthday die esok. Tapi no idea lah.Kepala dah pening , tu sebab tak boleh nak pikir lagi. Macam nak gi Jusco usya-usya ape yang patut, tapi ujan pulak kat luar tu. Lemah semangat.huhu..


Ni dari pagi tadi, ultraman dah berapa kali trip ulangan. Bertambah pening!

25 February 2012

Riadah yang bagus

Assalamualaikum

Main Bola :D

Aktiviti riadah keluar peluh yang pasti dapat mengeratkan hubungan bapa anak, ibu anak, anak dan keluarganya.

Sesuai beriadah time hujung minggu, lepak-lepak ambil angin dan save budget...heheh



Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah

Assalamualaikum

Sapa yang tak suka melancong kan. Ada duit..meh pegi melancong. Termimpi nak gi Korea, tunggu punya tunggu ternampak GA dari Wawa Abdullah. Terasa macam dah pegi ke sana walaupun cuma membaca pengalaman beliau melancong ke sana. Bila pulak turn aku..hehe..


Simple sangat orangnya, syarat GA pon lagi lah simple. Likeee ;D
Minat nak join? klik link pada banner di atas! Tekiuuu

24 February 2012

NURLIZZ 2 SLIMMING DALAM MINGGUAN WANITA 24FEB-1MAC 2012

Assalamualaikum
Jom beli Mingguan Wanita Keluaran 24 Februari - 1 Mac 2012 (promo la pulak ;D)
Iklan produk Nurlizz 2 Slimming terpapar di dalamnya.
Nurlizz 2 Slimming bukan produk yang mengarut. Bukan cakap-cakap kosong. Bukan satu gurauan dan semestinya Bukan penipuan.

Bukan sebab saya dah jadi testimoni produk ni. Tapi sememangnya ia benar dan terbukti benar-benar belaka.
Apakah fungsi Nurlizz Slimming ? Secara mudahnya, saya listkan di sini,

Membaikpulih sistem badan dan punca segala masalah kesihatan serta obesiti,
membakar lemak yang berlebihan di dalam badan,
meningkatkan metabolisma badan, mengawal selera makan,
menyahtoksin di dalam badan mengawal selera makan,
menyahtoksin dalam badan, 
mengawal selera makan,
membekalkan oksigen, 
melancar peredaran darah dan menstabilkan hormon.
membaikpulih struktur kulit agar lebih cantik, putih dan kelihatan lebih segar
tahap kesihatan badan dapat ditingkatkan.

Maklumat lanjut berkenaan produk dan tempahan boleh la klik kat sini yea
Mala Nasohah sebagai testimoni Nurlizz 2 Slimming. Ramai lagi yang bergelar testimoni berkat kesabaran mencuba produk ini. Saya salah seorang daripada mereka. :D
Bob Kuman sebagai duta produk Nurlizzz 2 Slimming

22 February 2012

Tips supaya daya ingatan kuat .

Assalamualaikum

Saat aku tengah menaip ni..rase macam nak cakar-cakar je dinding.huhu..Geram.
Cuba control dengan beristighfar. Mohon supaya Allah S.W.T sejukkan cepat-cepat hati aku yang tengah membara ni.

Kalau orang lain, mungkin just small matter. Bagi aku this is not a joke!
2012-1997 = 15 tahun bukannya satu tempoh yang lama sangat. Boleh tak ingat..sabor jelah.
Embah aku yang umur dekat 90 tahun tu pun masih kuat daya ingatannya. Alhamdulillah.

Aku kadang-kadang nak juga tanya tips kat embah, rahsia apa rahsianya?
Memang tabik spring dengan embah (panggilan kepada nenek aku).
Muka setiap sorang cucu dan cicitnya yang saban tahun bertambah memang dia ingat sangat.
Nama pun ingat. Sayang embah!

Rasanya aku sendiri tak termampu nak ingat semua nama penuh students yang pernah aku ajar dalam 5 tahun kebelakangan ini. Tapi serius aku tetap cam muka diorang!Walaupun umur diorang saban tahun meningkat naik.

Aku penah dengar seorang motivator menyenaraikan antara tips untuk nak kuatkan daya ingatan adalah dengan berpuasa dan membaca Al-Quran. Selain itu juga pastikan juga jaga solat 5 waktu.

