14 December 2011

Adab Kepada Kedua Ibubapa

Assalamualaikum
Rasa happy sesangat arini sebab mak dan ayah datang melawat kami sekeluarga di rumah. Terharu sebab susah-susah siap bawak rambutan 2 guni...rifqi asik berulang-alik masuk dapur amik rambutan...suke betul die harini. For d first time rifqi tak heran langsung ngan kartun boboiboy dan cd upin-ipin...hehehe
Malam ni terpanggil untuk menulis sedikit peringatan untuk diri sendiri dan juga rakan n pelawat blog ini. Semua anak di  dunia ini wajib menghormati kedua parent kiter.tanpa diorang sapalah kiter kan.
Pengertian adab kepada ibubapa ialah bersopan santun dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku terhadap ibubapa. dan hukumnya WAJIB...diulang sekali lagi WAJIB.

Tata cara adab pergaulan dengan ibu bapa
  • Mengasihi dan mendoakan kebahagian dan kesejateraan dan buat kedua-duanya ketika mereka hidup dan memohon kempunan dan rahamat Allah apabila mereka sudah tiada lagi di dunia
  • Mengormati dihadapan dan dibelakang mereka
  • Memberi salam ketika kembali ke rumah atau keluar daripada rumah
  • Bersopan santun apabila berkomunikasi dengan mereka
  • Mentaati perintah kedua-duanya selagi tidak menyalahi perintah dan hukum Allah
  • Berterima kasih setiap kali pemberiannya dan curahan kasih sayangnya
  • Menjaga perasaan kedua-duanya terutama apabila mereka semakin tua
  • Menolong dan membantu mereka dirumah
Dan hikmahnya kita berbuat demikian pastinya....
  • mendapat keredhaan dan rahmat Allah taala
  • dihormati dan dikasihi oleh manusia
  • memperoleh kebahagian hidup didunia dan akhirat
  • dikurniakan pahala yang banyak disisi Allah
  • jiwa tenang dan tenteram

    Bayangkan pada orang yang di luar sana hidup yatim-piatu , sebatangkara dan tersisih..pada siapa tempat mereka mengadu selain dari Allah SWT. Syukur tidak terhingga kerana mak dan ayah saya @ embah lanang dan embah wedok kepada rifqi masih sihat dan dapatlah kami sekeluarga menikmati kasih sayang dari keduanya...Semoga Allah panjangkan umur mak dan ayah...Aminn

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy