Dunia akhir zaman..ibubapa melahirkan tuannya. Bila ibubapa tak dapat mendidik anak sebaiknya akhirnya orang lain jadi mangsa.Memang kesian...cukup kesian.
Aku memang cukup heran dengan orang yang mendengar kata sebelah pihak sahaja.Lagi-lagi yang mempercayangi kata-kata anaknya 100 percent.Memang..semua orang sayang anak tapi tolong jangan bagi muka sangat.Buruk padahnya.
Pendapat aku walaupun ibubapa setiap hari sibuk keluar bekerja mencari rezeki,anak-anak perlu dipantau.Tak dinafikan ada yang keluar rumah lepas subuh, balik dah tengah malam. Kalau diikutkan hanya tuhan yang tahu letihnya badan. Tapi ingatkah anda pada tanggungjawab dan amanah yang Allah SWT telah beri itu? Pantau-pantau lah sama ye.
Anak-anak hanya 6-8jam berada di sekolah. Dalam pada itu, pendidik dapat memantau hanya dalam waktu itu sahaja. Waktu selebihnya wajib ibubapa juga yang pantau.Kadang ada yang berseragam sekolah tapi kaki melencong di tempat lain. Tiba waktu balik..die pun same-same balik rumah. Memang pelik dengar kan. Tapi itu hakikat yang ada nya kes sebegitu. Kalau dah macam ni apo nak dikato.
Sesungguhnya kami pendidik sedaya upaya membentuk mereka jadi seorang manusia sempurna yang bakal berbakti di kemudian hari. Besarlah harapan kami ini. Hanya Allah yang tahu. Aku pun juga risau dengan zaman yang anak aku bakal lalui akan datang.Aku pun ada amanah yang tuhan dah bagi. RIFQI..moga dia bakal menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti di kemudian hari...Amin
Me and my family..forever love!
My Rifqi...
Post a Comment
Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...