19 April 2012

Jangan baca karangan panjang

Assalamualaikum

Tajuk yang memang menggeramkan...aku yang dah lama tak mengarang cerita panjang. Itu sebab tajuk aku macam tu.huhu.Dulu masa aku baru-baru nak aktif menulis dalam laman ni, ada yang tanya " Awak dulu mesti suka baca novel kan?" Aku jawab.."Ehehe..suke :P".Memang aku suka baca, tapi tabiat yang suka baca dari muka surat belakang. Jangan terperanjat pulak bila baca pengakuan ikhlas aku ni. Sebenarnya aku bukannya seorang yang rajin sangat. Boleh la dikatakan rajin tapi tak overdose.


Ingat masa zaman aku di sekolah rendah, aku suka baca buku cerita yang nipis-nipis je dan ada banyak gambar warna-warni.Lepas tu aku akan tulis semula siap lukis gambar-gambar bagai...jadilah macam buku cerita aku sendiri...padahal dah macam kopipes je..hehe. Bila sekolah menengah aku jarang masuk library, tapi zaman tu aku suka baca surat khabar.Paper Utusan dan The Star je masa tu yang cikgu kelas aku melanggan.Hari-hari aku akan baca.Kadang-kadang waktu prep pun aku baca paper. Warden nampak kompom kene sebat punye.Waktu BM pulak, hari ari-ari cikgu kata..'Baiklah..arini kita akan buat rumusan'.Esok rumusan, lusa...tulat..rumusan dan rumusan lagi. Lagi lah menambahkan malas aku nak baca karangan.Subjek yang paling aku kurang gemar Sejarah. Maaf cikgu Sejarah.Saya bukan benci tapi saya tak suka membaca banyak-banyak fakta.Tu sebab 30 minit pertama SPM Sejarah saya tidur. sebab malam tu saya puas stay up menghafal jawapan soalan target.Pening woo....Tapi cikgu..I'm still d best kan? Ihikss


 Bila zaman jadi budak 'U' lagi aku jarang-jarang masuk library untuk study. Tak tau la nape...aku tak boleh baca buku dalam keadaan senyap sunyi. Duduk pulak kat tepi tepi dinding ....huhu aku tak boleh macamtu. Kalau buku rujukan engineering yang tebal-tebal tu, aku just tengok nombor-nombor je. Nak baca sume bukan paham pun.Tu yang aku malas beli buku tebal-tebal tu. Kecuali buku manufacturing dan subjek tamadun islam terpaksalah aku baca juga.haiskkhh..siksa.


Bila aku dah meningkat umur, suka pulak baca majalah. Kat rumah ni penuh majalah...kalau la buleh trade in majalah2 ni sume.Kan best. Novel bolehla di kira ngan jari.Dalam 5 buah je..tu pun lagi satu setengah buku tak abis baca.Mula-mula , aku akan belek selai demi selai halaman majalah tu...Agak-agak ada gambar cantik, aku stop kejap.Hih..pastu aku baca tajuk utama setiap segmen.Baca laju-laju..macam wat rumusan tu. Dah agak boring..aku selak muka belakang, baca plak dari belakang.Masa ni baru aku baca betul-betul.Aneh nya aku! (Baru tau ke..)


Kesimpulan: Aku suka tulis karangan panjang tapi tak suka baca karangan panjang.Tapi bagi students pula, perlu la buat karangan panjang-panjang. Tak panjang markah tak banyak pulak ye dak?? Jadi jangan baca karangan panjang aku, korang yang karang sendiri..eh jangan lupa jawab soalan aku : Ada berapa patah perkataan dalam karangan ini? ;P

2 comments

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy