25 September 2012

Sabor jer la..

Assalamualaikum

Baru selesai lipat kain setengah almari.Malam ni ada sikit rajin la aku ni. Sebab dah abis lipat terus dengan pantas susun baju-baju tu dalam almari.Berpeluh jugak.Tu la...sape suruh aku kepam sebakul setengah baju kering.Hambikkkk..siksaan buat orang malas di hujung minggu (maknanya my weekend di abiskan dengan bermalas-malasan dan amat berlainan betul ngan aktiviti housewife yang lain ;P)

So sementara tunggu en husband aku blik koje..meh sini sibukkan diri dengan merapu sepatah dua kata.Bulan depan cukup setaun aku menjalankan bisnes kecik-kecik dalam talian(online).Secara tak sengaja...mak aiii dah cukup setaun la.Kalau aku kira consignment note tu mau tebal kamus dwibahasa budak sekolah rendah.Alhamdulillah la kan. Rezeki Allah yang bagi...aku terima dan gunakan sebaiknya. Harap walau dilimpahi harta dunia yang banyak sekalipungg..aku tak mau takabbur,riak dan sombong..malah mau lebih tawadduk..bersyukur dan menolong orang mana yang mampu.Doa-doakan.TQ

Kalau diceritakan ragam customer aku takla banyak mana. Banyak yang bagus dari yang tak bagus. Sebab ini biz kecik-kecik jer..bukan supermarket. Jadi..cabarannya tak banyak.Bagi aku segalanya perlu dipermudahkan.Tak perlu panjang cerita dan make it simple. Ada satu jer la sikap aku yang masih ditahap penambahbaikan..cepat naik angin.Yang peliknye nak cool tu kejap aje..macam kene jirus ngan air batu.Haiskhh..sabor je la.Aku nakubah sikap yang satu ni..buruk benor upenye seorang wanita nan jelita tetiba bertukar jadi harimau betina tak bertaring..kihkih.

Aku sedaya upaya cuba menyelakkan customer yang fussy@cerewet.Kalau banyak tanya soalan itu ini yang tak masuk akal jawapannya..u better do not buy this prod..Sebab bagi aku segalanya atas izin Allah SWT. Produk -produk adalah untuk membantu orang yang nak dapatkan bentuk badan yang diinginkan. Dan satu lagi..empunya diri pun kene berusaha juga.Bukan menyerah kepada takdir semata-mata. Ada juga yang dah kompom giler nak beli tetiba sepi tanpa berita..uhuhu.Aku tak kecik ati walau sekelumit punggg..It's your money..and you all have many choices. Takkan aku nak tarik-tarik gak korang paksa beli ngan aku pulakkan. Tak baik. Just ignore it!

Ade juga yang bukan pembeli yang serius@not a serious buyer. Punyer la tanya itu-ini begitu begini...lalala..blablablah..ermm..aku layan jer selagi my phone ade creadit.Tapi ada yang bijak chat guna Whatssapp .Aku memang puji sikap ini.Memahami. At last..i dont trust your prod..is it original or not? Isskkhhla..takkan la aku blur bebenor nak bagi u all guna barang yang takde class.I'm not that kind of people okey. Bagi aku seller di luar sana memang berlana. Jadi beli la dengan mana-mana seller yang korang rasa selesa..senang berurusan..dan yang bleh buat korang happy-happy.Dan plis don terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang suka-suki cerita bukan-bukan. Think positive and check my sale history.Korang boleh baca kat bahagian About Me.Aduyaii..sabor jer la..

Apepun aku memang minat dengan mende yang aku buat. Bila minat aku akan buat la sepenuh hati.Biar yang digenggam jadi emas..ceewah. Tak dapat emas dapat gangsa pon jadikk..;)
Orait..PEACE NO WAR :)





Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy