04 February 2012

Lebih baik diam dari banyak berkata-kata

Assalamualaikum..
Lepas maghrib tadi aku dah mulakan misi melipat kain yang agenda ni dah tertangguh seminggu...huhu.Bayangkanlah dah seminggu..aku baru mula lipat dah rase macam lenguh-lenguh jer (ceh..alasan nak landing la tu..;P).

Baru lipat dua tiga helai kain..Rifqi dah tarik-tarik aku suoh main ultraman skali dengan dia.Ni yang tak sanggup ni. Aku dah mula terpikir nak buatkan adik baru untuk die. :D. Mesti dia tak heran kalu aku tak join main skali atau makin leka sebab dah ade kawan kan.

Sebab nak suruh rifqi diam dan tak ganggu abah die tengok citer lawak kat TV (Dah dekat 2 minggu tak dapat tengok citer feberet sebab turutkan kata anak nak tengok kartun!), aku ajak..'Rifqi Jom tido!'..Hahah..Lena kejap aku tadi...Alhamdulillah terjaga dengan sendiri jam 12.15 tadi sebab belum solat Isyak.

Perasan tak? aku sejak dua menjak ni rajin pulak nak tulis-tulis entry panjang-panjang macam ni. Walaupun kadang-kadang karangan aku nak ke laut gayanya. Menulis ni umpama macam bercakap. Dah bercakap mesti la nak bercerita kan. Kalau dah bercerita tu haruslah panjang, kadang-kadang ada melencong sikit.
Dulu..aku ni pendiam juga (yeke?) .Kalu orang yang baru kenal aku mungkin diorang akan kata "Pendiam juga u ni yer?, "Eh..baik la awak ni".....Lagi? "Nampak muda laaa"..dah mula kembang hidung aku ..hehe....Lagi? Lagi? "Haiskhh..ntah pape la budak ni"..bila ada dialog macam ni, aku akan sengeh aje la..:D

Bagi aku kalu perlu kita diam, maka lebih baik diam. Jika perlu berkata-kata, bercakap atau memberi komen, barulah aku akan bercakap. Masa sekolah dulu,cikgu sejarah aku selalu suruh aku berdiri dan bercerita panjang lebar tentang fakta dalam buku teks. Masalahnya aku kurang minat.Jadi aku cakap sikit-sikit aje. Maaf cikgu, saya bukan sengaja tapi kurang minat.Tapi tetap score A kan cikgu..hihih

Minat kepada bidang kira-kira@matematik lebih mendalam. Bidang ni tak perlu buka mulut pon..:D. Diam-diam aje dah dapat jawapan soalan kan. Tapi sekarang, aku dah terlibat dengan kerjaya yang perlu bercakap hari-hari...:) Suke :)

Bila berborak dalam kumpulan rakan-rakan. aku rasa perlu juga control percakapan. Dah syok berborak tu, kadang-kadang alpa dengan suku kata perkataan yang keluar dari mulut. Takut menyinggung hati dan perasaan orang. Bukan apa, risau juga dikatakan lebih-lebih, macam pandai, ntah apa-apa dan sebagainya. Wajar juga untuk aku terkadang-kala bagi ulasan atau terkadang kala diam ajer. Kan lebih baik..wajar ..memang wajar..

Dalam family pon aku ambil pendekatan macam itu juga. Kalau en husband aku berkata-kata, aku lebih banyak angguk-angguk. Isteri solehah!..Kalau mak abah aku berkata-kata, pun aku akan angguk-angguk juga. Anak soleh!. Kalau kakak-kakak aku berkata-kata, aku akan nyampuk sikit, tambah sikit-sikit, angguk sikit-sikit. Adik yang baik! Kalu adik aku yang berkata-kata, of course la aku akan bercakap juga..kalu angguk-angguk je..nak jadi apa adik aku nanti kan. Terkadang-kala volome dan pitching suara pun aku highlight kan sekali untuk adik bongsu aku yang sorang tu..barulah..Kakak yang baik!..heheheheh
Kalu Rifqi berkata-kata? Aku peluk cium die..hahaha..sebab kata-katanya hanya aku dan die jer paham.kadang-kadang..tak paham langsung. :D.

Okeylah..cukuplah kata-kata aku untuk kali ni, panjang-panjang sangat nanti sapa la nak baca..
Kalau ada yang baca syukur Alhamdulillah..tinggalkan komen sekali yer. Tak der la bercakap sorang-sorang nanti..Tekiuuuuuuuuuuuu

3 comments

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy