10 April 2012

Hindarkan rasa bosan anda

Assalamualaikum

Tajuk macam dah ala-ala bosan gitu ;P. Buat tajuk macamni bukanlah bermakna aku tengah bosan. Kalu bosan takde lah aku nak menaip macam ni kan. Bosan tak boleh disalahkan. Manusia yang mencipta rasa bosan tu. Sebab bosan jugaklah, aku berjaya melipat kain sebakul penuh hujung minggu lepas tau. Hasilnya, sampai hari ini, belum ada lagi kain yang kebosanan tak berlipat. Yang ada pun cuma kain yang masih basah di jemuran. Eheh..Lega you...:D

Bagi yang sedang bosan-bosan tak tau nak buat apa ataupun masih belum hilang rasa bosannya..jom baca lagi.Tips menghilangkan rasa bosan.Untuk menghilangkan rasa bosan terperap kat rumah masa cuti, bolehlah pergi berjalan-jalan untuk window shopping, pergi taman ke atau yang paling senang tengok TV.

Kalau ada rasa tak ada mood nak buat kerja semasa ditempat keje, takkan la nak terus balik rumah pulak kan. Dah namanya kerja mestilah terikat dengan peraturan dan etika kerja masing-masing. Seboleh-bolehnya beristighfar banyak-banyak, rehatkan seketika fikiran dengan berbual dengan rakan sekerja. Jangan pulak berborak sampai sejam dua. Cukuplah seketika untuk meredakan tekanan kita tu.

Lagi satu..untuk mengelakkan rasa bosan tu berulang kali kedua pada esok hari, sebelum balik keje pastikan meja tu kemas sikit. Susun mana yang patut dan sentiasa bersih. Jadi pagi besok masa datang kerja tu tak adalah berserabut otak tu kan. Yang ini, aku cuba praktikan jugak..ermmm berkesan juga. Tapi tak lama pun..pastu sepah balik..hahah.Sebelum buat kerja mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. InsyaAllah aku amat yakin yang ini amat membantu. Pastikan setiap hari, kita ada target untuk diselesaikan pada hari tersebut. Barulah kerja lebih teratur dan tak terbengkalai..huhu.

Waktu makan mesti kene jaga. Maksud aku perut kita mesti berisi sebelum memulakan apa-apa sekalipun pekerjaan. Ni semua pencetus kepada bosan tu tadi. Ada juga yang tak suka makan sebab berdiet. Tak kisahlah tu kan, Janji perut masing-masing selesa dan kita boleh teruskan kerja. Dan...yang terakhir sekali, mesti senyum selalu. Senyum ajer walaupun muka kita jenis yang masam..heheh. Bukan susahpun. Percayalah, senyum boleh membuatkan kita lebih bersemangat untuk bekerja.Bukan tu jer..muka awet mudo lagi.Tengok ni, aku dah hilang bosan sebab bagi tips kat korang sambil tersenyum :D Peace!

Post a Comment

Sila tinggalkan KOMEN anda if nak komen
Tapi kalu suka boleh la SHARE
TEKIU..ENJOY VIEWING...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Adeqrifqi Official Blog. Designed by Whitey Mommy