09 February 2012

Sapa kata ikan tu tak sedap

Assalamualaikum.
Sapa suka makan ikan angkat tangan? Satu..dua tiga..malas nak kira. Sapa suka makan? satu dua tiga..sepuluh!..wah bagus korang ni. Sapa suka makan free? satu..dua..tiga..sepuluh..duapuluh..lima puluh..seratus..huh tak terkira banyak nyee, aku pun ade terselit kat tengah tu..ihik

Dah kebetulan minggu lepas balik kampung, aku dan en husband (kitorang) tak lepaskan peluang beli ikan patin , talapia dan baung kat tepi sungai Pahang (somewhere in Temerloh). Tak dinafikan, segar-bugar betul ikan-ikan kat situ, elok tergedik-gedik je berenang sana sini tunggu kitorang pilih mana satu yang paling gedik (heheh..takdelah..semua ikan sama aje fesyen renangannya, tak semua gedikss).

Difahamkan ikan kat situ semuanya diternak secara dalam sangkar. Sangkarnya dalam sungai itu jugak lah. Airnya mengalir, ikan-ikan yang diternak semua diberi makan palet, jadi tak hairanlah rasa ikan tu memang mantop setelah dimasak sesedap rasa. Kalau masakan tak berapa sedap, aku tak jaminlah ikan tu akan sedap (korang paham tak maksud aku ni?).

En husband memang dah menanam hasrat nak buat aktiviti menyeronokkan di hujung minggu ..di rumah..dan tak keluar modal. Dengan penuh semangat waja, aku pun perap la ikan talapia yang kitorang dah beli tu. sementara tunggu abah Rifqi tertiup-tiup nak marakkan bara api, sempat lagi Rifqi posing muka bosan kat  'Duccati' motorbike abah..hehe. Lokasi : belakang rumah.

 Very serious face la rifqi..

Biasa tu, muka tak puas hati seseorang yang tak gemarkan ikan memang itu macam la. Kitorang wat muka happy ever after sambil kibas-kibas kipas sate kat ikan. Biau cepat masak cepat boleh makan kan kan. En husband aku angguk-angguk tanda setuju. Kepala dah pening kut sebab tiup bara api tanpa henti seminit tadi..Cian. Sebelum tu, aku dah get ready dengan cicah air asam untuk diandingkan bersama dengan ikan bakar tadi. Air asam cecah ikan bakar versi aku adalah...
Bahan-bahan :-
*Cili api
*Cili besar
*Bawang merah
*Bawang putih
*Sedikit belacan
*Garam , Gula
Air asam jawa
*Blend semua bahan-bahan ni setelah semuanya digoreng dengan sedikit minyak.
Dah siap, masukkan bawang besar yang dihiris halus, tomato dan cili besar
Siap untuk dicicah!

Haiyaa..ade sikit hangit, 3 ekor sekali bakar, biar betul....

Rifqi dah mula tak puas hati, aktiviti ni tak best katanya..huhuhu
Cuba pujuk-pujuk..die dah mula sengih-sengih. Good boy. Jangan tiru aksi rifqi pegang hammer (dah berjaya dirampas oleh en husband setelah sesi amik gambar berakhir)
The conclusion is, tak rugi makan ikan...sedap, berprotien tinggi, sihat lagi berkhasiat.Silakan cuba ;P

1 comments

sedapnya. terus perut bunyik.,=B

February 10, 2012

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy