17 February 2012

Kena berdikari sikit tapi jangan terlalu sangat

Assalamualaikum

Aku teringat zaman sekolah menengah dulu (ade kaitan sikit dengan citer semalam). Pegi mana-mana mesti naik bas. Tak tau la aku kalau bas tak ada...alamatnye, memang tak balik kampung lah aku. Teringat lagi.....first time naik bas sendiri masa aku kene 'chicken pork' kat asrama. Dengan beraninya aku naik bas sorang-sorang sampai kampung. Berani betul aku...masa tu umur baru 14tahun. Sampai rumah, kene bebel dengan parent. Rasakan!

Semuda itu, aku dah mula cuba sikit-sikit nak berdikari sendiri. Bayang kan 5 tahun naik bas (sekolah menengah) + 4 tahun (ipt) + 2 tahun (dah keje tapi tak ambik lesen kete lagi). Rasanya, asap bas tu pun aku dah tau sangat macammana baunya walau sebatu lagi bas tu nak sampai. Betapa.....huhuhuhu

Walau dah ada lesen pun, aku masih lagi tak harapkan orang lain masa tu. Cewah, konon berlagak la..padahal takut-takut lagi. Boleh aku drive sorang-sorang dari Pahang ke JB semata-mata untuk menuntut ilmu beberapa tahun yang dulu. Kalau diingatkan semula, seriau bulu roma..

Bila dah ada family sendiri @ dah kawin, memang en husband suka bawak aku sana sini. Aku dengan hepi nya duduk goyang kaki kat seblah..heheh. Memang la syok kalu ada orang take care lebih ye dakk..:P
Tapi bagi aku la..tak tau la kalu korang berpendapat sebaliknya, survive sorang-sorang untuk laksanakan suatu pekerjaan tu memanglah bagus. Itu menunjukkan kewibawaan kita. But sometimes, tak takut ke orang akan kata terlalu berdikari? Semua benda kita nak lakukan sorang-sorang tanpa nak harapkan bantuan orang lain. Ego? Bukan jugak...bukan ego yang membuatkan seseorang itu berdikari. Mungkin faktor keadaan dan masa, membuatkan sesorang tu terus survive sorang-sorang.

Tapi, bila kita dah bekeluarga, amat perlu kerjasama antara kedua husband and wife. Kalau wife terlalu berdikari sangat, takut diguna-gunakan pulak. Takut wife sahaja memerah keringat, yang satu lagi buat derk jea. Takut juga jadik macam Quen Control.Haisskhhh.. korang..jangan jadi gitu neh. Tak baik!Kalau en husband kita pulak yang terlalu berdikari...itu sudah bagus :P.. Maknanya, tugas sang isteri bertambah ringanlah..hehehe. Zaman sekarang terlalu ramai umat yang bernama isteri bekerjaya...jadi bantuan dari pihak yang lain terutama en husband sangat-sangatlah perlu. Jadi mana satu nak pilih ni? berdikari ke...or jangan terlalu berdikari? Waduh..mesti pening korang baca penulisan aku kali ni..Macam nak ke laut gayanya..
Kalau nak teruskan baca...silakan..kalu tak nak..komen ajelah..hihihi :D

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy