21 July 2012

Kerepek oh kerepek

Assalamualaikum...

Hari ini hari pertama kita semua berpuasa. Best kan..tak sedar setahun dah berlalu, Ramadan Al-Mubarak yang ditunggu-tunggu telah pon tiba.Alhamdulillah.Semoga amal ibadat yang dilakukan pada bulan mulia ini mendapat ganjaran.

Sebenarnya aku risau juga tajuk entry arini akan mengganggu gugat nafsu makan orang. But seriusly, aku sekadar ingin berkongsi tentang projek kami sekeluarga untuk bulan puasa kali ini...hehehe.Jual kerepek! Actually kerepek ni kepunyaan sepupu mak aku (kira pangkat makcik la dengan kitorang..) di sabak bernam. IKS pelbagai jenis kerepek ni dah diusahakannya lebih kurang dah 20 tahun.Kalau korang pegi ke area Kg Sg Tengar @Sabak Bernam..tanya la orang area sana.."Kamariah Karsimin Kerepek House"..itula perusahaan kerepek beliau.Selama ni aku tiap-tiap taun dok makan kerepek die je...tak terpikir plak nak tolong diorang jualkan..Sepupu-sepupu yang duduk area KL dah lama dah wat bisnes ni..huhu.So taun ni, aku n husband nak try luck niaga kerepek untuk tempahan raya taun ni..Saje isi masa lapang selain tolong menjana ekonomi IKS..

Macam-macam jenis kerepek yang dibuat...antara yang menyengat adalah...
 Yang ini namanya kerepek ubi masin. Kerepek ni tak susah nak buat. Sebab semua dah pakai mesin.Cuma tenaga pekerja digunakan untuk kupas ubi. Apa yang membuatkan harga kerepek ubi ni mahal adalah sebab bekalan mentah ubi tu sendiri yang payah nak dapat...tats why la adak mahal sikit berbanding kerepek yang berasaskan tepung.

 Yang ini kerepek jejari bilis. Rasa memang sedap. rasanya budak-budak suka la kat jejari bilis ni...

 Yang ini pulak..Tiram gula..yang ini kategori kuih ke kerepek? Ntah aku pon kompius..heheh. Ramai yang kata ini kategori kuih orang lama-lama. Sebabnya budak zaman sekarang tak berapa gemar..diorang lebih suka kuih berasaskan cheese or coklat..Kalau tanya aku sendiri..aku memang sukakan cheese!

 Antara kerepek yang paling hot adalah kerepek bawang. Kerepek ni adalah kerepek yang berasaskan tepung. nampak macam senang buat. tapi bila aku tengok kilang makcik aku tu..pergghh..mmg menggunakan kederat tangan untuk angkat tepung-tepung tu.Nak gulung lagi yang lapis-lapis belang tu..bukan senang tau..masa gaul tepung dan ramuan-ramuan bawang je pakai mesin..tapi harga masih murah lagi..

 Yang ini pulak namanya buah rotan...memang sedap dan aku suka..inipun kategori kuih orang lama-lama. Payah dan renyah nak buat buah rotan ni. Tenaga manual digunakan untuk gentel sebiji-sebiji buah tiram tu..tu sebab harga agak mahal sikit berbanding ngan lain-lain agaknyer..

 Yang ini tiram pedas..Adik-beradik ngan tiram gula tu tadi.Bezanya cuma yang ini disira pedas.Rasa? perghh..Mantop wa cakap lu!



Yang ini kerepek ubi pedas kering...memang sangat-sangat hot kerepek yang ini.Banyak tempahan sampai tak cukup stok..huhu. Rahsia resepi sira pedas. Yang speselnya nye sira pedas ni kering dan tak melekat satu sama lain.Memang terbaik..

Tahun ni, makcik aku tak buat kerepek pisang disebabkan tiada bekalan pisang kat area sana. Katanya diserang penyakit hingga bekalan tersangat terhad..Harga pisang pun jadi naik..Taknak risiko jual mahal...so taun ni no kerepek pisang. InsyaAllah taun depan ada kot..Doa-doakan..aku pon dah lama tak makan kerepek pisang die..huhu.Takde rezeki...

Sekian sahajalah ceritera kerepek aku ni..heheh. Ada yang nak tempah ke? hihi..jauhla nak antar..Nakpos pon tak berbaloi..lgi mahal kos pos dari harga kerepek..hehe.If yang tggal di area Rawang..bleh la roger untuk dapatkan stok raya ye...Harga memang murah sebab bukan tru orang tengah pon, makcik aku punye sendiri dan kitorang memang balik kampung sabak bernam untuk ambil stok.

Ok korang...Maaf yer..jangan terliur tau..Teruskan ibadah puasa hingga tiba waktu berbuka nanti..:)

1 comments

wah....kerepek2....ni memang best....

July 22, 2012

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy