05 February 2012

Jalinan Ukhuwwah Hi Tea bersama Bob Kuman anjuran NL Healty Herbs & Nurlizz Marketing

Assalamualaikum
Tidak terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Salam Maulidur Rasul Tahun 2012/1433H yang jatuh pada 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiulawal 1433H. Iaitu pada hari ini. Tema yang dipilih pada tahun ini adalah 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'. Dalam kelekaan kita dengan hal duniawi,wajib untuk kita mengenang kembali peristiwa -peristiwa yang berlaku di bulan keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dan juga mengamalkan amalan-amalan sunat pada bulan Rabiul awal ini.

Hari ini aku dan sebahagian Gengs Nurlizz menghadiri majlis Hitea bersama Bob Kuman di Hotel Grand Blue Wave , Shah Alam. Mula-mula berniat nak bawa Rifqi sekali memandangkan ramai juga kawan-kawan yang bawa anak. Pikir-pikir balik payah juga nak kendalikan budak dalam majlis orang. Dibuat nyer main kejar-kejar nanti , tak ke haru - biru nanti. Last-last lepas bincang ngan cikgu Liza (pengasuh taska), die setuju amik OT sampai kul 6 petang ..Ok la tu kan.

Rifqi pon mood baik arini, jadi kitorang agak senang hati juga lah..bukan niat saje nak gi enjoy berdua-duaan, tapi sebab tak mau la ganggu majlis orang dengan kekecohan anak sendiri. Umurnya baru 2 tahun 6bulan..Marah pun memang tak makan saman. Belum sesuai lagi..kalau gi kenduri, shopping, jalan-jalan, gi tengok lampu...main kat playground sampai malam boleh la kan.

Tema Hi tea .'Santai'..so pakaian baju hitam 120days 30kg (yang aku dengan murah hati nak bagi GIVEAWAY untuk pemenang 1st contest by aku :D) dan jeans. Tudung kaler merah...sempat lagi singgah Pearl Haya kat Seksyen 7 untuk rembat selai tudung merahhh yang aku berkenan. Off 30% untuk member card holder. Memang berbaloi-baloi pembelian aku kali ni.

Gabung-gabung gambar la pulak..heheh
 Dengan sebahagian rakan yang duduk semeja tadi

 Hamboi..peace no waryer..ehehe

Bersama Duta Produk Nurlizz 2 Slimming Bob Kuman

Lagi bersama Bob Kuman

Masa baru sampai tadi. Tak tau la kenapa gambar jadik blur camni. tengok tu tadi aku dah kuar cahaya keimanan..huhu. Sapa yang dapat padam silau dahi aku tu.memeng terer lah

 Kak Jun& husband, Mala Nasohah& husband


 Ni lah artis yang ade tadi. Mase ni Saiful Apek belum lagi muncul. Yang ade Mamat, Joey, Acong Sweetchild, Bob Kuman dan Zain

 Suka tengok orang pakai baju sedondon masa ni

Kesimpulannya, memang berpuas hati dengan Hi tea yang macam ini. santai..rileks..aturcara pon tak rasmi. tu yang aku suka tu. Makan pon sodap..bayar pon murah aje RM25/seorang..T-Shirt dapat pulak tu..sapa nak bagi wei. Sambutan stokis, agen dan pelanggan yang hadir pun memang memberangsangkan. Walaupun aku dan husband terpaksa balik awal se awal jam 5 petang, tapi tak ralat sebab objektif kitorang untuk nak kenal-kenal tengok orang sambil bersantai-santai sekejap dah tercapai. Dalam otak ni asik teringat Rifqi aje. risau sebab hari Sabtu taska sampai pukul 3 aje. nasib baik cikgu Liza sanggup nak jaga sampai petang. Nak dijadikan cerita, after kitorang hantar stok pada customer di seksyen 7 dan Alam Mega tadi, on the way back, jalan sesak teruk..bertambah-tambah risau. sampai depan pintu pagar taska tepat pukul 7. Cian kat cikgu Liza..rasa bersalah pun ade. janji 5.30 tapi dah ter'drag' sampai kul 7. Tak sengaja...huhuhu



Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy