29 February 2012

Kesibukan melanda lagi

Assalamualaikum

Rasa macam dah lama tak menaip. Hari-hari cuba curi masa nak blogwalk dan update peserta GA yang kurang sejam akan berakhir malam ini. Kadang-kadang tewas jugak. Balik skul...letih dan terus tido.

Kalau perasan, widget Yahoo Mesenger aku tu kadang-kadang on , kadang-kadang off maknanya sekejap je lah aku menjenguk. Masa telalu singkat sekarang ni!

Bila nak masuk bulan 3, maknanya masa kesibukan untuk diri aku mula melanda lagi..Every year memang macam tu.Selagi tugas aku yang satu itu digalas, selagi itu lah ia tetap dan berpencen..huhu.Tapi aku suka :)
Bagi aku baik buat keje yang kita lebih tahu dari melaksanakan tugas yang tak sepenuhnya kita tahu.

Baru kejap tadi, dah selesai satu keje. Aku tengok bakul kain tu macam nak melimpah nampaknya. Aku tekan-tekan sikit isi perutnya. Bagi nampak tak serabut. Bila lah ada jual mesin lipat kain. Tolong sesapa cipta untuk aku..huhu

Esok ada tugas lagi. Select 3 pemenang untuk first GA aku. Tugas kat skul ada lagi tu. Sabar. Selesaikan satu-persatu. Biar complete, biar update. Tunggu esok yea :D

6 comments

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy