19 March 2012

Wishlist untuk Rifqi

Assalamualaikum

Tak tertanggung rasanya kejemuan menonton aksi ultraman berulang-ulangkali..huhu.Tolong...tak daya dah weii.Bangun tido, nak tido, balik dari taska, nak pegi taska...semuanya situasi yang sama.Ultraman, ultraman lagi dan lagi. Tak boleh jadi ini macam. Bila masa nak menonton cerita feberet kat tv. Orang kain sibuk cerita pasal Mentor 6,aku ternganga je. Jangankan Mentor 6, kisah Ferrari terbakor pun aku tak tahu...iskhhhh.

Baiklah. Start from today, aku dah buat wishlist untuk si kecik tu. Dua barang yang aku mesti nak belikan untuk  anak aku tu.Pertama : Portable DVD Player. Tujuannya, supaya dia boleh tengok vcd bila-bila masa dengan bimbingan aku (heheh..).Maka dapatlah aku tengok tv dengan tenang :).Pandai kan mak die.

Kedua :Ipad for kids. Bukan Ipad 3 yang latest tu. Hokk tuh...mak die pun dah meleleh air liur teringin nak Ipad jugokk..;P. Zaman IT sekarang memang serba-serbi canggih. Bagi peluang. Takkan nak menyekat keperluan mahupun kehendak anak yang sememangnya kita tahu, die sedang membesar mengikut arus kemodenan. InsyaAllah selagi mampu dan selagi masuk akal, aku akan sediakan. Mana tau dengan bantuan teknologi, lebih cerdik dan makin pintar Rifqi aku tu.Amin. Budget dah ada. Cuma cari masa yang sesuai je nak pegi beli. Sabar...sikit masa lagi :)

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy