05 March 2012

Berasap....Menimbun...

Assalamualaikum

Sudah beberapa hari semenjak pengumuman Keputusan Pemenang Mala Nasohah 1st GA, aku tak update belog. Sibuk semedang. Tapi aku risau juga pelawat merudum sebab aku pon tak balas lagi lawatan diorang dua tiga hari ini.Ampun maaf dipinta ye. Mulai hari ini, aku akan cuba sedaya upaya ziarah balik rakan-rakan baru. Terima kasih juga pada pelawat baru yang sudi baca entri dan berminat nak order produk aku..apalagi..Nurlizz Slimming yang tengah hot tu la..heheh. Risau juga kot-kot ada yang rindu dengan penulisan aku yang tak seberapa itu..huhu.Perasan! ;P

Pagi tadi attend bengkel kat satu skul.. Biasa lah, bila dah attend tu mesti ada kerja tambahan yang perlu dilaksanakan. Menarik...memang menarik. Dunia pendidikan sentiasa perlu pembaharuan. barulah up to date seiring dengan kemodenan zaman dan kecanggihan teknologi. So, as a teacher..we must always update!

Aku dah terbayang kertas-kertas yang menimbun, laptop dan pen merah. Aku akan perahkan keringat aku sehingga umur mencecah 60 tahun. Semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik untuk aku. Tiada apa yang lebih beerti dalam hidup aku melainkan dikurniakan keluarga dan kesihatan yang baik-baik belaka. Amin...

Seketika berpinar-pinar juga mata tengok layar putih yang cuma beberapa depa je dari aku. Kali ni, aku jadi budak baik..duduk depan.Heheh..moral of the story, kalu duduk depan, lebih nampak jelas paparan pembelajaran. Tapi tak semestinya kalau duduk belakang tak fokus. Kalau otak tu dah gifted cerdik-pandai..pejam mata dalam bilik darjah pun masih pandai lagi. Sebab ada telinga boleh dengar.Kan kan...;D


Bila dah nak closing class tu, mata aku membulat balik. Frust juga sebab hari ni, tertinggal thumb drive. Boleh pulak aku terlupa bawa di saat-saat perlu aku sedut semula isi kandungan dari presenter tadi. Aduyaii..Nasib baik member sebelah baik hati nak layan aku untuk emailkan semua bahan-bahan tu kat aku. Alhamdulillah. Lega nya. Kalau tak berasap memory aku nak ingat semua tu.


Minggu ni adalah minggu yang ceria sebab minggu UP1 dan lagi seminggu jer lagi cuti pertengahan penggal 1 persekolahan akan bermula. Yee..haaa...

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy