13 June 2012

Mashed Potato Ala KFC : my first try

Assalamualaikum

Resepi ringkas malam ini. Dah buntu tak tau nak makan ape.Kebetulan member skul bagi serbuk kentang knorr. Just bancuh dengan air panas atau susu segar dan letak garam sikit untuk rasa lemak sikit. So for d first time try memasak kuah untuk mashed potato ni. Dengan harapan dapat la macam whipped potato ala-ala KFC tu...heheh

KENTANG PUTAR
-serbuk kentang brand Knorr
-air panas/susu segar
-garam sedikit
* senang giler nak buat. Tak payah nak kupas-kupas kentang, rebus dan lecek. Tapi jika rajin dan nak yang original boleh la buat sendiri yea :)

KUAH Mashed Potato
-bawang besar (potong dadu)
-batang seleri ( biasa buat masak sup...potong kecik-kecik)
-kiub ayam Knorr
-Air dalam 500ml
- Sos tiram
-Sos cili
-Kicap pekat
-garam
-tepung gandum
-serbuk lada hitam
-mentega

*Cairkan sedikit mentega dalam periuk, then masukkan bawang besar, seleri, kiub ayam knorr dan air.
* Didihkan sehingga seleri tu nampak macam da layu sikit.
* Tapiskan  bahan didih tadi, ambil air rebusannya aje tau.Yang lain letak tepi.
* Masukkan tepung gandum (berapa banyak nak letak ikut suka, kalau nak pekat bubuh la lebih sikit).
* Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap pekat (kicap tu bberapa titik jer untuk nampak warna gelap sikit..banyak sangat nanti rasa kicap pulak..heh)
* Kacau rata dengan api perlahan.Pastikan tepung tu tak bergentel. Nanti tak cun plak kuah korang tu...
*Masukkan serbuk lada hitam untuk rasa cam pedas-pedas cikit.
*Rasa dulu baru letak garam. If tak perlu dan dah masin takperlu letak lagi.
* Tutup api
* Lastly, leh la hidang...scoppkan mashed potato tu tadi dalam bekas, then tuangkan kuah...Nahhh...yummy..
Mari makan :)

2 comments

Wahhhhh sedaaaaaaaappnyaaaaaaaa XD

June 13, 2012

dah meleleh tengok mashed potato tu
nak try jgk lah

June 14, 2012

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy