30 March 2012

Tak makan nasihat

Assalamualaikum

Luahan cetusan rasa hati kadang-kadang dapat meleraikan kebukuan hati. Dua pantang bagi aku, pertama : orang yang menipu dan kedua : orang tak makan nasihat. Dua kategori tu macam sama tapi tak ada talian darah langsung. Mungkin aku seorang pendengar setia, tapi aku juga seorang yang sangat ingin membantu. Membantu mana yang aku terdaya. Cuma manusia yang meluah itu rasa tak faham agaknya. Dah nak kering air liur aku nasihat itu dan ini...akhirnya jawapannya..."Entahlah" dan "Nanti dulu lah". Sampai bila masalah nak selesai kan.

Aku jugak bukan seorang yang berani sangat. Berani kadang-kadang atas desakan situasi yang membenarkan aku tunjuk berani. Jangan takut untuk buat perubahan walau kadangkala menyakitkan. Percaya lah...sakitnya sekejap cuma.Asam garam kehidupan. Manusia menakhoda kehidupan yang bagaimana ingin dilalui. Bukan melawan takdir, tapi berusaha supaya takdir yang bakal dihadapi itu...dapat diterima dengan rela hati.

Aisehh..aku dah cakap ala buku novel lah pulak...huhu. Nasihat aku : Anggap semua nasihat yang baik sebagai makanan. Gerenti kenyang walaupun kuantitinya tak banyak. Kalau dah tak makan  nasihat, aku cuma mampu memerhati.Just wait and see!

29 March 2012

One Four Three

Assalamualaikum

"One Four Three, Cikgu!"...Haa..apa tu? Melongo kejap aku depan budak-budak.Nasib baik lalat tak lalu, kalu tak mau salah terowong. Dan nasib baik jugak aku pandai control macho. Katanya cikgu up to date. Mesti mengikuti perkembangan semasa kan. Rupa-rupanya maksud one four three tu..I Love You!
Cuba kira I (one),Love (two),You (three). Tepat.Inilah dikatakan trend remaja sekarang.
Satu perkataan baru yang baru aku tau jelas maksudnya. Tak akan jumpa dalam kamus.
Maknanya aku masih belum up to date lagi. Kene tambah lagi ilmu pengetahuan sebagai strategi pendekatan
semasa proses p&p antara guru dan murid. Terlalu rigid dan straight to the point pun agak membosankan.
Biar pembelajaran dua hala supaya murid tak akan bosan.InsyaAllah, aku akan cuba yang terbaik.

Notebook kesayangan aku. Macam-macam ado. Jangan ditanya apa yang ada...biarlah rahsia ;P

Lagi satu pekara yang amat penting dalam alam pekerjaan aku, buku tebal kaler hijau tu. Hari-hari mesti belek.Hari-hari mesti tulis dan hari-hari mesti bawa.

28 March 2012

Tips supaya mata anda bersinar-sinar

Assalamualaikum

Senang je kalu nak bagi mata korang bersinar-sinar bak kilauan cahaya lampu tu.
Budget tak mahal pun.Ambil daun pudina kemudian lumatkan. Letakkan daun pudina segar yang
dah lumat tu tadi di sekitar kawasan sekeliling mata. 15 minit cukuplah. Basuh dengan air bersih.

Ada lagi derr..lum abis lagi ni.
Kalau mata terasa letih sangat kan.Ada cara nak menyegarkannya semula.
Maklumlah kalau keje asik ngadap labtop je.Mesti berpinar-pinar mata tu kan.
Cara mengatasi keletihan mata adalah ambil dua uncang teh kemudian lembabkan dengan air suam.
Satu uncang tak cukup korang. Mata kan ada sepasang.
Masukkan dalam peti sejuk. Agak-agak dah lama sikit tu ambil dan letakkan di atas mata dalam 15 minit gitu.
Selesai. Dah segar?

Sambung sikit lagi..
Nak bulu mata lentik?
Ambil daun lidah buaya. Lendir daun tu..korang sapu kat bulu mata.
Buat secara berterusan. Buat sekali dua je takkan menjadi.
Usaha tangga kejayaan kan.

Meh tengok mata sapa tu..hehe ;P

27 March 2012

Dah kene terjah

Assalamualaikum

Dah kene terjah ngan blogger comel dan glemer cik Lyssa Faizureen ;D

25 March 2012

Nurlizz 2 Slimming di Karnival AJCC Street Mall 30 Mac-1 April 2012

Assalamualaikum

Jom singgah lah kat Karnival AJCC Street Mall , Bandar Puncak Alam pada 30 MAC hingga 1 APRIL (Sabtu dan Ahad) ini.

