Assalamualaikum...
Lamanya tak menulis hal lain selain hal biznes ajer. Aduhai..lama dah rasenye aku perap gambar Makaroni bakar hasil buatan aku..Dah la pestaim...mesti la macam bangga sesangat tuh.Encek somi pulak puji melambung kata sedap..ehehehe..Lagi la tambah perasan diri ku ini.
Okeh..meh nengok Makaroni bakar versi mak Rifqi
Ini lah rupa bentuk setelah suku bahagian dah dibedal aku dan en husband..Senang je nak buat makaroni bakar cheese nih.
Bahan-bahannya:-
1. Makaroni direbus hingga empuk
2. Daging cincang
3. Bawang merah, bawang putih
4. Setengah labu bawang besar
5. Sos spageti prego (boleh beli dalam tin atau botol)
6. Daun bawang
7. Lada hitam (kalau nak pedas sikit)
8. Keju mozarella/cheddar
9. Susu cair/ fresh milk
10. Garam dan gula secukupnya
11. Telur
Cara-cara membuatnya:-
- Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar hingga naik bau.
- Masukkan daging cincang..masak hingga daging keluar air dan lembut.
-Masukkan sos prego
-Masukkan makaroni yang telah siap direbus empuk tadi.
-Masukkan lada hitam ikut suka.
-Masukkan garam,gula secukup rasa.
-Tutup api dan gaul dengan daun bawang
Untuk sos putih :-
-Didihkan susu cair
-Masukkan telur
-Masukkan keju
-Tutup api
~Tuangkan sos putih ke dalam makaroni yang telah siap tadi..
~Masukkan ke dalam bekas yang sesuai..selang-selikan makaroni dengan parutan keju.
~Bakar di dalam oven dengan suhu 160 C selama 40 minit.
Makaroni bila belum masuk dalam oven...Kalau suke cheese banyak..tabur la lebih sikit...kalau taknak letak pun tak ape:)
Mangkuk besar...menandakan pemakannya memang kelaparan..menu untuk hari tu adalah makaroni bakar bercheese untuk pagi, petang...membawak sampei ke malam..ya ampunnnn
Wajib cube ye...sedap!
Aliff Aziz Didakwa ‘Koyak’ Selepas Netizen Pakat ‘Spam’ Nama Syed Saddiq Di
TikTok Live – “Dia Buat-Buat Busy…”
-
Sesi siaran langsung penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz telah
mendapat perhatian ramai di media sosial. Baru-baru ini, tular satu video
di TikTok m...
1 hour ago
1 comments
Cam senang je. Nnt nk cubalah. Bila x tau lg. X pe cuti sek pjg lg. Ank2 ada d rmh taim cuti ni mmg asyik lapo je...
Post a Comment
Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...