05 March 2012

Petua Makan Madu

Assalamualaikum

Dah lama sangat..sangat..sangat tak tulis perihal petua. Rifqi dah 3 ari batuk. Semalam ahad dah gi ambil ubat ngan Dr Faizal..still macam tu juga. Nampaknya, kene cara tradisi juga lah. Cuba bagi madu ..mana tau kot-kot serasi ngan dia.

Bagi secamca kecil madu je. Lepas tu minum air suam. Nasib baik dik Rifqi suka teguk air putih. Jadi tak ada masalah adegan kejar mengejar kali ni.
Rupanya kalau bagi minum madu campur ngan air suam untuk kanak-kanak, nanti tidurnya lebih lena lagi.Baru aku tau.Dan madu juga digelar 'Miracle Antibiotik". Subhanallah...Agungnya ciptaan Tuhan.

Bila aku check kat google tadi, khasiat madu untuk wanita pula untuk menambah kejelitaan rupa paras dan tubuh badan yang menarik..Ehehe..dah tersengih-sengih plak aku ni. Cepat - cepat telan satu sudu tadi. Tapi awas...mesti guna sudu plastik je tau.

Untuk lelaki pulak, madu dipercayai boleh membantu seseorang kelihatan tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih mudo.Huiyyoo...bagus untuk en husband ni. Tambah encem lagi . wink wink..:))
Dan rupa-rupanya....madu jangan disimpan dalam peti sejuk. Yang ni memang sumpah aku tak tau. Aku selama ni, simpan botol madu tu dalam peti..Elak makan madu bersama tembikai,elak terkena pancaran matahari,jauhkan dari litar elektrikdan kurangkan pendedahan madu terhadap bahan yang berunsur logam.

Madu dari dalam dapur saya ;D

2 comments

Salam.

Sangat tak tau semua tu. Madu dah lama habis, tak beli2 dah.

March 06, 2012

@.........cP~
Ni pun dah lama beli..tak abish-abish lagi..
Khasiat madu banyak sangat.
Rajin-rajinlah makan madu lepas ni yea :)

March 07, 2012

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy