13 December 2011

Rifqi Nak Makan Ni Ker?

Assalamualaikum...
Buntu dah. Tak tau apa menu untuk rifqi makan arini...Selera makan boleh tahan tapi memilih...Anak kecil memang sume macam tu ker? Disebabkan rifqi menangis-nangis tak mau makan nasi..jadi setiap hari terpaksa tukar-tukar menu cekodok kentang+ikan bilis+udang+suka hati mama, roti kosong, roti coklat, jagung stim, ayam goreng, kentang goreng, donut, cereal, epal, pisang(paling die suka) dan....macam2 lagi kecuali nasi...huhuhu..
Takkan nak makan tu jer kan..nanti tak cukup khasiat vitamin pulak anak mama sorang ni..cari punya cari maybe rifqi nak makan kut kalu saya try buatkan lempeng/pancake. Ini planning yang pertama untuk rifqi.
Tekiu to rabiatunsweettouch sebab saya selalu mengintai resepi dalam blognya. Memang hebat..semua2 nya sedap2 belaka..Terjumpa resepi pancake ni. Mari lah cuba...Mohon dikopipes di sini yer..
 PANCAKE MAYONISE
Bahan:
3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (kalu suka letak)
* 1 1/2 sdb mayonise
Cara:

  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
  2. Boleh guna blender.
  3. Biarkan selama 10 minit.
  4. Goreng dlm frying pan hingga masak.
  5. * adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
  6. kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik. 
Atau mungkin rifqi suka ngan lempeng pisang ...sebab memang dia suka sangat makan pisang..Ni die resepi yang dijumpai dari sumber yang sama. Rifqi nak tak?

LEMPENG PISANG OAT 

BAHAN-BAHANNYA :
  • 250 gram pisang, dilecek halus
  • 200 ml susu segar (atau guna 100 ml susu sejat + 100 ml air)
  • 1 cawan quaker oats
  • 3/4 camca teh baking powder
  • Sedikit gula jika perlu
  • Garam secukup rasa
 CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali madu, mentega dan garam. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Rehatkan bancuhan tadi selama 5 mini, tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit.
  2. Lenser kuali non-stick dengan sedikit minyak (mat guna paper towel bersih, celup sedikit dalam minyak dan sapu atas kuali), panaskan dengan api sederhana.
  3. Sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan leper2 kan sedikit. Tutup permukaanya, selepas 1 - 2 minit, buka dan jika permukaan kelihatan berlubang2, boleh terbalikkan lempeng. Masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan.
  4. Hidangkan bersama mentega dan madu..Selamat mencuba untuk semua
  • Madu, untuk hiasan
  • Mentega, untuk hiasan
  Yang ini pula..plan yang terakhir...sebabnya kuih ni guna kentang sebagai asas. Mungkin menarik minat si kecik tu




KUIH BAKAR KENTANG

Bahan-bahan ( 1 family... )
2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
3 sudu susu cair(ni akak tambah)
Cara-cara
  1. Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
  2. Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
  3. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
  4. masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min
 Mungkinkah semua ni rifqi nak makan? Jawapannya kena buat dulu pastu barulah tau apa kesukaan makanan anak-anak kite. Tiup semangat untuk diri sendiri supaya rajin masak..hehe..Tekiu sekali lagi kepada sumber resepi ini yer. InsyaAllah akan dipraktikkan..

    Post a Comment

    Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
    Tapi kalu suka boleh la SHARE
    TEKIU..ENJOY VIEWING...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy