Assalamualaikum
Luahan cetusan rasa hati kadang-kadang dapat meleraikan kebukuan hati. Dua pantang bagi aku, pertama : orang yang menipu dan kedua : orang tak makan nasihat. Dua kategori tu macam sama tapi tak ada talian darah langsung. Mungkin aku seorang pendengar setia, tapi aku juga seorang yang sangat ingin membantu. Membantu mana yang aku terdaya. Cuma manusia yang meluah itu rasa tak faham agaknya. Dah nak kering air liur aku nasihat itu dan ini...akhirnya jawapannya..."Entahlah" dan "Nanti dulu lah". Sampai bila masalah nak selesai kan.
Aku jugak bukan seorang yang berani sangat. Berani kadang-kadang atas desakan situasi yang membenarkan aku tunjuk berani. Jangan takut untuk buat perubahan walau kadangkala menyakitkan. Percaya lah...sakitnya sekejap cuma.Asam garam kehidupan. Manusia menakhoda kehidupan yang bagaimana ingin dilalui. Bukan melawan takdir, tapi berusaha supaya takdir yang bakal dihadapi itu...dapat diterima dengan rela hati.
Aisehh..aku dah cakap ala buku novel lah pulak...huhu. Nasihat aku : Anggap semua nasihat yang baik sebagai makanan. Gerenti kenyang walaupun kuantitinya tak banyak. Kalau dah tak makan nasihat, aku cuma mampu memerhati.Just wait and see!
Bank Islam Perkenalkan Aplikasi Dan Web Perbankan Baharu
-
Bank Islam telah memperkenalkan aplikasi dan web perbankan serba baharu,
BIMB. Para pengguna Bank Islam sudah boleh memuat turut aplikasi BIMB di
iPhone,...
15 hours ago
2 comments
nSalam. Kadang masa dilanda masalah kita buntu. Walaupun orang dah beri jalan, kita sangat takut nak mengambil tindakan. Cuma jangan dibiar lama, sebab lama lama makan diri sendiri.
@.........cP~
betul..sgt setuju spy tak dibiarkan lama..if not mmg mkn diri.berat mata memandang berat lg bahu memikul. mata i yang dah jadik berat nih..hihi:)
Post a Comment
Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...