Assalamualaikum
Terbaca dalam satu majalah, satu penulisan yang membuatkan jiwa guru aku terusik (sumber : lupa la nak tengok muka depan majalah apa). Renung-renungkan :
Bila kita bergelar cikgu,
Pastikan kita berjiwa guru, berhati bersih dan suci,tidak ada benci-membenci,hati dan minda sentiasa terbuka,tiada dendam tiada prasangka.
Bila kita bergelar cikgu,
Pastikan perkataan ini tidak diguna,
'Masa kerja telah habis'
'Itu bukan kerja saya'
Ini bukan anak murid saya'
Saya tidak dapat apa-apa'
'Buat apa susah-susah'
'Cukuplah apa yang telah kita buat'
Buat apa kerja rajin-rajin'
Ingatlah!
Sekali bergelar cikgu
perkataan kita jadi ingatan,kelakuan jadi ikutan, amalan jadi panduan
Oleh itu,
Jadilah cikgu berjiwa guru
Hati bersih sentiasa pemaaf, rela bekerja bila-bila masa kerana sedar itu adalah tanggungjawab kita,
Semoga Allah memberkati semua cikgu yang bergelar guru.
Happy Teacher's Day
GURU INOVATIF MELONJAK TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Penduduk Berkerusi Roda Terpaksa Mengesot Turun Naik Tangga, Lif Flat Di
Kepong Asyik Rosak & Tak Berfungsi
-
Lif adalah satu komponen yang sangat penting dalam semua rumah high rise
kerana dapat membantu dan memudahkan penduduk terutamanya mereka sudah
berusia a...
6 hours ago
1 comments
selamat hari guru kepada semua guru di malaysia :)
Post a Comment
Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...