Nurlizz 2 Slimming akan berkarnival selama 2 hari kat situ tau.
Inilah masanya menikmati diskaun sebanyak 10% pembelian setiap botol Nurlizz 2 Slimming ekslusif dari
Stokis Mizan NurlizzAgent Group

Bukan senang nak dapat tau..banyak tu. Hanya di sana je tau.

Selain dari tu, boleh la usya gerai-gerai yang lain.
Banyak program yang disediakan kat sana.
Yang penting singgah dulu di Nurlizz Slimming.Jangan lupe :))

Teropong jejak lokasi :-----jeling kat bawah :)
Sumber foto :sila klik

Wordless SUNDAY

24 March 2012

Ada ke yang sudi nak sponsor GA?

Assalamualaikum

Teringin nak buat 2nd GA la pulak.
Sempena Teacher's Day yang akan datang tak lama lagi.
Maklumlah jiwa pendidik...heheh

Hadiah yang aku nak bagi...ermmmmm
Mestilah bersangkut-paut ngan teacher jugak la ek
Tudung gojes..
or exclucive handbag..

Nak juga cari sponsor untuk add-on hadiah.Tapi ade ke yang sudi nak taja belog yang tak berapa ade ni. ;P
Tapi if ada yang berminat mohon e-mail kepada saya ye.Boleh la diskus-diskus nanti :)
Email : malanasohah@gmail.com
or pm di facebook : Normala Nasohah <---klik sini

23 March 2012

Cabaran membesarkan anak

Assalamualaikum

Bila malam, tengok anak sendiri tidur nyenyak,terasa pantasnya masa berlalu. Teringat masa Rifqi masih bayi. Huhu..terasa cabaran sangat membela bayi sendiri. Tak lena tidur, sikit-sikit jaga je. Bangun pagi mata rabak.
Dah besar sikit ni, baru lah lena sikit tidur. Dah tak banyak ragam macam masa baby dulu.

Dah besar anak aku.Muka dah nampak mature cikit.

Bila dah besar sikit, lain pula cabaran yang aku rasa. Budak yang dah ada hati dan perasaan. Macam kita jugalah. Suka kepada kartun, makanan (kadang-kadang agak memilih) dan alat permainan. Kalau nak hantar ke taska time aku nak pegi keje tu, bukan main kene pujuk. Dari malam before dia tidur, dah nak kene bagitau.."Rifqi..esok skul tau.Mama keje,abah keje".Haa..macam gitulah ayat yang nak kene bagitau. Kalau setuju kasi angguk kepala.hehe. Jadi esok pagi tu, dia takkan meragam masa nak dihantar ke taska. Budak-budak pun tau boring woo..

Time dah petang, masa ambil dia balik dari taska, cikgu pesti pesan "Rifqi esok datang jangan nangis yer...babai"...heheh.Maka esok nya, memang tak de nangis punyer. Huhu...macam-macam budak-budaknya perangai. Kita sebagai ibu-bapa kena la sabar. Ini baru sikit cabaran.Alam kanak-kanak seterusnya remaja bakal menjelma. Apa pulak cabarannya ye. Semoga Rifqi jadi anak yang baik, soleh dan mendengar kata.
Amin ya Allah.


Jiwang Time

Assalamualaikum

Adapun agak sekian lama beli novel ni. Masih takde time nak baca.
So start arini..jiwang time!..hehe
First, Aku Yang Kau Cinta
Second, Rindu Tanpa Kata

Marilah membaca :)

22 March 2012

Rebut hadiah special dari Mala Nasohah

Assalamualaikum.

  • Peluang ini hanya untuk 20 pembeli terawal produk Nurlizz 2 Slimming di blog Mala Nasohah.
  • Bukan semua dapat tau. SEORANG yang sangat bertuah dari 20 orang yang bertuah.
  • Syarat:
  1. Pembelian dari blog ini dengan mengisi Order Form.
  2. Pembelian bermula dari hari ini (22 Mac sehingga saya dapat list semua 20 orang pembeli terawal)
  3. Hadiah adalah : Sauna Pants jenama Nazcon bernilai RM99.Memang sesuai sangat dengan produk Nurlizz Slimming untuk lengkapkan sesi slimming anda kat rumah. Fungsi untuk shapekan sekitar peha,perut dan punggung sahaja.
  4. Pemenang hadiah saya akan pilih melalui cabutan bertuah secara manual. 
Calon-calonnya :-

LIST 1
  1. Iswandi, PHG
  2. Masriza,PRK
  3. Yusriza,JHR
  4. Amalina.SGR
  5. Nik,KL
  6. Tini, KL
  7. Sarina,SGR
  8. Wati,SGR
  9. Farah,KL
  10.  Zura,SGR
  11. Ina,SGR
  12. Arniza,PLS
  13. Ismawati,PHG
  14. Diana,KL
  15. Nor Akma, PJ
  16. Azza, KL
  17. Lin, Putrajaya
  18. Zaidatul,Putrajaya
  19. Juliana,SGR
  20. Amalina,SGR
PEMENANG LIST 1 IALAH :___ZAIDATUL , PUTRAJAYA_(produk telah diposkan)
    Cepat.Jangan Lepaskan Peluang ini :)

    Nampaknya list dah penuh..jadi sya kene buat cabutan untuk siapa yang menang untuk list 20 yang pertama kali ini. Saya akan tuliskan nama pemenang di entry saya yang akan datang.
    Disebabkan sambutan yang menggalakkan dari pengguna Nurlizz 2 Slimming, sya akan buat list yang kedua ketiga dan seterusnya. Jadi jangan risau untuk pembeli yang akan datang, tetap berpeluang memenangi hadiah Sauna Pants ini.

    LIST 2
    1. Abdullah,SGR
    2. Hedayah,JHR
    3. Johanis,KL
    4. Zuliati,Putrajaya
    5. Nurul Akhtar, PHG
    6. Suziani,SGR
    7.Diana,KL
    8.Nor Akma,PJ
    9.Nurezreen,JHR
    10.Amy,SGR
    11.Kak Sue,SGR
    12. Zaidatul,Putrajaya
    13. Zairani,PRK
    14. Siti Aisah,TGNU
    15Qurratun,SGR
    16Sharifah,JHR
    17.Hidayah,PHG
    18Hayati,SGR
    19Yong Fatimah,JHR
    20. Wan Nabihah,TGNU

    PEMENANG LIST 2 IALAH :_____________________________________(belum buat cabutan)


    LIST 3
    1. Zairani,PRK
    2.Shamsiah,KL
    3.Nurhayatie,SGR

    4.Anda yang seterusnya....
    5.
    6.
    7.
    8.
    9.
    10.
    11.
    12.
    13.
    14.
    15.
    16.
    17.
    18.
    19.
    20.

    Mungkin andalah yang bertuah!
    1. Bagi yang masih tak tahu apakah produk perlansingan Nurlizz 2 Slimming, sila----> KLIK INFO
    2. Bagi yang ingin membuat tempahan dan sebarang pertanyaan ---->KLIK ORDER
    3. Bagi yang inginkan hadiah percuma---->KLIK HADIAH PERCUMA
    4. Bagi yang berminat menjadi pengedar--->KLIK DEALER
    5. Bagi yang nak join Giveaway dari blog ini---->KLIK GIVEAWAY

    Momen terima result SPM

    Assalamualaikum

    Malam tadi serius aku tak dapat lelapkan mata. Rasa macam nak jatuh hukum je. Pagi tadi berapa kali aku terkucil. Sampai mak aku naik heran dan bingung. Dari malam tadi jugak aku dok mengira...Satu...Dua..Tiga...ulang lagi. Satu..Dua..Tiga.Haiskhhh...mana satu ni.Tolong!
    Tepat jam 11 pagi, aku dail...haiskhh..engage la pulak..Redial.Trutt..truttt...truttt
    "Ermm..Hello..saya..nak..tau..result..spm..saya...?"
    "Hah, no ic?"
    "8xxxxxxxxxxx"
    "Sebelas"
    "Hahh...leh..saya..tau...gred...berapa..tu?"
    "Eh, awak ni mimpi ker...gred satu la..iskhh" Tutttt ( kerani letak tepon, banyak kojer arini..huhu)


    Masih fresh lagi, saat aku terima result SPM 15 tahun dulu.
    Nebess beb.
    Masa tu pakai telepon jer sebab sekolah jauh.
    SPM penentu segala. Ke mana dan di mana kita selepas itu.
    Buat anak didikku...Sekalung Tahniah buat anda.
    Biarpun apa keputusan yang digenggam, itulah bukti kejayaan bagi anda.
    Bijaklah memilih jalan dan rebutlah peluang keemasan selepas ini.
    Moga lebih berjaya di masa akan datang.Amin

    21 March 2012

    Nurlizz 2 Slimming diperakui oleh KKM

    Assalamualaikum

    Bagi yang tak pernah mendengar jenama@brand Nurlizz 2 Slimming pasti risau akan status Halal ataupun status no MAL KKM nya. Maklum, zaman sekarang terlalu banyak produk kesihatan , produk langsing, produk supplement yang berada di pasaran. Tapi bagi yang biasa membeli Majalah Mingguan Wanita setiap minggu, pasti terlihat iklan tentang produk yang dikeluarkan oleh syarikat NL Healty Herbs Sdn Bhd ini. Apatah lagi melihat akan duta Bob Kuman.

    Saya ingin berkongsi dan juga menjelaskan di sini bahawa produk Nurlizz 2 Slimming merupakan produk yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). No Mal ini dicetak pada botol produk yang dibeli. Jika dilihat betul-betul pada bahagian botol produk dituliskan serial number MALxxxxxxxxT

    Tulisan pada kotak untuk package 3 botol

    Untuk lebih jelas, saya ambil gambar untuk lebih yakin :)
    Jadi, sila jangan was-was lagi ye
    Terima kasih kepada semua pengguna setia dan pada yang masih belum mencuba, alamilah sendiri :)

    19 March 2012

    Wishlist untuk Rifqi

    Assalamualaikum

    Tak tertanggung rasanya kejemuan menonton aksi ultraman berulang-ulangkali..huhu.Tolong...tak daya dah weii.Bangun tido, nak tido, balik dari taska, nak pegi taska...semuanya situasi yang sama.Ultraman, ultraman lagi dan lagi. Tak boleh jadi ini macam. Bila masa nak menonton cerita feberet kat tv. Orang kain sibuk cerita pasal Mentor 6,aku ternganga je. Jangankan Mentor 6, kisah Ferrari terbakor pun aku tak tahu...iskhhhh.

    Baiklah. Start from today, aku dah buat wishlist untuk si kecik tu. Dua barang yang aku mesti nak belikan untuk  anak aku tu.Pertama : Portable DVD Player. Tujuannya, supaya dia boleh tengok vcd bila-bila masa dengan bimbingan aku (heheh..).Maka dapatlah aku tengok tv dengan tenang :).Pandai kan mak die.

    Kedua :Ipad for kids. Bukan Ipad 3 yang latest tu. Hokk tuh...mak die pun dah meleleh air liur teringin nak Ipad jugokk..;P. Zaman IT sekarang memang serba-serbi canggih. Bagi peluang. Takkan nak menyekat keperluan mahupun kehendak anak yang sememangnya kita tahu, die sedang membesar mengikut arus kemodenan. InsyaAllah selagi mampu dan selagi masuk akal, aku akan sediakan. Mana tau dengan bantuan teknologi, lebih cerdik dan makin pintar Rifqi aku tu.Amin. Budget dah ada. Cuma cari masa yang sesuai je nak pegi beli. Sabar...sikit masa lagi :)

    18 March 2012

    Sikit masa lagi

    Assalamualaikum

    Alhamdulillah tamat sudah cuti seminggu persekolahan kali pertama untuk tahun ini.
    Semoga jiwa terus berkobar-kobar dan terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini.
    Walaupun tak balik kampung sebab encik husband keje, tetap gembira :) (ok jea..hehe)
    En husband dah dapat idaman qolbu.










    My turn and ours..will be..soon :)
    Ermm..sabar.Sikit masa lagi...

    17 March 2012

    Win Coach Wristlets at Blog BabyIbu

    Assalamualaikum

    Lama dah sebenarnya berazam nak joink GA BabyIbu. Tapi tak terbuat. Hari ini akhirnya azam itu tercapai.
    Mana tau kot-kot dikurniakan rezeki memegang Coach. Nak beli sendiri...huhu..nak kene menabung banyak bulan tu.;P

    GA dianjurkan oleh blog BabyIbu. Sebuah blog yang menarik minat aku sejak dulu lagi, di mana info parenthood dan pregnancy ada dipaparkan di sini. Selain itu, tuan rumah BabyIbu ni ada blogshop sendiri iaitu BabyIbu Shoppe yang menjual produk untuk baby/toddler dan juga untuk para ibu.Jom shopping kat sana!

    Sesiapa yang nak join GA ini boleh la klik kat banner di sebelah. Tarikh akhir adalah : 31 Mac 2012

    Syarat-syaratnya :
    • Penyertaan samada di blog atau di facebook (dua-dua pun boleh)
    • Buat entry mengenai GA ini/copypaste pon tak apa.
    • Letak banner di side bar.
    • Link BabyIbu sebagai bloglist anda.
    • Follow dan Like blog dan fanpage penaja
    • Share di facebook (jika penyertaan dari facebook)
    • Lastly, jangan lupa tinggalkan link dan email di comment box :)

    Senarai Penaja adalah :
    Miszhoneynadia



    Hadiah yang mungkin anda boleh menangi adalah :- 
    • Coach Julia Legacy Stripe Multi Color Wristlet RM250x1
    • Coach signature Stripe Khaki/Multi Wristlet RM220x1
    • Bag hoder RM25x3
    • Environsax Bag RM30 untuk Top referal

    16 March 2012

    Hobi

    Assalamualaikum

    Hadoii..penat juga jadi fulltime housewife. Cuti dah nak abis tapi rasa macam tak cuti.
    Tak baik mengeluhkan. Buat keje rumah mesti ikhlas sepenuh hati. Larat buat...tak larat biarkan dulu.
    Senyum selalu :D

    Cerita pasal hobi @ kesukaan : aku suka mengumpul fridge magnet atau nama pendek FM (senang aku nak bercerita kat sini). Bagi yang tak tau FM tu hape...meh sini aku tunjukkan;

     Antara koleksi tak seberapa yang aku ade..ada antaranya dah tinggal seblah je, Rifqi jatuhkan ...huhu

    FM yang dibeli bila melawat tempat-tempat yang menarikss. Ada gak yang diberi orang.

    So, hobi tu aku panjangkan lagi dengan riang-ria menaja GA yang dianjurkan oleh cik ECA
    Good Luck yea :)
    3 FM yang encik husband bawa balik dari Guangzhou

    And...brooch mutiara sabah yang gojesss :)

    Jom meriahkan GA cik ECA
    KLIK BANNER UNTUK JOIN.TQ
     



    15 March 2012

    Rezeki datang bergolek

    Assalamualaikum.
    Alhamdulillah...rezeki datang tanpa disangka-sangka.Tak sangka tagline yang aku reka khas untuk Kedai Kiz sempana GA yang dianjurkannya, berjaya menambat hati tuan kedai.
    'WARNAKAN KEHEBATAN GAYAMU, HANYA DENGAN KIZ'
    Wahh..gitu. nak tengok entry KLIK SINI



    Rezeki aku sekeluarga.Alhamdulillah. Semoga bizz Kedai Kiz bertambah maju dengan rezeki yang melimpah ruah. Dan jeng..jeng..ini hadiahnye :D..Suke ;D


    Jom shopping kat Kedai Kiz

    13 March 2012

    Tips melawan Nafsu

    Assalamualaikum

    Sehari suntuk kurung diri kat rumah.Layan TV, masak, basuh baju,layan Rifqi...lipat baju je aku tak buat (belum ada mood). Syok juga duduk rumah. Kalau hari-hari macam ni boleh ke aku ek?
    Memang respect sangat kat mak aku dan juga para surirumah sepenuhmasa di luar sana.
    Hari-hari kene buat menu untuk santapan keluarga tercinta. Mengasuh anak sepenuh masa dan buat kerja rumah sepenuh masa...iskhhh mampu ke aku. Berkurung seharian tak jenguk luar rumah pon rasa macam panas kepala.huhuhu..

    Dilema seorang wanita@ibu@isteri bekerjaya. Berkehendak kepada banyak perkara. Baru semalam aku shopping sorang-sorang kat Jusco. Tujuan asal nak deliver Nurlizz Slimming kat Ely.But akhirnya hampir 3 jam aku meronda-ronda.Haishh..best juga ye.;D. orang belek kasut, aku pun tumpang belek juga.orang tengok handbag, aku pon jeling-jeling juga. Tengok baju budak-budak, lagi aku geram. Haishhh perempuan-perempuan. Cepat-cepat aku istighfar.

    Susah juga melawan nafsu beli-belah ni. At last singgah kat POPULAR. Niat asal nak beli pen merah je..sekali aku terrr beli 2 buku novel. hrmm..Layan.

    CheQpPJoY Shope Giveaway

    Assalamualaikum
    Giveaway dianjurkan oleh cheqppjoy.com
    Syarat : Follow dan like fan page
    Tag : Mrs Ariena,Blog Ratu Zuleyqha
    Hadiah : Best!

    Duedate : 26 mac 2012

    Jom klik banner di sebelah untuk join :)

    Double Giveaway by Ceritaindahkami.com

    Assalamualaikum
    Giveaway dianjurkan oleh : cikpuanhady
    Syaratnya : korang boleh review blog dengan klik banner di sebelah.

    Hadiah : Best!
    Duedate : 15 Mac 2012
    Jom KLIK banner untuk joink :)
    Double Giveaway by ceritaindahkami.com dianjurkan oleh Notre Belle Histoire, dengan kerjasama oleh SNUUSMa Belle ShoppeLLEAH AYEISA CO.Al ShawlsJust with PB dan Kittyshawls


    Arwendanish 1st Giveaway

    Assalamualaikum


    Giveaway yang dianjurkan oleh blog Arwendanish ni memang cool.
    Duedate : 5/4/2012
    Hadiah : Best! Sila review sini 

    Mari beramai-ramai join. Klik banner untuk join okies..

    Termotivasi setelah muhasabah diri

    Assalamualaikum

    Emosi, kecewa, luahan perasaan, prasangka...itu semua berbaur jadi satu.
    Memang tak baik macam ini kan. Patutnya...aku lantakkan aje lah.
    Lebih baik diam dari berkata-kata.
    Luahan kata kadangkala menyesakkan hati orang lain yang mendengar.
    Mungkin sengaja angguk-angguk tanda sokongan.
    Dalam hati nuraninya...manalah kita tahu?

    Usai balik dari skul tengahari tadi (rajin nya pegi skul awal-awal cuti nih), beban ditanggung rasa kurang. Tak sesak nafas sangat. Rasa lega. Alhamdulillah.
    Tuhan dah beri banyak masa untuk aku berfikir. Muhasabah diri.
    Tak perlu menuding jari pada orang lain. Satu jari aku tuding, sepuluh jari runcing orang lain akan menuding pada aku. Apa maksudnya tu. Korang pahamkanlah sendiri sayang-sayang sume :)

    Secara tiba-tiba aku dah termotivasi. Dengan sendiri tanpa aku sedari pon. Masa bila ek.
    Itulah hikmah muhasabah diri. Sebelum lelapkan mata...flash back kejadian-kejadian yang dah berlaku, sebab dan musabab. Dengan cara itu, diri sendiri boleh menimbang yang mana baik dan yang mana satu buruk. Amalkanlah. Jiwa akan lebih rileks.Alhamdulillah.

    Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan sebaliknya dari diri saya sendiri...

    12 March 2012

    Baru nak berjinak dengan Twitter

    Assalamualaikum

    Jika orang lain dah lama dok tweet-tweet, aku baru la nak belajar..huhu
    Nampak sangat macam banyak je masa terluang musim cuti sekolah ni kan. ;D
    Sesungguhnya rasa ringan sikit kepala bila bercuti di rumah.

    Aku ingatkan balik login password masa sign up twitter 4 bulan lepas.
    Haikkhh..masih berfungsi lagi upenyenya. Thanks god.
    Ada chance nak belajar ni. Biasanya FB je.
    Aku rasa budak sekolah rendah pagi terer pasal ni.
    Kali ni mari kita cuba.heheh.
    1. Mula-mula buka https://twitter.com
    2. Sign up dan isi la maklumat apa yang patut-patut kan.
    3. Pada Account Setting tu..letakla username yang disukai ramai.
    4. Isi profile anda penuh-penuh.Korang boleh connect akaun Twitter dengan Facebook.
    5. Kalau nak letak widget Twitter dalam blog masing-masing (macam aku tu). Meh follow me ;P
    • Klik 'Resource' pada bahagian footer Twitter anda.
    • Klik Widget
    • Klik My Website. Kemudian select Profile Widget.
    • Boleh la tukar appearence box masing-masing (saiz atau warna)
    • Klik Finish dan Grab Code.
    • Copy and paste kod ini pada HTML/Javascript widget pada blog masing-masing
    Senang juga kan. Aku baru belajar.Kalau salah tolong tunjukkan ek. Kalau ada new info atau penambahbaikan boleh drop comment. Sangat dialu-alukan.

    Jadi boleh la follow button twitter i okies..Tekiu semua :) 

    09 March 2012

    Banyak nya Ultraman

    Assalamualaikum

    Hari ni rasa syukur dan lega sangat sebab minggu ujian penilaian dah pun tamat.Alhamdulillah tuhan permudahkan segala urusan. Bermula minggu cuti sekolah la pulak. Yeayy..Tapi apa nak dibuat ye?

    Malam ni teringin nak mencari info dan seterusnya berkenalan dengan Ultraman. Rasa macam nak tergelak jugak, dah umur-umur macam ni baru nak kenal ultraman. Orang lain duk sibuk tengok online butik...tapi aku sibuk nak tengok ultraman..hahah.

    Ni sume gara-gara Rifqi. Karenah budak kecik tu membuatkan aku tertanya-tanya..hebat sungguh si ultraman.
    Apa taknya, bagun ultraman, balik skul ultraman..sampai nak tido pun ultraman lagi..yang paling kelakar masa tidur pun pegang ultraman lagi..huwaaa..

    Ultraman mebius kat tangan

    ...dan yang pasti yang satu ini mesti ada time nak tido..kalau tak...tak lena..huhu

    Baru akau tau rupa nya ada macam-macam jenis  ultraman. Ultraman King, Ultraman Zoffy,Ultraseven,Ultraman Jack,Ultraman Ace, Ultra father, Ultraman Taro, Ultra mother,Ultraman Leo, Ultraman Astra,Ultraman Joe, Ultraman Chuck,Ultrawomen beth, Ultraman Scott, Ultraman 80,Ultraman Yullian, Ultraman Great, Ultraman Power,Ultraman Neos,Ultraseven 21, Ultraman Zearth,Ultraman Legend,Ultraman Boy,Ultraman Noa, Ultraman Dyna,Ultraman Gaia,Ultraman Agul, Ultraman Cosmos,Ultraman Mebius...ya rabbi..banyak betullll..biau betui nih.

    Aku taruk mana yang popular dan paling mudah nak cam je la. Yang penting Rifqi suka sangat Ultraman Mebius.

    Ultraman Ace

    Ultraman Taro

    Ultraman Mebius




    Ada apa dengan mee segera

    Assalamualaikum

    Bangun pagi-pagi terasa perut lapor pulak..haiskhh..
    Terbangun dari tidur after tertidur jam 10 malam tadi.
    Ingat nak tengok movie best kat tv..akhirnya tv tengok aku..huhu
    Bukan senang nak tengok feberet movie kat tv..hari-hari ultraman, celik mata ultraman,balik skul ultraman, nak tutup mata ultraman lagik..itulah Rifqi.
    Berniat nak beli portable dvd untuk die..supaya aku dan en husband tenang nak tengok tv.


    Lama dah tak beli stok megi. Lama juga tak makan megi. Seingat aku dah 2 tahun tak makan megi.
    Pagi ni tetiba teringin..tapi takut.....takut jadi lagi.
    Ada kes yang tak dapat dilupakan dengan megi ni..
    Takde kaitan dengan megi pon. Kaitan dengan diri aku yang tetiba alah dengan mee segera.
    Alahan tu berlaku 2 tahun lepas. Dipendekkan cerita, aku tak ambil lunch...bawak ke petang rasa dah lapar.
    Tapi makan kuih aje. Malam tu en husband masak megi..megi yang sedap.Ada telur, sayur..sume-sumelah.
    Aku balun abis semangkuk. Lat 30 minit...aku muntah..huhu
    Muntah, pening kepala, sakit perut...terus menerus sampai 3 ari..huhu.Kesian kan.
    Sampai gi ke klinik. Doc kata punca : perut masuk angin.


    Tapi aku tak serik.
    Lepas sebulan..aku try makan lagi.
    Kali ni megi goreng..Pon sama jugak. Lagi haru-biru bila aku mun... kat skul.
    Sampai orang lain ingat aku nak tambak rakyat..huhu
    Bukanla..tak tau la kenapa bila dah meningkat umur ni..perut jadi sensitif sangat.
    Pantang makan lambat..terus spoil.
    Mee segera tak salah.
    Sesapa yang makan pun tak salah.
    Ada yang tak kene dengan perut aku.
    Alahan..heheh

    Speed List

    Assalamualaikum

    Segmen yang mudah untuk blogwalking.Good job Mirul ..:D





    Bila klik kat banner atas..automatiknya 6 link terbuka...
    Syarat :
    1. Jadi Follower
    2. Like Fan Pages
    3. Link ke entry tersebut
    4. Drop link anda ke box comment

    ehe..joink jom!

    08 March 2012

    Mega Giveaway by Penmerah.com

    Assalamualaikum

    Tetap tak serik nak join GA kan. Dapat kawan..tolong kawan meriahkan GA..dan lagi besh kalau menang. Doa-doa best luck kali ni ye.
    Klik banner di atas untuk JOIN :)
    Syarat pun simple ya amat :
    1. Buat entry : Mega Giveaway by Penmerah.com
    2. Like Fanpage Penmerah.com
    3. Copy banner dan link ke entry GA Penmerah.com
    4. Tag 3 rakan.

    ainna baijan
    Cik Farah
    misshannajr

    Saya Nak Tudung Bawal

    Assalamualaikum

    Walaupun sekarang trend tudung ade'awning' atau 'visor', tapi nak cuba masuk GA oleh Cikgu Sha.
    Syaratnya amatlah mudah:
    1. Buat entry bertajuk Saya Nak Tudul Bawal
    2. Follow blog
    3. Letak link entry dalam box comment

    Saya bagi sokongan kat Cikgu Sha sempena pembukaan blog baru dier. Good Luck.Jom Klik Banner di atas untuk join. :)

    07 March 2012

    High Heels ala Neelofa ke

    Assalamualaikum

    Serius..lama bebenor tak pakai kasut high heels. Semenjak 3 tahun lepas..huhuhu.Lama amat!
    Masa baru posting dulu biase la kan..baju, kasut, tudung mesti mau match sume. Kasut kalau tak tinggi memang tak sah. Kini kenapa lah aku macam dah hilang minat kat high heels. Why....don't know laaa..

    Sejak pregnant dulu aku dah mula pakai flat shoes. Rifqi dah hampir umur 3 tahun bulan Julai ni pun masih flat lagi.Kasut hantaran aku masa 2008 dulu masih elok cantik molek aku simpan dalam kotak. Pakai dua tiga kali je. Aku try juga cari-cari blog Neelofa yang cun dan popular tu. Tak jumpa la pulak. Teringin jugak cuci-cuci mata tengok kasut cantik-cantik dan trendy.

    Gambar tahun 2008...hehe..silau
    Kalau kasut cantiks mesti la sedondon juga dengan handbag ye dak. Handbag kawin dah lama lusuh sebab pakai hari-hari. Kasut kawin aku masih elok je sampai sekarang.

     Ngah berangan kasut high heels Neelofa dan kepelikan sebab tak jumpa-jumpa blog kasut die...aku selongkar almari kasut. Alhamdulillah condition kasut masih ok walau dah 3 tahun tersimpan.

    Tahun 2012..good condition.
    Silau nye ada lagi kan;P

    Diari menu sihat untuk kurus...jom masak!

    Assalamualaikum
    Jadi orang perempuan meti rajin masuk dapur. Masuk dapur bukan untuk bukak peti sejuk pastu tutup terus je tau..tapi wajib memasak. Walau setinggi manapun kerjaya, perempuan mesti tahu masak. Itu adalah satu pembelajaran asas kemahiran hidup. Zaman sekarang memang senang makan di luar tapi lebih elok dan amat digalakkan masak sendiri. Lebih jimat, terjamin kebersihannya dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

    Teknik masakan? terpulang pada individu masing-masinglah. Menu yang paling baik untuk kurus tentulah menu makanan seimbang mengikut piramid makanan. Cara masak yang sesuai untuk yang nak langsingkan badan adalah mengukus, merebus dan memanggang.

    Kalau sekali-sekala, bolehkan masak dengan cara menumis dan menggoreng..Tepuk dada tanya selera. Sendiri pilih yea ;D

    Promo NL Nurlizz 2 Slimming Lagi

    Assalamualaikum

    Ingat lagi tak tentang testimoni Abang Nuar tentang pengalaman beliau menggunakan produk perlangsingan Nurlizz 2 Slimming?
    Jika nak baca lagi tentang pengalaman beliau boleh la klik TESTIMONI TERKINI

    Gambar perubahan beliau telah pun ada dalam flier terbaru Nurlizz Slimming.

    Untuk tempahan boleh klik pada menu Borang Tempahan

    Pamplet

    Setiap pembelian akan disertakan dengan resit rasmi, flier dan pamplet cara pengambilan nurlizz slimming yang berkesan.Ia juga mengandungi panduan dan penerangan tindakbalas herba dan saranan.
    Jadi mudah lah bagi pengguna mengikuti langkah-langkah yang disarankan agar mendapat tubuh badan dan berat yang ideal.
    Dengan produk Nurlizz 2 Slimming, anda tidak perli risau untuk mengawal pengambilan pemakanan kerana ianya akan bertindak secara semulajadi. Bagi yang mahu menjaga tahap kesihatan pula (bagi yang dah kurus), boleh la mengambil 1 biji kapsul selang sehari atau bila-bila masa dirasakan perlu.

    Yang penting...TAK perlu berlapar, TAK perlu diet dan TAK perlu bersenam keterlaluan.
    Jalanilah rutin kehidupan anda seperti biasa walaupun anda sedang mengambil nurlizz slimming.
    AMBIL makanan seimbang dan AMBIL minuman air putih sekurang-kurangnya 3 liter atau lebih sehari.

    Zaman Menengah

    Mengimbau semula zaman sekolah menengah
    Tahun 90an

    Masa ni..muka tak berapa nak mesra alam...
    Form 5
    Kusam jek...6 orang je jelitawan dalam satu kelas..huhu

    Sebab musabab muka kusam dan kegelapan kerana aktif
     bermain bola keranjang dan uniform pengakap.
    tu sebab aku lampai jer..asik melompat jer masa tu..heh

    Tu die..bukti keaktifanku. cerius tul muka i...takut u..
    Masa tahun 90an ni..trend pakai tudung masa PJ adalah jenis ikat cam ni..bila dah masuk Form 3..baru wajibun PJ pakai tudung penuh.

    Bukti kegigihan dan minat ..:)


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy