Bila malam, tengok anak sendiri tidur nyenyak,terasa pantasnya masa berlalu. Teringat masa Rifqi masih bayi. Huhu..terasa cabaran sangat membela bayi sendiri. Tak lena tidur, sikit-sikit jaga je. Bangun pagi mata rabak.
Dah besar sikit ni, baru lah lena sikit tidur. Dah tak banyak ragam macam masa baby dulu.
Dah besar anak aku.Muka dah nampak mature cikit.
Bila dah besar sikit, lain pula cabaran yang aku rasa. Budak yang dah ada hati dan perasaan. Macam kita jugalah. Suka kepada kartun, makanan (kadang-kadang agak memilih) dan alat permainan. Kalau nak hantar ke taska time aku nak pegi keje tu, bukan main kene pujuk. Dari malam before dia tidur, dah nak kene bagitau.."Rifqi..esok skul tau.Mama keje,abah keje".Haa..macam gitulah ayat yang nak kene bagitau. Kalau setuju kasi angguk kepala.hehe. Jadi esok pagi tu, dia takkan meragam masa nak dihantar ke taska. Budak-budak pun tau boring woo..
Time dah petang, masa ambil dia balik dari taska, cikgu pesti pesan "Rifqi esok datang jangan nangis yer...babai"...heheh.Maka esok nya, memang tak de nangis punyer. Huhu...macam-macam budak-budaknya perangai. Kita sebagai ibu-bapa kena la sabar. Ini baru sikit cabaran.Alam kanak-kanak seterusnya remaja bakal menjelma. Apa pulak cabarannya ye. Semoga Rifqi jadi anak yang baik, soleh dan mendengar kata.
Amin ya Allah.
1 comments
bila rasa tercabar, banyak2 istighfar.. biar syaitan lari jauh sikit..
Post a Comment
Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...