18 January 2012

Mari Belajar...Apa itu Metabolisme?

Sedang saya tercari-cari entry yang sesuai nak tulis malam ni...tetiba dapat satu panggilan dari rakan baik yang sedang dalam proses menurunkan berat badan dengan bantuan produk nurlizz 2 slimming..Katanye kenapa bebrapa hari selepas mengambil produk..selera makan nya makin bertambah?..Aduh..camno nak kurus kalu asik makan jerk?..Ahah...di sini suka skali saya menerangkan hal berkaitan metabolisme...maka saya pon menggoogle lah kan....Alhamdulillah saya memang tertarik dengan blog rakan ini Zaki Khan

Penerangan tentang hal berkaitan metabolisme memang amat jelas..saya memang faham..anda akan faham selepas membacanya..disini sya bongkarkan melalui cara penulisan saya (tak kopipes tau!..tapi buat rumusan) berdasarkan pemahaman saya setelah membaca entry beliau. Tapi jika masih kurang jelas saya sarankan anda klik pada link Zaki Khan kat atas tu ek!

Dalam proses penurunan berat badan, ia akan succes jika kita berusaha meningkatkan kadar metabolisme badan kita. Terlebih dahulu , kita aruslah faham apa maksud metabolisme?
Kadar metabolisme adalah kadar dimana badan kita membakar kalori. Kebanyakan mereka yang gemuk memiliki kadar metabolisme yang rendah. Walaupun sekumpulan orang buat aktiviti dan makan makanan yang sama, tak semestinya kadar pembakaran sama. . 

Antara faktor yang mempengaruhi metabolisme adalah umur.  Kadar metabolisme akan menurun 5% setiap 10 tahun selepas kita mencecah umur 40 tahun. Jantina juga mempengaruhi..dimana lelaki kebanyakannya membakar kalori lebih cepat berbanding perempuan disebabkan memiliki tisu otot yang lebih. Seterusnya faktor keturunan, di mana kita mungkin mewarisi genetik rendah metabolisme dan terakhir sekali mungkin faktor masalah tiroid.

Untuk meningkatkan metabolisme badan (menurunkan berat badan), anda boleh mengubah diet iaitu mengamalkan cara 'makan sikit tapi kerap'. Memanjangkan masa antara menu akan menyebabkan badan tukar ke mood kelaparan dan akan menurunkan kadar metabolisme disebabkan badan nak menjaga kita supaya tak kelaparan. Mengelakkan atau tak makan tidak membantu dalam penurunan lemak.

Cara tambahan yang lain, anda bolehlah minum air sejuk (kerana bila minum air sejuk, badan akan membakar kalori untuk memanaskan kembali badan.), beraktiviti senam aerobik dan juga mencuba latihan bebanan (yang  ni korang cuba g gym.angkat dumb bell beribu kali..heheh) dimana otot akan membakar lebih kalori berbanding lemak. Lebih tinggi kandungan otot, lebih tinggi kadar metabolisme.
Nah...dah fahamkah anda...suka lah tu dah faham...kalu camtu meh la like..like kat butang like bawah tu yer..Mekacihh :)

1 comments

luar biasa artikelnya,, sangat bagus dan sangat bermanfaat terimakasih banyak.

November 18, 2013

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy