22 February 2012

Tips supaya daya ingatan kuat .

Assalamualaikum

Saat aku tengah menaip ni..rase macam nak cakar-cakar je dinding.huhu..Geram.
Cuba control dengan beristighfar. Mohon supaya Allah S.W.T sejukkan cepat-cepat hati aku yang tengah membara ni.

Kalau orang lain, mungkin just small matter. Bagi aku this is not a joke!
2012-1997 = 15 tahun bukannya satu tempoh yang lama sangat. Boleh tak ingat..sabor jelah.
Embah aku yang umur dekat 90 tahun tu pun masih kuat daya ingatannya. Alhamdulillah.

Aku kadang-kadang nak juga tanya tips kat embah, rahsia apa rahsianya?
Memang tabik spring dengan embah (panggilan kepada nenek aku).
Muka setiap sorang cucu dan cicitnya yang saban tahun bertambah memang dia ingat sangat.
Nama pun ingat. Sayang embah!

Rasanya aku sendiri tak termampu nak ingat semua nama penuh students yang pernah aku ajar dalam 5 tahun kebelakangan ini. Tapi serius aku tetap cam muka diorang!Walaupun umur diorang saban tahun meningkat naik.

Aku penah dengar seorang motivator menyenaraikan antara tips untuk nak kuatkan daya ingatan adalah dengan berpuasa dan membaca Al-Quran. Selain itu juga pastikan juga jaga solat 5 waktu.

Dari segi pemakan pulak, minyak ikan dapat dapat membantu menguatkan daya ingatan seseorang. Rifqi ..aku memang bagi scott emulsion. Zaman aku kecik dulu, aku tak dapat merasa kerana keadaan ekonomi waktu itu. tapi aku tetap bersyukur. Alhamdulillah.

Bab-bab makan, memang aku suka nak kongsikan cerita. Antara lain makanan yang mampu menguatkan daya ingatan adalah seperti  buah anggur hitam , madu lebah,  halia,  buah badam, susu ,air zam zam, kismis,jus karot, madu, epal, kurma, ikan tuna, tempe, air soya dan daging ayam. Mudah aje. Memang makanan macam ni selalu kita sediakan untuk kelurga kita hari-hari kan.


Makanan yang kalau boleh perlu dielakkan ialah seperti kepala ikan, organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan. Makan makanan yang tercemar oleh semut. Makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang ikutlah Sunnah Rasulullah). Minum air semasa sedang makan(minum air selepas selesai makan ikut Sunnah Rasulullah) dan makan makanan yang shubhah (meragukan) status halalnya.

Semoga apa yang dapat aku kongsikan ini,dapat korang praktikkan. Sama macam aku jugak. Sedaya upaya aku akan cuba ingat nama orang,cam muka orang dan kenal-kenal orang dengan harapan orang lain pun sama macam aku juga. Dokan aku..heheh.
Peace!

 Owh..nak kongsikan juga wajah embah yang aku sayang.

Gambar kakak-kakak aku dengan embah.
Semoga embah dikurniakan kesihatan yang baik selalu.
:)

5 comments

Alamak!!
Pasni x leh mkn kepala ikan le jwbnya.. ;)

February 22, 2012

@Salina@IbuAqil
Aah kak..elakkan tapi kalu kari kepala ikan..huhu.sya tak tahan godaan.heheh

February 22, 2012

kalau bab2 ingt nama org, mmg fail..bab hafal2 pelajarn pun susah betul nk ingt..smpai kena lukis2 tuk simbolkan key word..baru leh ingat sikit...nak kena amalkn kismis ni...

lg 1, cara nk kuatkn ingtn wat soklan math byk2..:)

February 22, 2012

@Ayumi Comot

Kaedah peta minda la ni ek..hehe. betul tu. amalkan mkn kismis.

tekiu or your advices. Akan cuba sedaya upaya.cayokk!

February 23, 2012

late luh.kmi mkn ekn n syur jak slalu,byk duit bru ambek yg speshel punya...uk3,byk tage sya dha bca tentang daya ingatan.knp sme ye?

January 10, 2013

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy