12 February 2012

Corat-coret Majlis Tunang Kakak

Assalamualaikum
Rasa macam dah lama tak menaip. Tak online dan tak ber'facebook'. Dua minggu berturut-turut balik kampung untuk sama-sama meraikan majlis kawin kawan dan juga sama-sama menggunakan kederat untuk menjayakan majlis tunang kakak kesayangan aku.

Lokasi : rumah mak dan abah di kampung. Memang meriah, tak cukup tangan dan senang citer abis kederat..heheh. Tika dan saat ini pon, aku masih lagi terasa penat dan dah demam sekejap pun (sekejap ajer sebab makan ubat cepat-cepat sebelum melarat).

Kakak aku, kak yati@rose mesti la gumbira tak terkata kerana telahpun selamat menjadi tunangan orang..huhuhu..Akhirnyer..tahniah. Hujung bulan Mei ni skali lagi memerah keringat untuk majlis kawin pulak..jangan tak hengat..;P

Hamboi..interprem pulak mama Rifqi nih ;P 

Masa tengah bincang-bincang tu, sempat lagi cik Ani, dan Kak Zu pose barang sekeping dua

Muka kakak aku yang sedang dapdipdup...huhu

Barang hantaran dari pihak lelaki. Tema biru..Aku suka biru macam ni, soft sangat.cool!

Barang hantaran dari pihak perempuan, ilham kreativiti = dari banyak tangan. Yang pasti part aku : tukang tabur coklat, tukang tempah kek, tukang beli buah, tukang sibuk buat sirih junjung.

Abah Rifqi rajin mesin kelapa, tak perasan ibu jari dah kena mesin sekali..heheh.Adoii..
Rifqi tertidur masa pihak lelaki datang, elok juga tak adelah bising-bising masa orang sibuk berbincang.
Posing bertiga tu, masa dah nak abis acara. Muka berminyak, pinggang dah nak bengkok dukung Rifqi yang dah nak bosan tu..

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy