Syukur Alhamdulillah..Allah masih panjangkan umur aku untuk terus bernafas di dalam dunia yang fana ini. Sesungguhnya aku sangat-sangat bersyukur. Terima Kasih Ya Allah!
Petang tadi aku diberitakan, sahabat baik abah di kampung telahpun kembali ke rahmatullah. Innalillahi Wainna ilaihi rajiun..
Tapi tak berkesempatan untuk pulang ke kampung, lantaran tugas aku sebagai pendidik dan juga masa bekerja aku yang lewat petang baru pulang. Tersentap juga aku..kalau Allah katakan 'Kun Fayakun" Maka akan terjadilah apa yang kite tak sangka-sangkakan berlaku. Masih segar dalam ingatan semasa saat aku kehilangan kakak kandungku yang tersayang. Tahun 1998 aku kehilangan orang yang paling rapat dengan aku, antara adik-beradik yang lain. Tuhan lebih sayangkannya, jadi kami sekeluarga redha dengan pemergiannya yang mengejutkan.Itulah yang dikatakan qada' dan qadar dari Allah.
Sebagai manusia seharusnya..bukan harus..tapi wajib bersyukur dengan nikmat pemberiannya. Aku bahagia dengan apa yang aku kecapi, ada keluarga, en suami, Rifqi yang comel (tengah sedap tido tu..alollo..tomey2 mama)..dan kerjaya yang aku ada sekarang. Biarpon satu masa dulu, aku amat-amat-amat berharap agar title 'Pn Engineer' ada dalam genggaman, tapi qada' dan qadar adalah ketentuan-Nya jua.
Status terkini inilah membuatkan aku lebih berfikir dengan rasional, mengenal dunia, mengenal orang, menyelami hati dan perasaan manusia seterusnya cuba berkongsi. Aku tetap akur dengan ketentuan-Nya.
Biarlah pengorbanan kerjaya ini, aku genggam kemas...Tak mau orang lain kecewa sepertimana kekecewaan yang aku lalui dulu. Biarkan ia jadi memori terindah dan pengalaman berharga buatku....
Buat yang membaca nukilan rasa ku ini , cepat-cepat lah padamkan api kecemburuan melihat akan kejayaan dan kebahagian orang lain, yang mungkin anda rasakan ianya amat beruntung. Tapi percayalah..itu adalah sekadar pandangan luaran sahaja..Biarlah..biarkan..kita tetap dengan diri kita..Yakin dengan diri kita sendiri..Pandanglah diri kita setanding dengan barisan manusia yang paling berjaya dalam pandangan sudut hati kita sendiri. Jika kita rasakan kita masih tidak beruntung, sedarlah..terlalu ramai di luar sana yang tidak beruntung seperti kita. Jadi Syukurlah..Bahagiakan diri kita sendiri dengan apa yang kita miliki. Kita yang mencorakknya, bukan orang lain..Sekian...Wallaualam..
**Coretan dari aku...best kan! Aku yang tulis dan aku yang karang...!
“Mahu Penuhi Keperluan Di Gelanggang Ilmu Agama” – Tak Terlintas Ambil
Tugas Ulama, Rizalman Hanya Mahu Sahut Cabaran
-
Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman perjelaskan jawatannya sebagai
Profesor Adjung di Fakulti Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM)
kerana ha...
4 hours ago
Post a Comment
Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...