Dari segi pemakan pulak, minyak ikan dapat dapat membantu menguatkan daya ingatan seseorang. Rifqi ..aku memang bagi scott emulsion. Zaman aku kecik dulu, aku tak dapat merasa kerana keadaan ekonomi waktu itu. tapi aku tetap bersyukur. Alhamdulillah.

Bab-bab makan, memang aku suka nak kongsikan cerita. Antara lain makanan yang mampu menguatkan daya ingatan adalah seperti  buah anggur hitam , madu lebah,  halia,  buah badam, susu ,air zam zam, kismis,jus karot, madu, epal, kurma, ikan tuna, tempe, air soya dan daging ayam. Mudah aje. Memang makanan macam ni selalu kita sediakan untuk kelurga kita hari-hari kan.


Makanan yang kalau boleh perlu dielakkan ialah seperti kepala ikan, organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan. Makan makanan yang tercemar oleh semut. Makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang ikutlah Sunnah Rasulullah). Minum air semasa sedang makan(minum air selepas selesai makan ikut Sunnah Rasulullah) dan makan makanan yang shubhah (meragukan) status halalnya.

Semoga apa yang dapat aku kongsikan ini,dapat korang praktikkan. Sama macam aku jugak. Sedaya upaya aku akan cuba ingat nama orang,cam muka orang dan kenal-kenal orang dengan harapan orang lain pun sama macam aku juga. Dokan aku..heheh.
Peace!

 Owh..nak kongsikan juga wajah embah yang aku sayang.

Gambar kakak-kakak aku dengan embah.
Semoga embah dikurniakan kesihatan yang baik selalu.
:)

21 February 2012

February 2012 Giveaway - My 30th Birthday

Assalamualaikum

Peminat Tupperware nak join Ga yang dianjurkan oleh http://geez-tupperware.blogspot.com
Blog beliau ini dibuka  bertujuan untuk memberi peluang kepada semua mendapatkan barangan Tupperware. dengan harga berpatutan dan membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan dengan menyertai Tupperware Brands.

GA ni beliau anjurkan sempena pembukaan dan juga sambutan besday yang ke-30. Congrates!
TAG :-
AkmaFaizal
Ummi Iman

Syarat penyertaan adalah sangat mudah!

1. Buat satu entry di blog anda dengan tajuk February 2012 Giveaway - My 30th Birthday dan link ke sini.
2. Copy banner diatas, masukkan dalam entry tersebut dan juga link ke post ini.
3. Masukkan Blog Just Tupperware & U ke blog list anda
4. Tag 2 orang rakan dalam entry anda dan pastikan mereka dimaklumkan tentang ini.
5. Follow blog ini (optional)...... ^_^
6. Akhir sekali, sempena birthday saya, kongsikan sedikit impian anda dalam hidup dan apa yang anda rasa ingin capai di dalam hidup anda.........
7. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen.....", 
"Semoga impian menjadi yang terbaik antara yang terbaik dalam genggaman.InsyaAllah. Persaingan sengit dalam pertarungan melawan nafsu adalah paling getir. Semoga perjuangan ini berakhir dengan senyuman kejayaan seiiring dengan kejayaan dalam kerjaya.Amin"

20 February 2012

Gembira Suka..baguslah!

Entah apa yang bermain di fikiran.

Takkan kat sini tempat luahan perasaan.
Senyum itu tandanya gembira dan suka :D
Tapi ada jugak orang sedih senyum jugakkan? Entah..jarang jumpa pulak.

Senyum tak payah kata apa-apa.
Kalau suka bersoraklah.
Takkan tiba-tiba aje..mesti bersebab kan.
Aku kalu suka kadang-kadang termenangis.
Bulu mata lentik tanda kuat nangis. Yeker? Mungkin jugaklah kot.

Bagus kalau gembira..amat-amat bagus kalau suka.
Jangan pendamkan nanti pecah di dalam, tak sapa tahu.
Dah lah tu kalau terlalu suka.
Ekpresi muka dan gerak gaya orang suka memang tak leh nak sembunyi.
Senyum dalam hati sapa yang nampak.

Okeylah tu..Happy ever after.
:D

19 February 2012

Best Photo Contest by AkinAmar

Assalamualaikum..

Iskkkhhhh laa..semenjak dah suka nak masuk contest ni, sikit-sikit contest. Aduyai...:D
Tapi tak ape lahkan, sebab aku suka buat perkara yang aku suka. Jadi apa salahnya aku suka. 
Kalau ada rezeki, aku menang, bertambah suka-sukaan lah aku nanti...heheheheh

Saya rasa gambar saya best kerana ia bertemakan saat riang gembira di hari raya puasa tahun lepas. Gambar paling gembira yang pernah dirakamkan bersama 4 beradik kandung.Walaupon bukan dirakam menggunakan kamera canggih. Walaupon bukan semua tayang gigi macam aku ;P...Semuanya perempuan..Best! Bukan senang dapat berkumpul bersama macamni..Jadi kesimpulannya..Gembira ! 

Contest dianjurkan oleh blog AkinAmar. Silakan klick kat nama die kay..:)
Syarat-syarat penyertaan simple je:
1. Buat satu entry yang bertajuk “BEST PHOTO CONTEST” by AkinAmar.

2. Letakkan banner contest di atas dalam entry korang tu dan linkkan terus ke entry contest ni.

3. Paling penting, upload gambar yang korang rasa gambar paling best yang menggembirakan bagi korang dan Lengkapkan slogan “ Saya rasa gambar saya best kerana……..”
Hadiahnyer yang buat aku menggigil kaki tu..heheh

No 1 : Underwater LOMO Style Film Camera (Flower)





17 February 2012

Kena berdikari sikit tapi jangan terlalu sangat

Assalamualaikum

Aku teringat zaman sekolah menengah dulu (ade kaitan sikit dengan citer semalam). Pegi mana-mana mesti naik bas. Tak tau la aku kalau bas tak ada...alamatnye, memang tak balik kampung lah aku. Teringat lagi.....first time naik bas sendiri masa aku kene 'chicken pork' kat asrama. Dengan beraninya aku naik bas sorang-sorang sampai kampung. Berani betul aku...masa tu umur baru 14tahun. Sampai rumah, kene bebel dengan parent. Rasakan!

Semuda itu, aku dah mula cuba sikit-sikit nak berdikari sendiri. Bayang kan 5 tahun naik bas (sekolah menengah) + 4 tahun (ipt) + 2 tahun (dah keje tapi tak ambik lesen kete lagi). Rasanya, asap bas tu pun aku dah tau sangat macammana baunya walau sebatu lagi bas tu nak sampai. Betapa.....huhuhuhu

Walau dah ada lesen pun, aku masih lagi tak harapkan orang lain masa tu. Cewah, konon berlagak la..padahal takut-takut lagi. Boleh aku drive sorang-sorang dari Pahang ke JB semata-mata untuk menuntut ilmu beberapa tahun yang dulu. Kalau diingatkan semula, seriau bulu roma..

Bila dah ada family sendiri @ dah kawin, memang en husband suka bawak aku sana sini. Aku dengan hepi nya duduk goyang kaki kat seblah..heheh. Memang la syok kalu ada orang take care lebih ye dakk..:P
Tapi bagi aku la..tak tau la kalu korang berpendapat sebaliknya, survive sorang-sorang untuk laksanakan suatu pekerjaan tu memanglah bagus. Itu menunjukkan kewibawaan kita. But sometimes, tak takut ke orang akan kata terlalu berdikari? Semua benda kita nak lakukan sorang-sorang tanpa nak harapkan bantuan orang lain. Ego? Bukan jugak...bukan ego yang membuatkan seseorang itu berdikari. Mungkin faktor keadaan dan masa, membuatkan sesorang tu terus survive sorang-sorang.

Tapi, bila kita dah bekeluarga, amat perlu kerjasama antara kedua husband and wife. Kalau wife terlalu berdikari sangat, takut diguna-gunakan pulak. Takut wife sahaja memerah keringat, yang satu lagi buat derk jea. Takut juga jadik macam Quen Control.Haisskhhh.. korang..jangan jadi gitu neh. Tak baik!Kalau en husband kita pulak yang terlalu berdikari...itu sudah bagus :P.. Maknanya, tugas sang isteri bertambah ringanlah..hehehe. Zaman sekarang terlalu ramai umat yang bernama isteri bekerjaya...jadi bantuan dari pihak yang lain terutama en husband sangat-sangatlah perlu. Jadi mana satu nak pilih ni? berdikari ke...or jangan terlalu berdikari? Waduh..mesti pening korang baca penulisan aku kali ni..Macam nak ke laut gayanya..
Kalau nak teruskan baca...silakan..kalu tak nak..komen ajelah..hihihi :D

Segmen:"Tambah Follower Sampai Pengsan"

Assalamualaikum...
Tengah sedap jalan-jalan sambil melilau kiri kanan, ternampak satu segmen yg ermmm..aku rasa bagus kalu aku join. First time join segmen. Selalu gak nampak blogger lain buat segmen tapi due date nya pendek sangat. Tak sempat karang ayat dah abis masa..huhuhu. Segmen ni, cik Leeza telah buat waktu bersegmen yang panjang.Bagus...i like :D

Jadi, sesapa yang nak menambah rakan follower sampai pengsan tu, meh la join----> LALALA 
 Aku dah join sebab memang suka nak kawan dengan penulis maya ramai-ramai sambil ber Nurlizz Slimming...hehehe.Jom Jom!

Flashback : Sprinter Dewan Makan

Assalamualaikum
Sejak dah terjebak dengan nurlizz slimming, dah jarang nak cerita-cerita pasal bab-bab makan ni. Asik-asik kurus, cantik, cun..Cantik, cun, kurus..Cun, kurus, cantik...phewww..letih!

Kalau terlalu confident yang diri kita ini dah sempurna sangat, anda silap sebenarnya. Ada satu hari tu, aku ada bersembang singkat dengan seorang lelaki (nama aku sembunyikan dulu..hehe) pertengahan umur. Katanya, ada berlaku kepada seorang lelaki yang bertuah mempunyai isteri yang begitu cantik, cun, menjaga penampilan setiap masa dan bersolek setiap masa walau di mana pun berada!Hingga kan dia dijadikan idola kawan-kawan mahupun sedara-mara. Akhirnya,suaminya mengahwini seorang perempuan lain yang biasa-biasa je, tak bape cun, pendek dan agak gempal..huiskkhhh. Bior bebenor yoppp? Masa tu, rasa macam nak tersembur keluar jugak nasik yang tengah sedap aku kunyah. (aku tengah sedap makan pulak tu..huhu)

Kenapa agaknyer?Aku pun kurang faham sebenarnya. Mungkin perempuan yang cantik ni dah terlalu over confident dengan dirinya sendiri. Hinggakan tak pedulikan orang lain, takut jatuh standard, hilang wibawa, hilang 'shape' dan sebagainya. Nauzubillah. Aku berdoa agar aku tak tergolong dalam golongan itu. Ini sebagai pengajaran untuk aku dan kawan-kawan lain yang bergelar perempuan. :)

Berbalik kepada cerita bab makan. Masa zaman sekolah menengah aku dulu, aku tinggal di asrama. Faham ajelah bila jadi budak asrama ni, pantang nampak makanan lalu...mesti menitik je air liur tu. Makan apa saja yang dihidangkan, asalkan perut berisi. Saat ditunggu-tunggu adalah bunyi loceng tamat waktu persekolahan. Ada sorang member baik aku tu (aku sembunyikan lagi identiti nama die..hehe), bunyi jer loceng, tanpa berlengah lagi....galas beg, tak toleh kiri kanan...zasss...deras jer berjalan ke dewan makan asrama. Tak delah buat larian pecut..cuma ala-ala macam lumba jalan kaki gitu :P...bayangkanlah, deras jugak tu. Aku yang selalu masuk acara pecut 100m akhir peringkat sekolah, tahap pencapaian tempat ke-7 pon boleh kalah tau..heheheh ;D

Hinggakan kitorang menggelarkannya 'sprinter dewan makan'..huhu..tak baik betul la. Bukan ape, kitorang as a classmate pun dapat untung jugak. Dapat beratur belakang die...walaupun masa tu barisan dah panjang sebab aku and the geng jalan lenggang-lengguk control lapar..kira macam potong barisan jugak la ;P...tak baik betul. Masa tu, makan la apa saje, gerenti kurus setiap masa..hahah. Tak taula sebab apa tetiba malam ni, aku teringat nak flashback zaman alam persekolahan aku yang awesome gitu! Banyak kenangan, memori, kisah lucu...yang semuanya melibatkan bab makan..;P

Rasa macam nak masuk sekolah balik, nak jadik budak sekolah semula.Biar betul? Sekarang ni pun aku memang kerja hari-hari kat sekolah pon! 

The OH!Sem Tagline Contest

Assalamualaikum

Di awal pagi jumaat ini, teringin nak masuk lagi satu contest yang dianjurkan oleh Kedai Kiz. Kedai ni menjual baju, blaus, blazer mahupon skirt yang pastinya cun habis..jadi jangan tunggu lagi.Cepat serbu Kedai Kiz untuk join.
Hadiah yang Kiz nak bagi kepada pemenang berdasarkan tagline yang menarik, yang dicipta sendiri..Baguss sekali..I like..:D

Ermmmm..korang..memang menarik hati kan? Dah, sila jangan buang masa..ikut jea arahan Kiz tu yea :-
*SYARAT-SYARAT PENYERTAAN*
Penyertaan terbahagi kepada dua, iaitu Blogger & Facebook. Terpulang kepada anda samaada nak join dari facebook ataupun blog.

DUE DATE : 01 MAC 2012 

Penyertaan melalui blog
1. Follow belog Kedai Kiz
2. Like Facebook Kedai Kiz *link ada kat sidebar*
3. Buat satu entri di blog anda tentang contest ni
4. Dalam entri tersebut, sertakan tagline yang anda cipta untuk Kedai Kiz
5. Komen entri contest ni beserta nama & url entri.

Penyertaan Melalui Facebook
1. Like page facebook Kedai Kiz ( link ada kat sidebar )
2. Buat satu status bersama tagline untuk Kedai Kiz
3. Pastikan anda Tag "FB kedai Kiz" dalam status tersebut
4. Share Entri Contest ni di facebook page masing-masing
5. Komen di FB page Kedai Kiz beserta nama FB masing-masing

Syarat-syarat Tagline
a. Mestilah sesuai dengan blog kiz
( eg : Cantik dan bergaya, Senang Hati )
b. Mestilah tidak melebihi 60 patah perkataan
c. Mestilah Berbahasa Melayu
d. Tagline mesti original idea

P/S : Pastikan anda visit-visit blogshop & Facebook Sponsor-sponsor kerana
barang yang dijual begitu cantik dan berkualiti. Trust me.
" Warnakan kehebatan gayamu, hanya dengan KIZ"

16 February 2012

First Time Menang! ;D

Assalamualaikum.
Hari ni, dapat berita gumbira lagi. For d very first time, aku menang Giveaway..huhu, terharu lagi :D . Alhamdulillah.
Entah macamana, boleh terjaga kul 3.30 pagi sebab dengar notification email dari Samsung kesayangan aku.
Tima kaceh tu Puan Besar Shag Yahaya @ Shag Comot. Lain kali, i mesti nak join punya contest u..hehe

Bagi contestant lain yang masih belum tengok keputusan Giveaway ni, dan teruja nak tau, meh la klick kat SINI yea

14 February 2012

Angka 100 yang gumbira!

Sajer nak bikin jeles..hehe
Follower 100, Like Page 100

Alhamdulillah..Salam kenal untuk semua :) Semoga jalinan ukhuwwah ini tambah erat meskipun di depan skrin komputer cuma. Happy Blogging to all :D

Yang ke-100 Puan Besar Shag Yahaya..Tekiu dear :D
Tak ada hadiah pon  kerana persahabatan tidak dapat dinilai dengan barang tapi kalau nak bagi penghargaan apa salahnya kan?Mungkin untuk follower yang ke- 500 saya akan sediakan ;P. Tungguuu

Suke ..ramai kawan :D

Pupel Liyana Mega Giveaway

Assalamualaikum..

Desebabkan memanglah penggemar setia warna purple, dengan ini terbukak hati nak join Giveaway yang dianjurkan oleh Cik Purpel. Hadiah yang ditawarkan pon memang besh tak hengat..hehe. Try my best lah :D


Bagi sesiapa yang nak join this contest, boleh la klik kat banner kat atas tu, atau klik Purpel Liyana
Punyalah ramai sponsor giveaway ni, sampai aku naik jeles tau..hehe. 
 Memang berbaloi-baloi bagi sesiapa yang join Giveaway ni. Sesuai sangat dengan perkataan 'Mega'. Hopefully, bernasib baik untuk menang kali ini...Amin
  •  

Our New Born Baby 01.02.2012

Assalamualaikum
Masih dalam mood balik kampung..;P. Mentang-mentang dalam 2 minggu, 2 trip balik kampung..bikin orang lain jeles je.hehhe.

Hari ni nak cerita tentang new born baby kitorang yang selamat dihairkan pada 01.02.2012. Cantik kan tarikh tu. Hanya gabungan nombor 0,1 dan 2 sahaja. Cool!

Nilah dier baby yang dimaksudkan, seekor anak lembu yang comel telahpun selamat dilahirkan. Sebenarnya en husband ade membela lembu 5 ekor tahun lepas. Itupun perkongsian adik-beradik 3 orang. Walaupun hanya rakan kongsi nominal tapi kalau ada masa terluang, rajin juga menjenguk lembu-lembu yang ditambat kat ladang kelapa sawit abah. Gembira sebab tahun ni dah dapat tambah anak lembu yang baru lahir ni. Jadi semuanya 6 ekor. Sebenarnya, bukan senang nak membela haiwan ternakan macam ni. Tengok memang macam senang tapi bukan senang..huhu (dah mula buat ayat pusing-pusing..hih). Nak bela lembu mesti kene tambat atau kata lain, buatkan kandang. Yelah kan, manusia pun perlu tempat tinggal selesa, inikan pula haiwan kan. Diorang pun makhluk hidup juga. Ada hati dan perasaan. Jangan sekali-kali biarkan lembu tu, pecah masuk ladang orang lain, meragut rumput di tempat orang, merosakkan tanaman orang, nanti akan menimbulkan rasa ketidak redhaan pemilik kawasan ladang tu..Bila lembu tu nak dijual untuk tujuan kenduri, akikah, korban dan sebagainya..nak jatuh hukum macamana tu ? ha..jawab sendiri..koi tak mau ulas ..deme buleh mikio sendirilah yea...:)

 Sayang betul lembu dengan anaknyer...comel :)


Nak pastikan keselamatan lembu-lembu terjaga dan juga supaya nak diorang tak boring, ada anjing dan kucing kat situ.Yang peliknya, diorang xder gaduh pun. So sweeet..:)

Setiap hari Abang Umar akan datang dengan pajero yang penuh dengan muatan rumput buat habuan makanan lembu-lembu ni. Diorang ni dah jinak dengan tuannya. dengar enjin pajero datang je, terus meluru macam tau-tau je dalam tu ada makanan.

 Bila Abang Umar pekik jea ''Balik..balik.." terus meluru kat Abang Umar..."Mintak Makan.." katanyer..hehehe

'Sedap..sedap..huhu...Lapor..."
 Tu dia..semua tengah bizi makan..tolong jangan kacau yea. Satu tips penting yang korang patut tahu : Mase lembu-lembu tengah makan, jangan la cuba-cuba kacau atau try duduk kat belakang lembu-lembu ni. Tak pasal-pasal dapat satu tendangan percuma nanti. Tak caya, cuba lah buat kawad statik kat tepi tu.

Nilah Abang Umar (abang kandung en husband), layan lembu yang dah jinak ni, dengan penuh kasih-sayang. touching tau..hehe. Walaupun berpangkat GPK kat sekolah, tapi tak kekok dengan kerja-kerja kampung. Hari-hari menggarit rumput untuk lembu ternakannya. Mungkin dah minat dan untuk memenuhi masa lapang. At least boleh release tension.

Baby born dengan ibunya nak menyusu. Masa ni, tali pusat belum kering lagi tau. Abang umar spray dengan ubat biru supaya lekas kering..

Antara semua lembu yang ada ni, yang kaler putih tu yang paling garang, sikit-sikit nak menanduk jea kerjanyer. baru tumbuh tanduk la katakan. Macam kite jugaklah..bila tanduk dah panjang sikit mula eksen..hihi. Satu lagi tips : Bila mula-mula berkenalan dengan lembu ni, jangan sesekali terus pegang kepala atau usap kepala dia. Lembu tak suka woo..Macam manusia juga. Takkan first time jumpa terus pegang kepala ye dak..hehe.




Masa ni, abah Rifqi sikit lagi nak dapat tendangan percuma, nasib baik dapat elak.

Alhamdulillah..semoga anak lembu ni kekal sihat dan membesar dengan baik. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy