17 February 2012

Flashback : Sprinter Dewan Makan

Assalamualaikum
Sejak dah terjebak dengan nurlizz slimming, dah jarang nak cerita-cerita pasal bab-bab makan ni. Asik-asik kurus, cantik, cun..Cantik, cun, kurus..Cun, kurus, cantik...phewww..letih!

Kalau terlalu confident yang diri kita ini dah sempurna sangat, anda silap sebenarnya. Ada satu hari tu, aku ada bersembang singkat dengan seorang lelaki (nama aku sembunyikan dulu..hehe) pertengahan umur. Katanya, ada berlaku kepada seorang lelaki yang bertuah mempunyai isteri yang begitu cantik, cun, menjaga penampilan setiap masa dan bersolek setiap masa walau di mana pun berada!Hingga kan dia dijadikan idola kawan-kawan mahupun sedara-mara. Akhirnya,suaminya mengahwini seorang perempuan lain yang biasa-biasa je, tak bape cun, pendek dan agak gempal..huiskkhhh. Bior bebenor yoppp? Masa tu, rasa macam nak tersembur keluar jugak nasik yang tengah sedap aku kunyah. (aku tengah sedap makan pulak tu..huhu)

Kenapa agaknyer?Aku pun kurang faham sebenarnya. Mungkin perempuan yang cantik ni dah terlalu over confident dengan dirinya sendiri. Hinggakan tak pedulikan orang lain, takut jatuh standard, hilang wibawa, hilang 'shape' dan sebagainya. Nauzubillah. Aku berdoa agar aku tak tergolong dalam golongan itu. Ini sebagai pengajaran untuk aku dan kawan-kawan lain yang bergelar perempuan. :)

Berbalik kepada cerita bab makan. Masa zaman sekolah menengah aku dulu, aku tinggal di asrama. Faham ajelah bila jadi budak asrama ni, pantang nampak makanan lalu...mesti menitik je air liur tu. Makan apa saja yang dihidangkan, asalkan perut berisi. Saat ditunggu-tunggu adalah bunyi loceng tamat waktu persekolahan. Ada sorang member baik aku tu (aku sembunyikan lagi identiti nama die..hehe), bunyi jer loceng, tanpa berlengah lagi....galas beg, tak toleh kiri kanan...zasss...deras jer berjalan ke dewan makan asrama. Tak delah buat larian pecut..cuma ala-ala macam lumba jalan kaki gitu :P...bayangkanlah, deras jugak tu. Aku yang selalu masuk acara pecut 100m akhir peringkat sekolah, tahap pencapaian tempat ke-7 pon boleh kalah tau..heheheh ;D

Hinggakan kitorang menggelarkannya 'sprinter dewan makan'..huhu..tak baik betul la. Bukan ape, kitorang as a classmate pun dapat untung jugak. Dapat beratur belakang die...walaupun masa tu barisan dah panjang sebab aku and the geng jalan lenggang-lengguk control lapar..kira macam potong barisan jugak la ;P...tak baik betul. Masa tu, makan la apa saje, gerenti kurus setiap masa..hahah. Tak taula sebab apa tetiba malam ni, aku teringat nak flashback zaman alam persekolahan aku yang awesome gitu! Banyak kenangan, memori, kisah lucu...yang semuanya melibatkan bab makan..;P

Rasa macam nak masuk sekolah balik, nak jadik budak sekolah semula.Biar betul? Sekarang ni pun aku memang kerja hari-hari kat sekolah pon! 

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy