06 December 2011

Ombak Rindu memang terbaik!

Assalamualaikum
Sapa yang tahan kan kalau dah sampai orang lain kol2 suoh gi  tonton gak filem baru tayang---> 'Ombak Rindu' yang baru keluar 1 December lepas..Dah ler tu kakak sendiri..disokong plak ngan adik sendiri yang kebetulan nama die sama la pulok ngan heroinnya--Izzah..Iskhhh..Pujuk2 punyer pujuk akhirnya cik abang saya sudi juga follow..tq :). Ade sesapa antara korang yang dah baca novel karya Fauziah Ashari ni? Saya pon rase2 macam dah baca tapi tak ingat biler...Dulunyer empunya belog ni rajin gak baca2 novel ni..tapi tulah baca nak laju-laju.baru setengah buku dah intai page belakang baca ending...Makanya memang tergolong dalam golongan orang yang tak sabar la kan.. Tu sebab tak ingat...huhu..
Actually nak cerita ni,sememangnya anda takkan rugi beli tiket.Tapi, tak tau la pulak bila tiba time korang nanti kan..Cerita ni memang kene ngan selera i..Plot yag menarik dan mudah faham..Semestinya sedeyy hingga mutiara jernih i jatuh satu persatu (mutiara ni xleh juai maaaa)..terkono tudung i..xper, biarkan jelah.Tengah layan kan..aikk tak mau berenti la..lap lagi ngan lengan baju sambil toleh kiri kanan..huhuhu.(korang caya ke dak?)...
Okey sambung lagi ceritera..Maya Karin memang sesuai la sangat bawak watak tu.Begitu gak ngan Aaron Aziz. Kedua-duanya memang gandingan mantap.
Meh citer sket sinopsisnyer..

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah
MAYA KARIN,AARON AZIZ, LISA SURIHANI, BRONT PALARAE, AZIZAH MAHZAN, ZAIDI OMAR, NORMAH DAMANHURI
Dan bagi yang nak membaca novel terbitan Alaf 21 ni , silalah dapatkan segara ya! Bukan dari saya, tapi dari kedai buku yang berhampiran yang mudah korang nak pegi..
Bermula dari saat kuar dari panggung tu..dah terminat pulak ngan lagu Ombak Rindu..Best!


Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy