01 May 2012

Nurlizz 2 Slimming : Perhargaan Stokis Mizan

Assalamualaikum

Alhamdulillah.
Satu perkataan yang cukup menggambarkan betapa aku bersyukur dengan nikmat kurniaan rezeki dari Allah S.W.T. Sesungguhnya segala rezeki yang datang itu dari Nya jua.

Sangatlah happy arini bila dapat satu kotak besaq warna merahhh you..Tak pernah lagi dapat hadiah kotak elegen camtu.Tersengeh jugak la aku tadi.Takkan nak melompat pulakkan.Tak ayu la nanti.;P...Hidung aku tetap kontrol takut terlebih diameter. This is owesome n unbelievable..huhu(dah speaking omputihss la pulak).Kenapa aku pulak yang dapat? Ni jawapannya...Nurlizz 2 Slimming.




























Nampak tak tu dear..ape..tak nampak ye..tulisan kecik sangat ye..aku zoom lagi la ye..hehe































Iskhh..segan la nak cakap kuat-kuat .ngeh3x.Apapun berjuta ucapan terima kasih kepada Stokis Mizan (En Yusmizan dan Pn Roslina) kerana dah buat saya happy tadi. Dah la esok cuti.Makin berganda la ke'happy'an aku.Walaupun bagi orang lain mungkin carta happy nya tak setinggi carta aku bila dapat hadiah,tapi aku memang suka la.Vantage dek non...Korang ada? Aku pun hade..huhu ;P
Bukan aku sorang jer yang dapat tau.Kak Jun member satu skul aku pon dapat jugak.Best kan. Jom la join :)

 Kak Jun dapat Set Tupperware

Ni set Vantage aku..pandangan dari sisi -__-. Makin berkobar somangat den!


Set teko dan 6 biji cawan :) 























Eheheh..Ini anak-beranak memang suka cari peluang.Sempat posing lagi tu. Tengkiuuu lagi sekali kepada Stokis Mizan :).Ape pun inilah yang dinamakan rezeki.Kadang-kadang tak terjangka.Kuasa tuhan tak terjangkau dek fikiran manusia. Di sini ingin saya kongsikan beberapa doa yang boleh diamalkan untuk murah rezeki.Amin

1. Doa Nabi Isa Mohon Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

   

Surah al-Maidah - 5:114
Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”.
2. Doa Supaya Dicukupkan Keperluan

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah at-Taubah - 9:129
Maksudnya: ”Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”
3. Doa Semoga Beroleh Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah Hud - 11:6
Maksudnya: “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
4. Doa Semoga Rezeki Mencukupi

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah al-Fathir - 35:2
Maksudnya: “Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
5. Doa Nabi Musa Menghadapi Kelaparan

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah al-Qasas - 28:24
Maksudnya: ”Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.
6. Doa Murah Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah asy-Syuara - 42:19
Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

6 comments

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy