Masih dalam mood balik kampung..;P. Mentang-mentang dalam 2 minggu, 2 trip balik kampung..bikin orang lain jeles je.hehhe.
Hari ni nak cerita tentang new born baby kitorang yang selamat dihairkan pada 01.02.2012. Cantik kan tarikh tu. Hanya gabungan nombor 0,1 dan 2 sahaja. Cool!
Nilah dier baby yang dimaksudkan, seekor anak lembu yang comel telahpun selamat dilahirkan. Sebenarnya en husband ade membela lembu 5 ekor tahun lepas. Itupun perkongsian adik-beradik 3 orang. Walaupun hanya rakan kongsi nominal tapi kalau ada masa terluang, rajin juga menjenguk lembu-lembu yang ditambat kat ladang kelapa sawit abah. Gembira sebab tahun ni dah dapat tambah anak lembu yang baru lahir ni. Jadi semuanya 6 ekor. Sebenarnya, bukan senang nak membela haiwan ternakan macam ni. Tengok memang macam senang tapi bukan senang..huhu (dah mula buat ayat pusing-pusing..hih). Nak bela lembu mesti kene tambat atau kata lain, buatkan kandang. Yelah kan, manusia pun perlu tempat tinggal selesa, inikan pula haiwan kan. Diorang pun makhluk hidup juga. Ada hati dan perasaan. Jangan sekali-kali biarkan lembu tu, pecah masuk ladang orang lain, meragut rumput di tempat orang, merosakkan tanaman orang, nanti akan menimbulkan rasa ketidak redhaan pemilik kawasan ladang tu..Bila lembu tu nak dijual untuk tujuan kenduri, akikah, korban dan sebagainya..nak jatuh hukum macamana tu ? ha..jawab sendiri..koi tak mau ulas ..deme buleh mikio sendirilah yea...:)
Sayang betul lembu dengan anaknyer...comel :)
Nak pastikan keselamatan lembu-lembu terjaga dan juga supaya nak diorang tak boring, ada anjing dan kucing kat situ.Yang peliknya, diorang xder gaduh pun. So sweeet..:)
Setiap hari Abang Umar akan datang dengan pajero yang penuh dengan muatan rumput buat habuan makanan lembu-lembu ni. Diorang ni dah jinak dengan tuannya. dengar enjin pajero datang je, terus meluru macam tau-tau je dalam tu ada makanan.
Bila Abang Umar pekik jea ''Balik..balik.." terus meluru kat Abang Umar..."Mintak Makan.." katanyer..hehehe
'Sedap..sedap..huhu...Lapor..."
Tu dia..semua tengah bizi makan..tolong jangan kacau yea. Satu tips penting yang korang patut tahu : Mase lembu-lembu tengah makan, jangan la cuba-cuba kacau atau try duduk kat belakang lembu-lembu ni. Tak pasal-pasal dapat satu tendangan percuma nanti. Tak caya, cuba lah buat kawad statik kat tepi tu.
Nilah Abang Umar (abang kandung en husband), layan lembu yang dah jinak ni, dengan penuh kasih-sayang. touching tau..hehe. Walaupun berpangkat GPK kat sekolah, tapi tak kekok dengan kerja-kerja kampung. Hari-hari menggarit rumput untuk lembu ternakannya. Mungkin dah minat dan untuk memenuhi masa lapang. At least boleh release tension.
Baby born dengan ibunya nak menyusu. Masa ni, tali pusat belum kering lagi tau. Abang umar spray dengan ubat biru supaya lekas kering..
Antara semua lembu yang ada ni, yang kaler putih tu yang paling garang, sikit-sikit nak menanduk jea kerjanyer. baru tumbuh tanduk la katakan. Macam kite jugaklah..bila tanduk dah panjang sikit mula eksen..hihi. Satu lagi tips : Bila mula-mula berkenalan dengan lembu ni, jangan sesekali terus pegang kepala atau usap kepala dia. Lembu tak suka woo..Macam manusia juga. Takkan first time jumpa terus pegang kepala ye dak..hehe.
Masa ni, abah Rifqi sikit lagi nak dapat tendangan percuma, nasib baik dapat elak.
Alhamdulillah..semoga anak lembu ni kekal sihat dan membesar dengan baik. Amin
2 comments
Ingatkan rifqi dapat adik baru tadi! Suspen je memula tengok title! haha
@Lynnda
Tu r..lynnda..bikin gempakks jea..upenya baby lain..hihi :D
Post a Comment
Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...