19 December 2011

>>>>>Etika Ketika Berblogging- Perkongsian Bersama

Assalamualaikum....Salam hari isnin...
Pepagi buta dah mula terfikir nak jugak tulis sedikit sebanyak tentang hal ini. Ingatan untuk diri sendiri dan juga renungan untuk reader. Even baru sebulan jagung serius nak jadi 'part time blogger' tapi rase terpanggil dah nak tulis pasal hal ini. Sorry sesangat jika ade yang terasa hati atau pon sebaliknya.. just ingatan diri sendiri dan kita semua sahaja.  Kalau kita lihat hari ni, ramai pengguna internet di Malaysia yang telah mempunyai blog. Tak kiralah blog itu berdomain percuma ataupun berbayar. Ramai yang berlumba-lumba nak jadi blogger.Tetapi berapa ramai manusia yang betul-betul faham apa yang harus mereka tulis? Bagaimana cara sebenar untuk menulis? Apakah benda yang patut dan tidak patut di tulis di dalam blog dan adakah blog itu sebagai satu platform untuk mengutarakan pendapat atau ketidakpuashatian diri sendiri?
Perkataan  ciplak @ plagiat @ erti kata lain,copy & paste…= plis jangan jadikan sebagai panduan cara berblogging korang semua...:(
Sebenarnya bukan senang untuk memikirkan idea nak buat blog content, lagi kan pula menaip panjang seela demi kepuasan diri sendiri (even tak de sapa sudi pun nak baca...huhu). Ada cara dan etika yang sopan seiiring dengan adab kita as a Malaysian ..

  • Alangkah baik jika minta izin terlebih dahulu daripada pemilik blog.
  • E-mail tuan tanah kedaung...
  • Edit semula ayat @ gambar ...mgkin ini lebih profesional
  • Tulis atau catatkan link blog asal sebagai sumber rujukan.

Atau saya tempelkan kod etika dari sumber yang saya perolehi...
Kod etika blogger.

1. Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.


2. Tidak memplagiat hasil tulisan.


3. Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.


4. Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.


5. Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.


6. Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.


7. Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.


8. Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.


9. Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.


Sumber kod etika:
Utusan Malaysia Online

Sesungguhnya entry ini hanyalah sebagai ingatan diri sendiri dan juga renungan untuk semua...Mari tunjukkan kewibawaan n keprofesionalan kita sebagai blogger yang berilmiah dan juga beretika..Renung-renung dan timbang-timbangkan...

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy